Wanita Pertama Malaysia Yang Ada Professor Dari Batu Gajah

Puan Sri Datuk Professor Dr. Fatimah Hamid Don telah mengukir sejarah dengan menjadi wanita Melayu pertama di negara Malaysia yang tercinta ini dengan mendapat professor. Beliau yang menempah nama di pesada kebangsaan negara kita ini, dilahirkan pada 10 Julai 1933 dan merupakan anak kelahiran Perak di Batu Gajah.

Untuk makluman anda, Puan Sri Datuk Professor Dr. Fatimah Hamid Don adalah wanita Melayu pertama yang mendapat Ijazah Doktor Falsafah. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Ipoh dan Sekolah Agama Penanti, Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

Beliau meneruskan pengajian di Universiti Malaya, Singapura (1951-1956) dan mendapat B.A. (Hons) dalam pengajian Ilmu Alam. Seterusnya beliau melanjutkan pelajaran peringkat sarjana dalam bidang pendidikan (Master of Education) di Universiti California, Amerika Syarikat sebelum meneruskan pelajaran ke peringkat kedoktoran di universiti yang sama.

Puan Sri Datuk Professor Dr. Fatimah Hamid Don

Beliau telah melakukan inovasi dalam bidang pendidikan, iaitu merancang secara konprehensif kurikulum pendidikan dalam sistem pendidikan di Malaysia. Beliau mula berkhidmat dalam jurusan pendidikan pada tahun 1986 dan menjawat berbagai jawatan tinggi termasuk sebagai pegawai pelajaran, guru dan pensyarah maktab.

Sempena perayaan Hari Wanita pada tahun 1988 beliau telah dianugerahkan Pingat Fatimah. Beliau telah bersara sebagai professor pada tahun 1990 setelah berkhidmat 26 tahun di Universiti Malaya.

Antara anugerah yang pernah diterima beliau :

  • Anugerah Pi Lambda Theta, Pingat Tun Fatimah oleh Majlis Pergabungan
  • Pertubuhan-pertubuhan Wanita Malaysia (NCWO) 1988
  • Pingat Dato’ Setia Diraja Kedah (D.S.D.K) OLEH Sultan Kedah yang
  • Membawa gelaran Dato’ (1989)
  • Penghargaan daripada Jawatankuasa Wanita Soviet Russia untuk Jemputan
  • Melawat USSR, 1971
  • Anugerah “Citizen of The age of enlightenment award oleh Maharishi
  • European Research University, Switzerland and Malaysian Council of the
  • Science Creative Intelligence (MFSCI) 1976
  • Ahli Seumur Hidup International Council on Education for Teaching (ICET)
  • Ahli Kehormat Ohio University International Association 1985
  • Anugerah Tok

Puan Sri Datuk Professor Dr. Fatimah Hamid Don

Ada sesiapa pembaca disini bekas anak murid beliau semasa beliau mengajar? Boleh kongsikan bersama dengan pembaca lain bagaimana perwatakan beliau?

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangperak.com

Kontribusi oleh : Freddie Aziz Jasbindar
Editor & founder orangperak.com
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.