Tandas 3D Parit Buntar Yang Pertama Di Perak

Tandas yang berkonsepkan 3D telah dilaksanakan oleh Majlis Daerah Kerian (MDK) di daerah Parit Buntar, Perak. Terfikirkah anda bagaimana rupanya tandas 3D? Tandas 3D bukanlah satu perkara yang baru di negara kita cuma ianya mungkin kurang dibina secara menyeluruh kerana terdapat segelintir rakyat Malaysia kita sendiri yang tidak hargai harta dan kemudahan awam lantas mungkin mereka gemarkan keadaan persekitaran tandas awam yang tidak cantik dan tidak selesa.

Kawasan dalam tandas awam yang berkonsepkan 3D di daerah Parit Buntar ini bukan sahaja dibina untuk membuatkan pengguna rasa selesa, malah ianya diharapkan agar mampu dapat menaikkan nama daerah Parit Buntar di mata rakyat Malaysia. Secara tidak lansung, ia mungkin dapat mendidik pengguna agar lebih menghargai harta awam dan diharapkan tidak akan ada isu vandalisme yang akan berlaku di mana-mana tandas awam yang ada.

Tandas 3D Parit Buntar Yang Pertama Di Perak

Untuk makluman anda pembaca setia orangperak.com, tandas 3D yang dibina khas ini ada disediakan di 3 lokasi berasingan. Antaranya adalah terletak di perkarangan pejabat Majlis Daerah Kerian (MDK), di padang bandaran Parit Buntar dan yang terakhir ada di hentian bas Parit Buntar. Tandas awam berkonsepkan 3D ini dilengkapi pelbagai pokok-pokok hiasan. Dinding tandas juga dihiasi dengan pelbagai seni lukisan 3D dengan tema negeri Perak yang memukau pandangan pengguna apabila memasuki tandas berkenaan.

Sesuai pula dengan Perak sebagai negeri perlancongan iaitu tahun melawat Perak pada tahun 2017 ini. Menurut pengguna, mereka rasa seronok apabila masuk ke tandas ini dan terasa seperti berada di dalam bilik kerana ada lukisan, ada maklumat-maklumat mengenai negeri Perak dan adanya hiasa bunga. Rata-rata pengguna sangat berpuas hati dengan tahap kebersihan dan orang ramai berharap agar tahap kebersihan tandas ini dapat dikekalkan.

Tandas 3D Parit Buntar Yang Pertama Di Perak

Penduduk kawasan setempat tersebut sangat berterima kasih kepada pihak Majlis Daerah Kerian (MDK) kerana prihatin dan menjaga kebersihan tandas yang selaras dengan hasrat kerajaan untuk kempen perak bersih. Kempen Perak bersih dan tahun melawat negeri Perak menjadi pendorong dan cetusan kepada projek tandas 3D ini. Kebersihan, keceriaan dan secara tidak lansung telah membuka satu kemudahan awam yang selesa kepada orang awam.

Usaha ini juga adalah satu ilham oleh syarikat bumiputra, Rosden Enterprise. Menurut Nur Farah Hana Rosden yang merupakan pemilik kepada syarikat Rosden Enterprise, konsep tandas 3D ini sebenarnya datang dari ahli pasukan syarikat dan kerana idea yang diberikan oleh pasukan muda mereka ini adalah sangat realistik, mereka memutuskan untuk membinanya. Semasa projek sedang berjalan, idea juga diambil dari orang-orang awam untuk apa yang perlu ditambah.

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangperak.com

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here