Semarak


Persatuan Pencinta Sejarah Masyarakat Perak ( SEMARAK ) - PPM-022-08-11052017

Selamat Datang ke SEMARAK

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua. Persatuan Pencinta Sejarah Masyarakat Perak telah membuka sistem pendaftaran keahlian yang khusus dapat memudahkan pelbagai urusan keahlian untuk persatuan ini.

Ini adalah inisiatif ahli-ahli persatuan yang begitu gigih dalam mengolak langkah untuk memajukan persatuan ini demi mencapai matlamat penubuhan persatuan untuk negeri Perak yang tercinta.

Segala bentuk bayaran yang berjalan di sistem persatuan ini akan disalurkan secara terus ke akaun bank Pencinta Sejarah Masyarakat Perak (SEMARAK). Sila ambil maklum bahawa setiap transaksi akan dicas sebanyak RM1.50 untuk menanggung kos payment gateway.

Anda boleh daftarkan diri di orangperak.com/register dan log masuk ke dalam sistem ini untuk mendaftarkan diri sebagai salah seorang ahli Persatuan Pencinta Sejarah Masyarakat Perak.

Anda boleh rujuk forum yang ada untuk memudahkan ahli-ahli berbicara secara atas talian di orangperak.com/forums dan kita punyai group WhatsApp untuk ahli-ahli yang berstatus aktif.

Persatuan Pencinta Sejarah Masyarakat Perak yang dikenali dengan nama SEMARAK telah ditubuhkan pada tarikh 11 Mei 2017 di bawah ROS dengan nombor pendaftaran PPM-022-08-11052017.

Tujuan penubuhan SEMARAK adalah untuk:

  • Mengumpul maklumat sejarah masyarakat negeri Perak
  • Mempromosikan lokasi bersejarah di negeri Perak
  • Melahirkan rasa minat dan cinta akan sejarah Perak
  • Meningkatkan tahap kesedaran akan kepentingan sejarah

Anda dijemput untuk menyokong laman Facebook Page kami facebook.com/orangperakdotcom yang mana ia adalah merupakan projek utama yang telah dijalankan sejak 2016 yang lalu.

Terima kasih..

*kemaskini terakhir pada 9 Ogos 2019 oleh Freddie Aziz Jasbindar

Login
Donation
*How much you want to donate to us?
*What is your name?
*What is your email address?
*Phone number in format +6013xxxxxxx

Facebook
New Member
  • Freddie Aziz Jasbindar