Home Blog Fakta Sejarah Raja Berumum Dengan Perak

Sejarah Raja Berumum Dengan Perak

Sejarah Raja Berumum Dengan Perak

Perasaan marah yang tidak terhingga oleh Raja Berumum apabila mendapat berita bahawa orang-orang mendeling kalah didalam mempertahankan Kuala Lumpur dari Yap Ah Loi iaitu seperti orang inggeris yang mendapat sokongan dari sokongan dan dorongan dari Sultan Abdul Samad.

raja berumum

Seorang sahabat Raja Berumum iaitu Raja Asal yang berasal dari keturunan Raja Mendailing Sumatera ketika itu juga sama-sama membantu pertahanan kubu tersebut. Kubu tersebut terletak di Bukit Nenas dan beliau terpaksa berundur ke Ulu Kelang. Disitu pula Raja Asal bergabong tenaga bersama Sayyid Manshor bersama orang-orang mendailing memerangi angkatan perang sekutu Yap Ah Loy.

yap ah loy

Kesudahannya Syed Manshor dan Raja Asal melarikan diri ke Perak di Ulu Slim iaitu daerah milik Raja Berumum. Raja Berumum tersangat marah dengan sikap Syed Manshor dan Raja Asal apabila baginda mendengar perkhabaran dari mereka dan meninggalkan orang-orang mendailing yang masih menentang dan berperang dengan Yap Ah Loi secara gerila di Kuala Lumpur. Raja Berumum menganggap Raja Asal dan Syed Manshor orang yang hanya GAH pada nama tetapi pengecut dan tidak berani mati bersama-sama pengikut-pengikutnya. Namun kesetiaan Sultan Puasa amat dikagumi oleh Raja Berumum dimana Sultan Puasa masih lagi bersama tenteranya memerangi musuh.

geng yap ah loy

Setelah persiapan lengkap, dengan meninggalkan dua orang yang dianggap pengecut, Raja Berumum dan tenteranya berjalan kaki berhari-hari sehingga sampai dipinggir Kuala Lumpur dan terus ke Ulu Langat bergabong dengan tentera-tentera Sultan Puasa yang sedia ada disitu. Setelah mendapat kata sepakat diatas perancangan menyerang Yap Ah Loy dengan sekutunya, maka berperanglah berhabis-habisan diantara kedua-dua pihak.

Dikatakan begitu dahsyat peperangan itu berlaku dan boleh dikatakan kepala dan tubuh badan bangsa Cina yang terputus akibat pertempuran ketika itu bersepah-sepah dimerata-rata tempat mati akibat serangan gerila dari Raja Berumum dan sekutunnya. Setelah berhari-hari peperangan tanpa henti itu berlaku dan angkatan perang Raja Berumum dikatakan sudah hampir menang didalam peperangan tersebut, tentera inggeris pula datang menyerang dan menjadi sekutu kepada Yap Ah Loy, kononnya ingin menjadi wira di Tanah Melayu. Dengan alat perang yang sudah kekurangan dan tenaga angkatan perang Raja Berumum sudah berkurangan, akhirnya pihak inggeris dapat mengalahkan angkatan perang Raja Berumum dan Sultan Puasa.

buku

Raja Berumum dan tenterannya terpaksa berundur ke Pudu lalu pulang ke Ulu Slim dan Sultan Puasa pula berundur ke Ulu Langat kembali. Dikatakan Sultan Puasa iaitu Sultan kepada Ulu Langat cuba lagi menyerang Yap Ah Loy dan Inggeris namun tidak sempat merancang sudah bersedia datang tentera inggeris menyerang dan Sultan Puasa dapat ditangkap dan dipenjarakan di Kajang. Akibat Sultan Puasa ditangkap dan dipenjarakan maka Ulu Langat jatuh ketangan Sultan Selangor ketika itu.

Selepas kembalinya Raja Berumum ke Ulu Slim, Raja Berumum telah berpindah ke Gopeng dengan dibantu oleh Toh Muda Sadewa Raja Wahab yang ketika itu juga menjadi Toh Muda Panglima Kinta dan Raja Berumum telah menjalankan aktiviti perlombongan disana diatas dorongan serta bantuan dari Toh Muda Dato’ Kinta Sadewa Raja Wahab pada saat itu. Pada sekitar tahun 1874, Raja Berumum telah terlibat didalam rancangan dan pembunuhan Residen British yang pertama di negeri perak iaitu JWW Birch.

Dinyatakan diwaktu selepas berlakunya pembunuhan tersebut, Syed Manshor iaitu sahabat kepada Raja Berumum yang telah ditinggalkan oleh Raja Berumum semasa perang di Kuala Lumpur itu diatas sebab sikap pengecutnya kepada pengikut-pengikunya, telah menjadi pembelot pula kepada Baginda dan Orang Melayu Perak apabila beliau telah menawarkan diri dengan nilai upah yang dikatakan tinggi kepada pihak British bagi memburu Raja Berumum dan beberapa orang melayu yang terlibat didalam pembunuhan tersebut.

Syed Manshor telah menyatakan kepada pihak British bahawa beliau lebih arif dan tahu dimana persembunyian Raja Berumum dan yang lain-lainnya dan beliau meminta jaminan penuh kepada pihak British agar diberi perlindungan keselamatan keatas dirinya dari Orang-Orang Melayu Perak yang bakal menyerangnya diatas perbuatan pembelotannya itu dan pihak British bersetuju diatas segala permintaan Syed Manshor itu.

Akhirnya, diatas usaha gigih Syed Manshor itu maka tertangkaplah pejuang-pejuang bangsa melayu ini ditangan penjajah. Maka setelah ditangkap kesemua pejuang-pejuang bangsa melayu ini maka dijatuhkan hukuman, namun hanya Raja Berumum sahaja yang terlepas dari hukuman tersebut kerana baginda diselamatkan oleh Raja Idris kerana terpaksa. Dikatakan Raja Idris yang pertama itu anak susuan bonda kepada Raja Berumum ini bermakna Raja Idris itu juga dianggap saudara kepada Raja Berumum. Ketika itu Raja Idris yang pertama adalah diantara Raja yang bertahta dihati orang-orang British, maka disaat Raja Idris yang pertama menyelamatkan Raja Berumum, pihak inggeris dikatakan hanya tutup sebelah mata.

Raja Berumum akhirnya ditempatkan di Kampar Perak. Disanalah Raja Berumum meneruskan kehidupannya sehingga akhir hayatnya. Mengikut fakta penulisan Nasir Ahmad, Raja Berumum mangkat pada tahun 1900 dan berbeza pula dengan fakta dari penulisan Dato Hashim pula baginda mangkat pada tahun 1921. Raja Berumum juga digelar oleh orang-orang Ulu Slim sebagai Imam Perang Jabarumum dan di Gopeng Perak Baginda di gelar sebagai Imam Perang Jabarunggun atau Tok Ngah Jabor. Baginda berasal dari keturunan Raja Sumatera.

Diolah dari Koleksi Himpunan Penulisan N.A Halim & Ahmad Panjang

Buah bangsat akal mencelah,
Duduk melihat peluang dicari.
Sudah nampak harta dicelah,
Adik Abang dibuang ketepi.

Lidi dengan padi,
Gunting dengan benting.
Nama bukan diri,
Perangai lagi penting.

Peti dengan budi,
Kunci dengan puji.
Hati kena cuci,
Niat kena suci.

Dari mana akal datang,
Dari otak turun ke hati.
Dari mana jahat bertandang,
Dari musibat perangai diri.

Limau purut lebat di pangkal,
Batang selasih condong uratnya.
Hidung tinggi panjang akal,
Habis harta bini harta mertua disebatnya.

Puaslah kita merendah diri,
Tanda Melayu berbudi Bahasa.
Penat badan menabur budi,
Kerana harta jilat kasut pun tak mengapa.

-tokchangkatlanggor-

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here