Sejarah Dan Asal Usul Nama Teluk Bakong Di Bota, Perak

Kampung Telok Bakong adalah merupakan sebuah kampung yang terletak di dalam mukim Lambor Kanan. Penceritaan kali ini tidak berekod dalam mana-mana penulisan bertulis tentang bagaimana Kampung Telok Bakong ini memperoleh namanya dan kisah ini banyak didapati dengan cerita lisan sahaja.

Telok Bakong punya beberapa cerita yang menarik dan punyai sejarahnya yang tersendiri sewaktu zaman pemerintahan sultan Perak terdahulu. Terdapat dua jenis versi cerita umum yang menceritakan tentang sejarah dan asal usul nama Teluk Bakong diambil sebagai nama kampung tersebut.

Cerita dan kisah pertama – Pada satu ketika dahulu, sekitar kawasan Kampung Teluk Bakong banyak ditumbuhi dengan pokok Bunga Bakung. Boleh dikatakan hampir setiap rumah yang ada di Telok Bakong ada tertanam pokok bunga ini.

Oleh yang demikian, berkemungkinan besar penduduk kampung ini menggunakannya untuk tujuan perubatan kerana akar atau ubi pokok bunga ini dikatakan punyai khasiatnya yang tersendiri. Pokok Bunga Bakung ini boleh merawat beberapa penyakit seperti luka kecil, sakit pinggang dan tersalah urat serta khasiat yang lainnya.

Di kawasan tebing Tasik Air Mati yang ada di Changkat Melintang pula terdapatnya sebuah teluk yang dilindungi oleh pulau Tabuan. Apabila melihat kedamaian tasik yang terlindung serta berteluk maka dari sini digabungkan Teluk dengan Bunga Bakung yang menjadikannya nama Teluk Bakong.

Ada yang menyatakan maksud asasnya adalah tempat atau kampung yang selamat dan damai dengan penduduknya yang bersatu padu umpama perdu bunga bakong dengan bunga putih diatas perdu mewar-warkan kewangaian ketika berbunga dan lambang kesucian warna putih bunga tersebut.

Sejarah Dan Asal Usul Nama Teluk Bakong Di Bota, Perak

Bunga Bakung Putih

Cerita dan kisah kedua – Disepanjang kawasan tebing Air Mati sehingga ke muara sungai Perak dahulunya dikatakan terdapat banyak pokok kangkung yang tumbuh liar dan mudah dipetik untuk kegunaan harian sebagai ubat sakit mulut dan sayuran masakan.

Kawasan sungai di sebelah tebing padang kerbau yang mana dahulunya dikenali dengan nama pucuk-ara licin mempunyai teluk dan air pusar. Hal ini adalah kerana kedalaman paras air sungai Perak pada zaman lalu.

Dengan adanya teluk dan kangkung liar yang tumbuh disana, maka ketua-ketua puak waktu itu menyebut teluk dan kankung berselang seli. Ada yang sebut bankung, bakung dan kangkung sehinggalah sampai suatu masa sebutannya menjadi Teluk Bakong.

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangperak.com

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here