● OrangPerak
Utama Berita Jejak Warisan Waktu Solat Cuaca Surprise Me!
Menjelang — --:--:--
Subuh
05:57
Syuruk
07:02
Zohor
13:09
Asar
16:19
Maghrib
19:11
Isyak
20:20
Sejarah

Sejarah Awal Lenggong

18 Jan 2017 · 2 min baca · 183 ·Oleh Freddie Aziz Jasbindar

Lenggong di Hulu Perak diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) sejak tahun 2012.

Pokok Kayu yang Besar

Menurut cerita orang lama, kononnya pada zaman dahulu ada seorang semang (orang asli) yang hendak menebang sebuah pokok kayu yang amat besar. Untuk menggambarkan betapa besarnya pokok tersebut, ia adalah sebesar hampir empat atau lima pemeluk.

Oleh kerana pangkal pokok itu dalam keadaan berbanir, jadi agak susah untuk menebangnya. Si semang yang ingin menebang pokok itu tadi berusaha pula membuat pelenggar iaitu suatu tempat bertanjak untuk menebang pokok.

Sejarah Awal Lenggong

Pokok Tumbang Setelah Ditebang

Dengan bersusah payah, ia mula menebang sehingga akhirnya tertumbang pokok kayu yang besar itu. Hendak dijadikan cerita, pokok yang ditebang oleh semang itu menimpa pokok lain yang saiznya agak kecil sedikit daripada pokok yang ditebangnya itu tadi.

Pokok yang agak kecil itu patah sedikit dan menyebabkan pokok yang ditebang terlanggong di atasnya. Tinggallah batang kayu yang terlanggong itu disitu hingga beberapa lamanya.

Sejarah Awal Lenggong

Langgong Kemudian Lenggong

Akhirnya tempat itu dinamakan sebagai Langgong dan lama kelamaan nama Langgong itu berubah mengikut pelat sebutan menjadi Lenggong dan kekal digunakan sehingga ke hari ini.

Cerita Versi Lain

Ada pula versi lain yang menceritakan bahawa Lenggong ini adalah orang asli yang mula-mula meneroka hutan rimba dan mendiami daerah tersebut pada satu ketika dahulu. Jadi nama yang ada pada hari ini ialah mengikut nama orang asli yang diceritakan itu.

Dan, ada satu versi cerita lagi, konon asalnya nama Lenggong ialah kerana keadaan tempatnya seolah-olah terdinding atau terlengkong oleh bukit-bukit dan banjaran gunung. Jadi tempat tersebut dikenal dengan nama Lengkong. Akhirnya berubah pula sebutan daripada Lengkong itu menjadi Lenggong.

Freddie Aziz Jasbindar
Freddie Aziz Jasbindar
Anak jati Parit, Perak berlatarbelakangkan pembangunan sistem web yang kini mendedikasikan kepakaran untuk memelihara warisan negeri. Sebagai pengasas laman web 'Orang Perak', misi utama saya adalah untuk mengkaji, merekod, dan mendokumentasikan kekayaan sejarah tempatan Perak demi rujukan generasi masa hadapan.
Lihat Profil →

Komen (0)

Tiada komen.

Tinggalkan Komen

maks 2000 aksara
Komen tertakluk kepada semakan sebelum dipaparkan.