28.9 C
Ipoh
Saturday, 5 October 2024

Sajarah Parit Buntar, Perak

- Advertisement -
- Advertisement -

Parit Buntar ialah bandar terakhir di negeri Perak dan lawasan berikutnya telah meliputi negeri Pulau Pinang. Bandar Parit Buntar juga merupakan persimpangan jalan masuk ke Serdang dan Lubuk Buntar, Kedah dari lebuhraya.

Laluan alternatif Parit Buntar ke Butterworth boleh melalui Jawi exit dan Bandar Baharu ke Kuala Lumpur.

Sejarah nama bandar Parit Buntar dikatakan berasal daripada nama seorang pemimpin iaitu Tok Buntar.

peta parit buntar

Beliau amat terkenal dan banyak berjasa pada masa dahulu kerana beliau dan pengikut-pengikutnya telah membina parit dari Sungai Kerian untuk dialirkan ke sawah-sawah. Parit tersebut pada asalnya dikenali Parit Tok Buntar dan seterusnya dikenali sebagai Parit Buntar.

Jam besar di pekan lama Parit Buntar ini merupakan antara mercu tanda bandar Parit Buntar. Jam besar ini telah dirasmikan oleh Tunku Abdul Rahman pada 24 Ogos 1961 untuk memperingati kemajuan dan kemakmuran cemerlang semua penduduk Parit Buntar. Bandar Baharu, negeri Kedah juga dihubungkan dengan Parit Buntar melalui jambatan yang melintasi Sungai Kerian ke arah lebuhraya PLUS menjadikan sini kedua-dua bandar muara sungai dengan Parit Buntar.

jam parit buntar

Sungai Kerian juga mencatat sejarah hitam apabila pada 13 September 1972, satu tragedi feri karam telah menyebabkan seramai 27 orang terkorban majoritinya adalah murid-murid sekolah SMJK (Cina) Kerian. Dahulu di tepi sungai ini terkenal dengan gerai makan yang dipanggil Gerai Terapung. Ketika itu Gerai Terapung menjadi tempat tumpuan utama masyarakat di Parit Buntar.

Ketika dahulu, kedai di sepanjang jalan tepi sungai ini merupakan tempat utama untuk orang-orang Parit Buntar membeli baju-baju sukan yang berjenama, barang keperluan pertukangan, alatan dapur dan juga barangan lain.

Terdapat 6 cawangan kilang padi termasuk gudang simpanan beras milik LPN (Lembaga Padi & Beras Negara).Terdapat dua buah panggung wayang,Panggung wayang Cathay di Jalan Syarikat manakala panggung wayang Kapitol di Jalan Ria.

Pengangkutan awam utama sekitar tahun 60an hingga 2005 adalah bas yang mana sebuah syarikat Red Omnibus telah beroperasi menghubungkan pekan Tanjung Piandang melalui Sungai Bakau/Kedai Empat(Jalan Bawah) Titi Serong (Jalan Atas),menghubungkan pekan Kuala Kurau melalui pekan Batu Lima,menghubungkan pekan Bagan Serai dan Taiping melalui Jalan Persekutuan. Stesen bas utama dulunya berada di hadapan Masjid Daerah Kerian, Jalan Taiping (5.128458°U, 100.489652°T).

Selain teksi terdapat juga pengangkutan jarak jauh seperti Keretapi Tanah Melayu (KTM)(5.128832°U, 100.486718°T) manakala sekarang telah diwujudkan Hentian Raya bagi menghubungkan bandar utama di Semenanjung Malaysia. Ketika ini perkhidmatan bas tempatan telah ditamatkan kerana tidak mendapat sambutan.

Kegiatan sosioekonomi penduduk setempat majoritinya adalah petani yang mengusahakan sawah padi, sawit dan getah manakala selebihnya sebagai peniaga dan pemakan gaji awam/swasta.

- Advertisement -
Freddie Aziz Jasbindar
Freddie Aziz Jasbindarhttps://fred.my
Pengasas orangperak.com dan Pencinta Sejarah Tempatan Negeri Perak.
Terkini
- Advertisement -

Moh baca!

Related news
- Advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here