Raja Haji Yahya, Sejarawan Perak Abad ke 19

Raja Haji Yahya yang pada asalnya dikenali dengan nama Raja Yahya Kecik dan telah mula menggunakan Raja Haji Yahya setelah selesai menunaikan haji di Mekah.

Engku Raja Haji Yahya merupakan salah seorang kerabat raja Perak yang punyai pertalian rapat dengan Sultan Ismail (Sultan Perak ke 25) kerana punyai pertalian kekeluargaan dengan raja-raja dari Siak.

Sultan Ismail (Sultan Perak ke 25) ditabal menjadi Sultan Perak dalam tahun 1871 dan baginda telah bersemayam di Kampung Raja, Belanja Kanan yang terletak dalam kawasan Parit.

Raja Haji Yahya adalah individu yang mengarang sebuah manuskrip bertajuk Salasilah Raja-Raja Yang di Dalam Negeri Perak dalam tahun 1881 sewaktu berada di Belanja, Parit.

Sebelum Sultan Ismail (Sultan Perak ke 25) ditabal menjadi Sultan Perak, baginda pernah menjawat jawatan sebagai Raja Bendahara negeri Perak sewaktu zaman pemerintahan Sultan Ali (Sultan Perak ke 24).

Sewaktu pemerintahan Sultan Ismail (Sultan Perak ke 25), Raja Muda Negeri Perak pada ketika itu adalah Raja Sulong yang tinggal di Kampung Tepus di Belanja Kiri.

Apabila Raja Muda iaitu Raja Sulong mangkat, baginda dimakamkan di Kampung Tepus dan dikenali sebagai Almarhum Tepus Raja Sulong. Makamnya ini terletak di tepi padang bola Sekolah Kebangsaan Kampung Tepus, Belanja Kiri.

Raja Haji Yahya, Sejarawan Perak Abad ke 19

Jika sewaktu zaman pemerintahan pemerintahan Sultan Iskandar (Sultan Perak ke 15) punyai seorang pengarang (Raja Chulan penulis Misa Melayu) yang lahir dalam kalangan kerabat diraja dan memelihara kisah dan salasilah mereka, begitu juga dengan Raja Haji Yahya yang begitu peka dengan kepentingan ini.

Kedudukan Raja Haji Yahya sebagai seorang pengarang naskah Melayu di negeri Perak dapat dilihat melalui beberapa buah manuskrip lain antaranya adalah salinan Undang-Undang Sembilan Puluh Sembilan.

Nama Raja Haji Yahya juga muncul dalam Royal Asiatic Society (MS Maxwell 24) yang menceritakan tentang laga ayam, petua menembak dan Salasilah Kerajaan Negeri Perak.

Hasil penulisan Raja Haji Yahya yang paling penting adalah Salasilah Raja-Raja Yang di Dalam Negeri Perak yang kini tersimpan di Royal Asiatic Society, London.

Manuskrip Salasilah Raja-Raja Yang di Dalam Negeri Perak telah diserahkan kepada w.E. Maxwell oleh Raja Haji Yahya untuk diterbitkan dalam Journal of the Straits Branch of the Royal Asiatic Society (JSBRAS) keluaran tahun 1884.

Dalam menyusun salasilah raja-raja di Perak, Raja Haji Yahya telah mulakan dengan Sultan Muzaffar Shah (Sultan Perak Pertama) dan kemudian berterusan mengikut kronologi masa seorang demi seorang secara ringkas sehinggalah mangkat dan digantikan dengan sultan yang baru.

Raja Haji Yahya, Sejarawan Perak Abad ke 19

Raja Haji Yahya juga turut dikenali sebagai sejarawan istana Perak sekitar akhir abad ke 19 kerana selain dari merekod salasilah, Raja Haji Yahya juga merekod beberapa peristiwa penting yang berlaku di negeri Perak sejak awal sehingga ke zaman awal penjajahan British.

Tidak diketahui apakah jawatan, peranan atau tugas rasmi Raja Haji Yahya di Istana Perak kerana tiada rekod dan tiada maklumat lanjut berkenaan dengan hal tersebut dan kami juga tidak punyai maklumat dimanakah makam Raja Haji Yahya.

Rujukan:

  • Umpama Sebuah Bahtera, Kajian Naskhah Melayu Sejarah Kesultanan Negeri Perak – (Arkib Negara Malaysia) m/s 235

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangperak.com

LEAVE A REPLY

Amaran:
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Please enter your comment!
Please enter your name here