Penyakit Rabies (Anjing Gila) Dikesan Di Taiping

Pihak Jabatan Perkhidmatan Veterinar telah menerima satu aduan pada 13 Julai 2017 yang lalu berkenaan dengan anjing yang bertuan telah disahkan positif penyakit rabies atau lebih dikenali sebagai penyakit anjing gila. Mengikut aduan yang diterima, anjing tersebut telah menggigit dua orang kanak-kanak perempuan di Kuala Sepetang, Taiping. Justeru, seluruh penduduk di Taiping khususnya mereka yang berada di Kuala Sepetang, dinasihatkan agar berhati-hati dan sentiasa mengawasi anak-anak anda.

Anjing yang positif penyakit rabies dikatakan mati kira-kira lapan hari selepas menggigit mangsanya yang pertama, iaitu seorang kanak-kanak perempuan yang berusia 11 tahun. Kanak-kanak itu adalah anak kepada pemilik anjing yang terkena jangkitan virus rabies. Mangsa kedua pula yang berusia 12 tahun merupakan sepupu kepada mangsa pertama tadi dan mereka dilaporkan digigit oleh anjing yang sama.

virus rabies anjing gila

Untuk makluman anda pembaca setia orangperak.com, usia anjing yang dikesan positif rabies itu adalah berusia dua tahun dan telah dipelihara sejak kecil lagi oleh pemiliknya. Kes rabies yang dikesan di Kuala Sepetang, Taiping ini bukanlah terkena pada manusia, tetapi anjing. Langkah pencegahan awal telah diambil oleh pihak berkenaan untuk mencegah segala kemudaratan dan kemungkinan yang akan berlaku jika dibiarkan terlalu lama.

Hasil pemeriksaan lanjut mendapati bahawa, anjing yang mati kerana gejala rabies itu terdapat kesan luka gigitan yang dipercayai kesan gigitan anjing lain pada bahagian zakarnya. Sebelum ia mati, anjing tersebut menunjukkan tanda-tanda jangkitan seperti tiada selera makan, mengasingkan diri dan seterusnya muntah, demam serta mengalami kekejangan di kedua-dua kaki hadapan dan belakangnya.

anjing gila

Pemilik anjing malang itu mendakwa telah membawa anjingnya ke klinik haiwan swasta untuk dapatkan rawatan namun anjing tersebut mati pada keesokan harinya. Pihak Veterinary Research Institute (VRI) mengesahkan bahawa anjing tersebut adalah positif virus rabies berikutan hasil positif daripada sampel otak anjing tersebut.

Manakala kedua-dua orang kanak-kanak yang digigit oleh anjing tersebut telah dibawa ke Pusat Kesihatan Kuala Sepetang untuk mencuci luka dan diberikan suntikan tetanus untuk mengelakkan sebarang jangkitan. Mereka kemudiannya dimasukkan ke Hospital Taiping dan masih berada di sana sementara menunggu pengesahan Jabatan Perkhidmatan Veterinar untuk memulakan suntikan vaksin.

Apa yang menjadi persoalan dan tanda tanya adalah bagaimanakah jangkitan virus rabies boleh merebak sehingga ke Kuala Sepetang? Hal ini berkemungkinan terjadi melalui gigitan “rabid dog” yang dibawa di dalam bot oleh warga asing dari negara-negara jiran memandangkan Kuala Sepetang merupakan salah satu kawasan pelabuhan pendaratan ikan.

Untuk mengelakkan daripada digigit anjing dan seterusnya dijangkiti oleh penyakit anjing gila, pihak Jabatan Perkhidmatan Veterinar telah menasihatkan orang ramai agar menjauhkan diri daripada anjing liar atau anjing tidak bertuan sebagai langkah berjaga-jaga. Namun jika digigit anjing, luka bekas gigitan tersebut hendaklah segera dibasuh dengan air dan sabun secepat mungkin. Seterusnya datang ke klinik atau hospital yang berdekatan untuk mendapatkan suntikan vaksin demi mencegah penyakit anjing gila.

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangperak.com

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

+ 57 = 61