Pelbagai Versi Cerita Menarik Sejarah Dan Asal Nama Perak

Nama sebuah negeri dipilih dan diangkat menjadi lambang, kemegahan serta kekuatan untuk ikon sesebuah negeri. Jika nama negeri Melaka didapati dari peristiwa apabila Parameswara yang sedang berehat di sebuah pohon Melaka sambil terlihat pelanduk yang menendang anjing buruannya. Bagaimana pula ceritanya dengan asal usul nama negeri Perak?

Sebenarnya, sehingga ke hari ini tidak ada rekod rasmi daripada waktu dahulu atau mungkin pada asalnya ia pernah wujud dan sudah hilang diamah pelbagai peristiwa sejak berzaman. Sejak dari itu, masyarakat kita yang dahagakan sejarah asal usul nama negeri Perak ini mula wujudkan pelbagai teori-teori yang boleh diperkaitkan untuk sejarah asal usul nama negeri Perak.

Pelbagai Versi Cerita Menarik Sejarah Dan Asal Nama Perak

Untuk makluman anda pembaca setia orangperak.com, maklumat yang bakal anda baca bukanlah fakta tepat dan ianya hanyalah teori semata-mata yang diceritakan oleh orang-orang lama kepada editor orangperak.com untuk dipersembah kepada semua kerana ada perkaitan yang boleh diambil kira hanya sekadar untuk pengetahuan umum.

Tidak hairan buat kaki pancing apabila dikatakan sungai Perak punyai ikan besar dan panjang hampir 5 kaki setinggi manusia dewasa. Ada kisah dan penceritaan berkenaan ikan haruan yang agak besar yang dilihat mengicah-ngicah anaknya hingga air sungai menjadi keruh putih berkilat saperti warna perak di Chegar Galah perkisahan ini ada diceritakan di dalam penulisan Abdul Halim Nasir yang merupakan seorang penyelidik dan budayawan yang tidak asing lagi terutama dalam warisan seni bina Melayu.

Ada juga yang melibatkan hal bijih timah dalam perkaitan nama Perak diangkat sebagai nama negeri kerana bumi di negeri Perak amat kaya dengan bijih timah. Warna bijih timah yang putih berkilat tambahan pula apabila disinar cahaya matahari mengukuhkan lagi teori ini yang mana pelombongan timah berlaku sejak dahulu lagi.

Pelbagai Versi Cerita Menarik Sejarah Dan Asal Nama Perak

Lain pula ceritanya dalam Hikayat Merong Mahawangsa yang menyatakan bahawa nama Negeri Perak ini ada kaitannya dengan cerita putera Raja Marong Mahapudi Sat. Dikatakan bahawa putera raja tersebut keluar meneroka untuk membuka sebuah negeri baru dan apabila putera tersebut sampai ke sebuah sungai, terjumpa pula sebuah tasik yang melingkungi 3 ke 4 buah pulau.

Putera tersebut bercadang untuk membuka sebuah negeri di kawasan tersebut dan baginda pun memanah ke udara dengan menggunakan sebilah anak panah yang matanya diperbuat daripada perak dengan menggunakan busar miliknya yang bernama Indera Sakti.

Apabila anak panah tersebut jatuh terjunam ke atas sebuah pulau dari pulau-pulau yang ada, maka dinamakanlah tempat itu sebagai Pulau Indera Sakti yang mana kawasan tersebut kini amat terkenal sebagai pusat pemerintahan Sultan Iskandar Zulqarnain (Sultan Perak ke 15) dan negerinya dinamakan Negeri Perak.

Dalam banyak-banyak kisah yang ada berkaitan dengan dari mana asalnya nama negeri Perak, kisah ini yang paling menarik untuk dikongsikan bersama-sama dengan para pembaca setia orangperak.com kerana dikatakan ia diceritakan sendiri oleh Sultan Perak ke 33 iaitu Almarhum Sultan Idris II kepada rakyat yang tinggal di sekitar Bukit Chandan.

Pelbagai Versi Cerita Menarik Sejarah Dan Asal Nama Perak

Sepertimana yang kita tahu, negeri Melaka wujud sebelum negeri Perak dan dahulunya Perak ini terbahagi kepada 3 buah daerah sahaja yang mana satu daripadanya iaitu di kawasan Hulu Perak berada di bawah pemerintahan Tun Saban dan selebihnya pula dikatakan berada dibawah takluk kerajaan negeri Melaka.

Salah seorang kuasa besar di salah satu daerah yang ada di Perak pada waktu itu adalah Tok Mahsuka dan seorang lagi adalah adik kepada Tun Saban iaitu Tok Temong yang mana mereka berdua adalah merupakan anak kepada Tun Perak. Anda pasti tertanya-tanya Tun Perak yang mana bukan? Beliau adalah Bendahara Seri Paduka Raja Tun Perak bin Tun Perpatih Sedang iaitu Bendahara Melaka yang ke 5 merangkap Bendahara yang paling masyhur antara semua bendahara di negeri Melaka.

Ketiga-tiga ketua ini bercadang untuk menyatukan daerah yang ada untuk dijadikan 1 negeri yang aman damai dibawah 1 nama. Pada asalnya, mereka bercadang untuk menamakan sebagai negeri Melaka tetapi ia nampak tidak sesuai kerana pada waktu itu negeri Melaka masih lagi wujud walaupun dibawah kekuasaan Portugis.

Apabila difikirkan lagi selepas bermesyuarah dan dilihat kembali punca kepada keunggulan negeri Melaka adalah dibawah peranan dan tanggung-jawab seorang bendahara. Dalam masa itu bendahara negeri Melaka adalah Tun Perak yang merupakan ayah kepada Tun Saban dengan Tok Temong. Maka, dengan itulah nama Perak diangkat sebagai nama sebuah negeri dari nama Tun Perak.

Pelbagai Versi Cerita Menarik Sejarah Dan Asal Nama Perak

Lantas dengan wujudnya sebuah negeri baru dan sebelum meninggal dunia akibat sakit tua, Tok Mahsuka mewasiatkan untuk mencari seorang anak gahara supaya dapat memerintah negeri Perak dan menjadi sebuah negeri melayu yang berdaulat. Anda boleh ikuti perjalanan cerita ini di artikel bertajuk Beting Beras Basah Menjadi Saksi Kehadiran Sultan Perak Pertama.

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangperak.com

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.