Pokok Peluru Meriam Penambah Keunikan Taman Tasik Taiping

Pelik bukan apabila mendengar nama pokok ini, namun itu lah gelaran yang diberi kepada pokok yang nama saintifiknya Couroupita guianensis. Apabila diteliti pada buahnya barulah anda akan menyedari mengapa ianya dipanggil sebagai Pokok Peluru Meriam. Dari segi fizikal buahnya memang seperti peluru meriam dan jika kita kupas sedikit kulitnya kemudian dilambung ke udara, bila sahaja ia mencecah tanah, ia akan bederai dan mengeluarkan bunyi letupan yang kuat.

Klinik Pakar Kulit Paling Popular Di Perak, Klinik Nagoke

Inilah tempatnya iaitu klinik yang menjadi bualan buah mulut orang ramai apabila setiap kali hendak berikhtiar untuk merawat apa juga jenis penyakit kulit. Untuk makluman anda, klinik ini sentiasa dipenuhi dengan orang ramai pada setiap hari. Mereka yang datang ke klinik ini adalah kebanyakannya mereka yang mempunyai pelbagai masalah penyakit kulit dan mereka juga datang dari merata lokasi tidak kira dekat dan juga jauh untuk merawat penyakit kulit mereka.

Rekod Tahanan Penjara Paling Lama Malaysia Di Penjara Taiping

Salleh Talib dan Jamil Ahmad yang dibebaskan dari penjara pada tahun 2006 setelah mendapat pengampunan telah mencipta sejarah sebagai tahanan yang paling lama menjalani hukuman penjara di Malaysia dan kisah mereka ini wajar untuk diangkat sebagai teladan kepada semua.

Asal Usul Dan Sejarah Nama Teluk Batik

Teluk batik dikatakan bermula dengan kedatangan kaum Batak dari Kepulauan Sumatera di Indonesia. Ceritanya bermula apabila pada zaman dahulu lanun-lanun dan perompak menjadikan perairan Selat Melaka tempat mereka merompak dan merampas semua hasil dagangan dan kepunyaan pemilik orang-orang yang menggunakan laluan Selat Melaka tersebut.

Pengalaman Dikelilingi Kelip-Kelip Di Kampung Dew

Tarikan utama Kampung Dew adalah kelip-kelip. Kelip-kelip telah menjadikan Kampung Dew antara salah sebuah destinasi pelancongan menarik di Perak dan wajib anda kunjungi. Destinasi eko-pelancongan yang melibatkan kelip-kelip kini amat jarang sekali untuk ditemui di negara kita.

Robot Pelayan Restoran Pertama Malaysia Ada Di Ipoh, Perak

Langkah seterusnya untuk mencapai cita-cita mereka, restoran Nam Heong di Ipoh Soho telah menjadi pertama di Malaysia yang ada robot sebagai pelayan. Para pelanggan yang ada mesti akan terpegun dengan tranformasi yang dibawa oleh restoran ini yang dilayan dengan robot.

Senarai Pusat Pemerintahan Kesultanan Negeri Perak

Sejak zaman pemerintahan Sultan Perak yang terawal, dimana lokasi pusat pemerintahan Sultan Perak berada maka disitulah juga wujudnya lokasi istana buat Sultan Perak menetap dan bersemayam. Istana Sultan sentiasa berubah-ubah dari Hilir Perak hingga ke Kuala Kangsar. Diantara faktor lain yang menyebabkan pusat pemerintahan Kesultanan Perak sering berubah pada masa lalu ialah mengikut kesesuaian pada masa tersebut dan atas kehendak Sultan yang memerintah itu sendiri selain daripada faktor pertahanan dengan tujuan untuk mengelirukan musuh.

Menyusuri Sungai Perak Di Teluk Intan Dengan River Cruise

Peluang kepada orang ramai untuk melihat sendiri keunikan dan khazanah alam yang tidak ramai dapat mereka terokai di sungai Perak berdekatan Teluk Intan.

Kisah Murtad Paling Sedih Di Kampar, Perak

Kisahnya bermula apabila sewaktu anak gadis ini pergi ke Kuala Lumpur setelah mendapat tawaran kerja dan kemudian pulang berjumpa bapanya dalam keadaan murtad serta turut membawa teman lelakinya bersama.

Sejarah Dan Asal Usul Nama Bagan Serai

Sebuah bandar kecil yang bernama Bagan Serai adalah sebuah mukim yang wujud di dalam daerah Kerian di negeri Perak yang tercinta. Kedudukan dan lokasinya berhampiran dengan Gunung Semanggol, Alor Pongsu, Parit Buntar, Kuala Kurau dan Kuala Gula.

Sejarah Landasan Kereta Api Teluk Intan Ke Tapah Road

Sejarah landasan kereta api Tapah Road ke Teluk Intan bermula apabila Archibald Edward Harbord Anson yang merupakan Leftenan Gabenor Pulau Pinang membuat pelan untuk membina bandar terancang iaitu Pekan Teluk Anson pada tahun 1882.

Uniknya Pekan Jumaat Di Kampung Sungai Bayor, Selama

Pekan pagi Jumaat di Sungai Bayor punyai keunikannya yang tersendiri pada hari ini. Ramai peniaga dari daerah Selama dan utara negeri Perak akan berkumpul disini untuk menjual apa sahaja yang boleh dijual. Percayalah, anda pasti teruja jika ke sana nanti!

Disiniland Agrofarm And Resort Di Batu Kurau

Menjanjikan kelainan, Disiniland Agrofarm and Resort adalah sebuah destinasi percutian berbentuk agro yang dikhaskan untuk seisi keluarga yang ingin bersama-sama meluangkan masa berharga.

Kisah Puteri Sultan Perak Menjadi Permaisuri Negeri Johor

Tuanku Raja Zarith Sofia yang diputerikan pada tanggal 14 Ogos 1959 di Hospital Batu Gajah, Perak merupakan Permaisuri negeri Johor Darul Takzim dan isteri kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ismail, Sultan Johor ke 5.

Manjakan Diri Di Kolam Air Panas Sungai Klah, Sungkai

Dikelilingi oleh bukit-bukau serta anak sungai yang jernih dan juga dilindungi oleh ketenangan hutan subur menghijau dengan keluasan 6.5 hektar, Taman Rekreasi Air Panas Sg Klah yang terletak di Sungkai ini dibina dengan kos sebanyak RM6 juta dan dibuka pada Disember 2003.

Kisah Disebalik Pusat Pemulihan Akhlak Di Batu Gajah

Pusat pemulihan akhlak yang terletak di Batu Gajah ini telah dibina pada tahun 1902 dan pada waktu itu, ia dikenali dengan nama Kinta Prison. Kinta Prison ini berfungsi sebagai pusat tahanan hanya untuk lelaki sahaja.

Mendalami Kisah Di Kompleks Sejarah Pasir Salak

Terletak ditebing Sungai Perak, kompleks sejarah ini dibina dengan harapan supaya generasi-generasi muda akan sentiasa memperingati peristiwa berdarah Pasir Salak pada tahun 1875 yang merupakan kemuncak dalam gerakan orang Melayu menentang penjajah Inggeris di Perak serta mengenang akan jasa dan pengorbanan para pahlawan yang mempertahankan maruah bangsa dan negara.

Kenali Raja Ahmad Nazim Azlan Shah

Engku Raja Ahmad Nazim Azlan Shah adalah anak kedua dari tiga adik beradik kepada Almarhum Raja Ashman Shah yang merupakan adinda kepada Sultan Nazrin Shah (Sultan Perak ke 35).

Gerai Bubur Perak Dan Makanan Tradisional Di Titi Gantung, Bota

Gerai Bubur Perak yang terletak di Titi Gantung menarik perhatian orang ramai pabila dipenuhi dengan bendera negeri Perak dan Malaysia. Apa yang unik dan mungkin anda tak tahu tentang bendera Perak dan bendera Malaysia yang banyak di hadapan gerai Bubur Perak ini. Ianya dikatakan mempunyai fungsi dan makna tertentu untuk pelanggan yang hendak datang singgah.

YMM Tuanku Bainun, Dari Guru Ke Raja Permaisuri Perak

Kisah srikandi yang tersohor dalam sejarah Kesultanan Perak, baginda berasal daripada seorang pendidik dan kemudiannya menjadi Raja Permaisuri Perak. Baginda ialah Yang Maha Mulia Tuanku Bainun Ali.

Kisah Orang Lambor Selamatkan Perdana Menteri Tun Razak

Kisah yang tidak didendang seorang lelaki hebat dari Lambor, Perak yang pernah menyelamatkan nyawa Perdana Menteri Malaysia. Moh ketahui apa kisah yang berlaku disebaliknya.

Anak Perak, Pelari Paling Pantas Asia Tahun 1966

Tan Sri Dr. Mani Jegathesan merupakan ahli sukan pertama dalam negara Malaysia ini yang mendapat anugerah Olahragawan Kebangsaan pada tahun 1966. Anugerah ini merupakan pengiktirafan dari Majlis Sukan Negara terhadap pencapaian cemerlang beliau pada tahun tersebut. Beliau juga adalah merupakan atlet Malaysia pertama yang memenangi pingat dalam sekurang-kurangnya empat sukan antarabangsa dalam pada beberapa tahun waktu itu.

Mitos Istana Sultan Ismail Dan Sebuah Masjid Di Belanja, Perak

Sesetengah Istana peninggalan Raja-raja dahulu sudah tiada dari tapak pembinaannya akibat kemusnahan dari kesan peperangan dan penjajahan yang berlaku pada suatu masa dahulu namun masih ada gambaran serta tapak kedudukannya istana itu yang dapat dizahirkan dari cerita-cerita orang lama yang masih diambil pakai sebagai ilmu pengetahuan oleh kita hari ini.

Lapangan Terbang Pertama Tanah Melayu Ada Di Taiping, Perak

Lapangan terbang Taiping dibina dalam tahun 1929 dan ia adalah merupakan sebuah lapangan terbang pertama yang secara rasminya ditubuhkan di Negeri-negeri Melayu Bersekutu.

Penjelasan Tradisi Pukung Masyarakat Banjar Di Perak

Tradisi berpukung ini amat popular di kalangan mereka yang berketurunan Banjar. Tidak sah jika tidak berpukung, setiap anak kelahiran yang berketurunan Bannjar, mesti akan merasa pukung.

Kisah Fauziah Nawi Yang Berasal Dari Ipoh, Perak

Mungkin ramai yang kenal Fauziah Nawi sebagai seorang pelakon namun sebenarnya sejak awal penglibatan beliau dalam dunia seni, Fauziah Nawi cukup aktif sebagai seorang penari dan penyanyi.

Cerita Disebalik Mango Shake Boro Boro Di Sekitar Perak

Perniagaan Mango Shake Boro Boro ini diuruskan oleh asnaf yang dipilih ditapis mengikut kekurangan had kifayah dan juga semangat mereka untuk meningkatkan taraf ekonomi serta pendapatan mereka.

Sejarah Mukim Lekir Di Sitiawan

Ia dipercayai sebagai perkampungan paling awal yang wujud di Negeri Perak. Menurut cerita orang tua-tua di sini, Mukim Lekir mula diterokai sejak pada tahun 1798 yang diketuai Haji Ahmad Haji Laji atau lebih dikenali dengan panggilan Tok Gandah di kalangan masyarakat setempat.

Parit Fried Chicken Lebih 27 Tahun Di Pekan Parit

Rata-rata penduduk setempat Pekan Parit berbangga dengan kewujudan Parit Fried Chicken kerana ia umpama sebagai ikon dan memberi nostalgia buat mereka yang membesar di Pekan Parit.

Bubur Anak Lebah, Makanan Warisan Perak

Bubur anak lebah amat popular di kawasan Perak Tengah terutamanya di kawasan Bota dan rata-rata orang lama sahaja yang tahu resipi bubur anak lebah ini.