Senarai Lokasi Terkini AES di Perak Dan Seluruh Malaysia

Sistem Penguatkuasaan Automatik atau lebih dikenali sebagai Automated Enforcement System (AES) adalah sistem penguatkuasaan keselamatan jalanraya yang beroperasi sepanjang masa secara automatik. Bila kamera tersebut berkelip waktu anda sedang melaluinya, siap siaga di akhir bulan untuk menerima surat saman daripada JPJ dan jangan bazirkan wang gaji anda kerana anda perlu membayar saman sehingga RM300 kerana melanggar peraturan had laju jalan raya.

Nasi Ganja Paling Laris Di Ipoh

Dulu sebelum kami cuba nasi ganja ni, kami keliru juga kenapa namanya nasi ganja? Resepinya mengandungi bahan terlarangkah? Hehehe. Itulah kata orang, belum cuba belum tahu. Sudah cuba, baru tahu. Rupanya nasi ganja ni punya rasa sangatlah sedap! Anda akan rasa nak makan, makan dan makan lagi. Boleh kata ketagih juga la nasi ganja ni. Punya sedap. Disebabkan ketagihan itulah mungkin menjadi penyebab dinamakan Nasi Ganja.

Anda Kenal Perak Man dan Perak Woman?

Perak Man adalah seorang lelaki yang berumur diantara 40 hingga 45 tahun dengan ketinggian 157 cm, menjalani kehidupan sihat, memakan makanan berfiber dan berjalan dengan membongkok. Dia memiliki tangan kiri yang lemah (atrophied) dan mempunyai satu jari yang cacat.

Fakta Menarik Tentang Negeri Perak

Perak Darul Ridzuan mempunyai fakta yang menarik tetapi ramai yang tidak tahu termasuklah rakyat Perak sendiri tetapi bukan semua. Disini, kami ingin kongsikan serba sedikit fakta-fakta menarik berkenaan dengan negeri Perak Darul Ridzuan.

Taiping Bandar Warisan

Bandar Taiping merupakan ibu kota buat daerah Larut, Matang dan Selama. Sebelum tahun 1937, tahukah anda bahawa Taiping merupakan ibu negeri buat negeri Perak dan bukannya Ipoh? Nama lama buat Taiping ialah Klian Pauh. Klian bermaksud lombong manakala Pauh pula ialah sejenis buah mangga yang bersaiz kecil.

Gerbang Malam Dan Pasar Karat Ipoh (LOKEN)

Jika singgah di Ipoh, tidak lengkap buat persinggahan anda jika tidak berkunjung ke dua tempat yang cukup popular dan menarik ini, iaitu Gerbang Malam dan juga Pasar Karat Ipoh atau lebih dikenali sebagai Loken. Mesti anda dapat bayangkan apa itu Gerbang Malam dan Pasar Karat bukan? Sebut sahaja Gerbang Malam, setiap rakyat Perak tahu tidak kira mereka di hulu atau hilir Perak. Gerbang Malam namanya cukup gah untuk menggambarkan Ipoh.

Senarai Kursus Pendek Kolej Komuniti Taiping Januari 2017

Tahukah anda kepentingan Kolej Komuniti pada penduduk setempat? Jika anda tidak tahu, Kolej Komuniti menawarkan pelbagai kursus jangka pendek yang relevan dengan keperluan masyarakat setempat dengan kadar bayaran yang sangat rendah dengan memberi tenaga pengajar yang berpengalaman dan berkualiti untuk mendidik dan membantu anda dalam bidang yang anda kehendaki.

Jadual Perlawanan Liga Super 2017 Pasukan Perak

Bagi yang mengikuti perkembangan pasukan bola sepak Perak yang lebih dikenali sebagai The Bos Gaurus (TBG), pastinya tak sabar nak menyaksikan pasukan TBG beraksi kan? Untuk korang peminat pasukan The Bos Gaurus, ini adalah jadual perlawanan Liga Super 2017 yang melibatkan pasukan kesayangan anda.

Asal Usul Nama Bandar Sitiawan

Sejarah awal di Sitiawan mendapat nama dikatakan berasal dari sekawan gajah yang melalui kampung ini dan tiba-tiba seekor darinya hilang dari kumpulan gajah tersebut. Seekor dari gajah jantan telah pergi mencari kawannya itu, rupa-rupanya seekor gajah betina telah tersangkut di dalam Sungai Dindings. Gajah betina itu cuba bergerak tetapi makin lama makin tenggelam. Gajah jantan setia menunggu kawannya dan cuba membantu. Akhirnya kedua-dua gajah itu mati dalam sungai itu.

Makanan Popular Di Negeri Perak

Sebut sahaja tentang Negeri Perak, pasti ada yang terbayangkan tempat pelancongan menarik seperti Pulau Pangkor, Gua Tempurung, Kellie's Castle, Royal Belum Rainforest dan berbagai lagi. Ada juga yang teringat dengan keenakan dan keunikan makanan yang ada.

Bagan Datoh Akan Ditukarkan Namanya

Datuk Seri Najib Razak iaitu perdana menteri Malaysia telah mengumumkan pada sambutan Rumah Terbuka Malaysia Aidilfitri Julai 2016 yang lalu bahawa Bagan Datoh akan dinaik taraf sebagai daerah penuh berikutan hasil persetujuan bersama kerajaan negeri dengan persekutuan. Sehubungan dengan itu, Bagan Datoh akan tukarkan namanya kepada Bagan Datuk berkuat kuasa pada 9 Januari 2017 yang akan datang.

Identiti Bendera, Logo, Jata Dan Lagu Negeri Perak

Salam satu Perak. Mesti kebanyakan daripada kita tidak tahu lagi tentang identiti Perak walaupun telah lama bermaustatin di negeri yang bertuah ini. Kami akan kongsikan serba sedikit info tentang Identiti Perak.

Sejarah Selama, Perak

Selama yang dahulu dikenali dengan nama Kampung Selamat dibuka oleh budak pejabat kepada Long Jaafar. Moh baca kisahnya.

Bagaimana Mambang Di Awan Mendapat Nama?

Mengikut seorang pegawai Inggeris, George Maxwell ada menyebut tempat tersebut sebagai Mambang Di Awan kerana tempat berkenaan terdapat seorang mambang atau bidadari yang turun dari Gunung Bujang, Melaka.

Sejarah Pekan Parit, Perak

Sejarah Pekan Parit ini diceritakan suatu ketika dahulu, terdapat dua orang perantau dari Teluk Intan Perak yang bernama Ngah Sagor dan Alang Ghafar telah berhijrah ke Parit melalui sungai Perak kira-kira awal abad ke 20.

Tahun Melawat Perak 2017

World of Wonders adalah slogan yang dipaparkan di logo Tahun Melawat Perak untuk tahun 2017 yang mana ia menekankan alam semula jadi, budaya, makanan yang lazat, melalui perjalanan ke dalam gua purba, pantai bersih dan warisan antarabangsa. Perak sedang menunggu kedatangan anda dan keluarga anda untuk bercuti disini.

Tempat Bersejarah di Perak Darul Ridzuan

Selain daripada merupakan negeri keempat (4) terbesar di Malaysia, Perak juga mempunyai pelbagai tempat-tempat sejarah yang menarik untuk dilawati oleh pengunjung atau pelancong ke negeri Perak.

Pengarah Filem Dari Perak Darul Ridzuan

Mungkin ramai yang tidak tahu sebenarnya ramai pengarah-pengarah filem yang terkenal berasal dari negeri yang bertuah ini, Perak Darul Ridzuan. Disini kami ingin berkongsi beberapa pengarah filem yang berasal dari Perak Darul Ridzuan.