Nilai Sentimental Jambatan Nordin Di Parit

Jambatan Nordin ini mempunyai nilai sentimental yang tinggi buat penduduk di sekitarnya kerana pada asalnya, ia hanya berkerangka besi dan berlantaikan kayu sahaja. Pada waktu itu, jambatan itu juga dipanggil sebagai Jambatan Bailey.

Lemang Tepung Kuih Tradisi Yang Semakin Pupus

Dengan kebanjiran kuih-muih hipster dan moden yang semakin dan tidak putus-putus mendapat perhatian dan permintaan orang ramai membuatkan kuih tradisi lama ini semakin kian dilupakan. Ia jarang atau tidak dijual secara terbuka oleh kerana beberapa faktor yang tidak boleh dielakkan. Antaranya adalah ia tidak boleh disimpan dengan lama, ianya tidak begitu menguntungkan dan tidak berbaloi dan hanya boleh bertahan untuk beberapa hari sahaja.

Lebuh Raya Taiping – Banting Dijangka Siap Tahun 2019

Lebuh Raya Pesisiran Pantai Barat ini bakal menghubungkan bandar seperti Banting, Shah Alam, Kuala Selangor, Tanjung Karang, Sabak Bernam dengan Teluk Intan. Projek dengan kos RM6 bilion ini sudah bermula sejak 2014 lagi dan kini, kita sudah boleh nampak kerja-kerja pembikinan sedang giat dijalankan hampir di seluruh kawasan yang terlibat.

Tarikh Yang Wajib Anda Simpan Sepanjang 2017

Jika anda adalah kaki melancong, kaki makan, kaki selfie dan seumpamanya, anda patut simpan semua tarikh yang disediakan ini pada jadual anda. Simpan kesemua dan susun jadual anda betul-betul kerana ia telah dirancang untuk sepanjang tahun sempena tahun melawat Perak 2017! Jangan terlepas semua event yang menarik ini.

Cerita Bagaimana Pulau Pangkor Mendapat Nama

Berdasarkan sumber orang lama penduduk tempatan, terdapat cerita lama berkenaan dengan asal usul nama Pulau Pangkor yang tidak dapat dikenalpasti kesahihan ceritanya. Namun inilah cerita yang dipanjangkan sejak turun temurun untuk memperingati bagaimana Pulau Pangkor mendapat namanya.

Fakta Tentang Sungai Perak

Sungai Perak yang sepanjang 400km mengalir dari Hulu Perak berpunca dari banjaran Titiwangsa hingga ke Beting Beras Basah lokasi dimana jalan Sultan Perak Pertama datang di Bagan Datoh ke Selat Melaka. Sungai Perak merupakan sungai yang ke dua paling panjang di semenanjung Malaysia selepas sungai Pahang.

Laluan Puaka Seri Iskandar Ke Parit

Kebanyakan penduduk setempat tahu akan kisah dan sejarah apa yang berlaku di jalan pendek untuk ke Pekan Parit dari Seri Iskandar itu sebelum ia dibuat jalan raya untuk orang awam. Entri kali ini hanyalah sekadar peringatan untuk orang luar agar tidak melalui jalan ini pada lewat malam seorang diri.

Tasik Cermin Yang Tersorok di Gunung Rapat

Tanyalah kebanyakan orang Ipoh sendiri, rata-rata tidak tahu akan kewujudan dan lokasi sebenar Tasik Cermin ini. Laluan untuk sampai ke Tasik Cermin ini agak mencabar kerana anda akan melalui kawasan jalan yang tidak berturap, berbatu kelikir dan penuh debu. Macam tak percaya jalan untuk ke lokasi Tasik Cermin yang indah ini teruk ya amat! Jika tidak tabah mencari, mesti tidak akan jumpa kerana lokasinya benar-benar terselindung dan tersembunyi dari dunia luar.

Kenali Tasik Temenggor di Perak

Tasik buatan manusia ini terletak sejauh 200km dari Ipoh. Ia terletak di laluan yang dikenali sebagai Lebuh raya Timur Barat. Jika anda datang dari Ipoh atau dari Pulau Pinang, adalah menjadi satu kewajipan untuk mengisi minyak kendekraan dengan penuh di Gerik terlebih dahulu kerana tidak ada stesen minyak di persisiran lebuhraya Timur Barat sehingga ke Jeli.

Ke Mana Hilangnya Batu Bersurat Di Beruas

Paling menarik di Beruas adalah tentang batu bersurat yang dikatakan pernah wujud di Beruas ini berbentuk piramid dan diliputi ayat-ayat Al-Quran. Ia dikatakan ditemui secara tidak sengaja 10 tahun sebelum cerita berkenaannya tersebar. Apabila mahu dicari kembali pada tahun 1986, ianya telah hilang tanpa khabar berita.

Kampung Sitiawan Destinasi Baru Untuk Dikunjung

Kampung Sitiawan yang terletak lebih kurang 5 minit dari pekan sitiawan tetap menjadi kegilaan kaki pancing tegar dan ia cukup terkenal bagi golongan pemancing kerana terdapat servis sewaan sampan yang memudahkan aktiviti hobi mereka dijalankan disana.

Patung Buddha Yang Tertanam Di Perak Bukan Peninggalan Kuno

Kini, patung Buddha tidur yang berukuran 30 kaki itu tertanam di bawah tanah di sebuah kampung yang terletak di Kampung Senawar di Kuala Kangsar, Perak.

Nasi Goreng Udang Paling Meletup Di Ipoh

Ipoh antara salah satu bandar di Malaysia yang menjadi kegemaran orang ramai untuk singgah dan mencari makanan yang lazat disana. Menu seperti Nasi Ganja, Nasi Vanggey, laksa sarang dan terdapat juga Mee Rebus Ramlee yang sudah terkenal dan menjadi kegilaan ramai. Ada satu lagi yang mungkin anda tertinggal jika anda tidak pernah mencuba nasi goreng udang!

Satey Pilihan Nombor Satu Di Bota

Sate Bota atau Mustafa Sate Bota adalah nama yang tidak asing lagi buat penduduk di Perak Tengah kerana kelazatan yang dikekalkan sejak lebih 30 tahun dulu lagi dan paling murah di pasaran.

5 Makanan Yang Paling Digemari Di Perak

Dalam artikel kali ini, kami dapat kumpulkan antara makanan yang popular di negeri Perak. Adakah anda pernah mencuba masakan yang kami senaraikan ini? Jom teruskan membaca!

Kenali Slim River

Asal usul nama Slim River diambil dari dua perkataan Inggeris yang membawa makna sebagai Sungai Sempit dalam bahasa Malaysia. Hal ini disebabkan British telah menamakan kawasan ini dahulu berikutan keadaan sungai dikawasan ini yang sempit.

Perak Yang Pertama Laksanakan My Beautiful New Home

Perak merupakan negeri pertama yang menjalankan projek My Beautiful New Home apabila sebanyak 50 unit rumah akan dibina di Batu 10, Lekir.

Pameran 3D Art di Muzium Perak, Taiping

Muzium Perak telah mengadakan Pameran 3D Sepanjang Jalan Kenangan bermula pada 15 September 2016 yang lepas sehingga 15 September 2017. Pameran 3D grafik ini berkonsepkan kehidupan kehidupan masyarakat berkaitan zaman prasejarah, perkampungan Melayu, suasana Kopitiam, kebun durian serta tarian naga.

Produk Agro Negeri Perak Dipromosi di Singapura

Sempena Tahun Melawat Perak 2017, Kerajaan Negeri Perak bersama Lembaga Pemasaran Pertanian Persukutuan (FAMA) telah melancarkan "Perak Plate Programme" di Agrobazaar Malaysia Singapura pada 20 Disember lepas.

Asal Usul Batu Gajah, Perak

Batu Gajah bermula sebagai sekelompok perkampungan kecil di dalam mukim Sungai Terap yang dibangunkan di bawah kepimpinan penghulu yang digelar Sri Amar Diraja semenjak awal kurun ke-19.

Taman Rekreasi Gunung Lang

Taman Rekreasi Gunung Lang terletak 5 kilometer dari bandaraya Ipoh, adalah satu daripada beberapa gunung batu kapur yang banyak terdapat di negeri Perak, khususnya di Lembah Kinta. Pada tahun 1999, Gunung Lang telah dijadikan taman rekreasi oleh Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) dengan kerjasama Kementerian Pelancongan.

Sejarah Nama Tapah

Adakah anda tahu yang nama tempat Tapah di Perak berasal dari nama seekor ikan? Ya, nama ikan tersebut adalah ikan Tapah yang merupakan satu spesies ikan duri air tawar dalam keluarga Siluridae yang hidup di bahagian selatan Asia dari Pakistan ke Vietnam, Malaysia hingga ke Indonesia. Ikan ini juga dilaporkan terdapat di Afghanistan. Menarik bukan?

Dari Mana Ipoh Mendapat Nama?

Nama bandar Ipoh berasal daripada nama sepohon pokok. Pokok-pokok ini mengeluarkan getah beracun atau juga dikenali dengan upa. Getah beracun dari pokok itu banyak kegunaannya, ianya telah digunakan oleh masyarakat orang asli untuk memburu binatang. Getah beracun atau upa disalutkan pada mata sumpit dan juga untuk mempertahankan diri serta keluarga mereka.

3 Nama Lain Untuk Teluk Intan

Nama Teluk Mak Intan diambil dari seorang janda yang dikatakan mempunyai rupa paras yang cantik iaitu Mak Intan, beliau merupakan seorang saudagar yang berasal dari Mandahiling, Sumatera. Beliau juga dikatakan adalah peneroka yang membuka Teluk Intan di sekitar awal abad ke 19. Pada waktu itu, kawasan yang diterokai oleh Mak Intan dikenali sebagai Pekan Mak Intan.

Sejarah Lumut

Menurut cerita rakyat tempatan, nama Lumut atau nama asalnya adalah Tanah Merah dibuka oleh Raja Ungku Busu pada abad ke-17. Serangan lanun ke atas bandar persisir air itu menyebabkan anak raja dari Selangor itu lari meninggalkan Tanah Merah.

Sejarah Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK)

Adalah menjadi ikon dan kebanggan buat Kuala Kangsar dengan kewujudan MCKK. Kolej Melayu Kuala Kangsar ataupun nama singkatannya yang popular dengan MCKK merupakan sebuah sekolah berasrama penuh premier lelaki sahaja di Malaysia. Sekolah ini terletak di Bandar DiRaja Kuala Kangsar, Perak. Moto sekolah, “Fiat Sapientia Virtus” adalah dalam Bahasa Latin, yang bermaksud Kebijaksanaan Mutu Manusia.

Donut Hipster Terhangat Di Kuala Kangsar

Kebiasaannya, untuk kita menikmati donut yang pelbagai warna dan perisa hanya boleh didapati di francais milik syarikat ternama kan? Sebagai contoh Big Apple dan Dunkin Donuts. Sekarang, anda dapat menikmati pelbagai jenis donut dengan rasa dan warna yang menarik dengan harga yang lebih murah.

Anak Badak Air Jadi Tarikan Baru Di Zoo Taiping

Tahukah anda bahawa Zoo Taiping adalah zoo yang paling tua di Malaysia? Ianya dibuka beberapa tahun selepas merdeka iaitu pada 7 Mac 1964. Zoo Taiping mempunyai lebih 1,300 ekor haiwan di dalam kawasan yang melebihi 30 ekar. Selain merupakan zoo pertama di Malaysia, ia juga pelopor Night Safari di negara ini.

Beriadah Di Eco Park, Bandar Seri Botani

Bagi penduduk Ipoh khususnya di Eco Park, nama Bandar Seri Botani tentunya sudah tidak asing lagi. Satu taman rekreasi yang sesuai untuk beriadah bersama keluarga pada hujung minggu dan cuti am. Eco Park, Bandar Seri Botani atau lebih dikenali dikalangan penduduk setempat sebagai Taman Botani.

Pengusaha Mee Udang Mak Jah Meninggal Dunia

Kita dikejutkan dengan pemergian pengusaha Mee Udang Mak Jah yang popular telah meninggal dunia pada pukul 10:31 malam, 2hb Januari 2017. Oleh itu kedai Mee Udang Mak Jah akan tutup buat sementara waktu. Semoga roh allahyarhamah dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang beriman.