Gegaran Gempa Bumi 5.7 Di Medan Turut Terasa Di Perak

Gempa bumi berskala 5.7 mb telah melanda Medan, Indonesia pada jam 8.43PM waktu Malaysia hari ini 16 Januari 2017. Gegaran 5.7 itu adalah agak kuat dan ada warga Perak mula berkongsikan rasa gegaran yang dirasai mereka di media sosial melalui laman facebook.

Sejarah Labu Sayong Kuala Kangsar

Menurut cerita penduduk setempat di Kuala Kangsar, dipercayai bahawa labu asalnya dibawa ke Sayong oleh Tuk Kaluk yang datang dari Minangkabau pada zaman pemerintahan Sultan Iskandar. Tuk Kaluk merupakan salah seorang yang mempunyai hubungan baik dengan istana pada ketika itu.

Lokasi Menarik di Sekitar Perak Dari Kacamata Pelukis Cat Air

Biasanya kita lihat destinasi di Perak pada gambar. Pada kali ini, kita saksikan tempat-tempat berikut yang telah ditransformasikan kepada catatan dengan cat air yang penuh berseni oleh Cikgu Ismail Alias.

Kenapa Ada Batu Nisan Dalam Masjid Kota Lama Kanan Di Kuala Kangsar?

Ia bukanlah batu nisan untuk menandakan ada jasad manusia disemadikan di saf paling hadapan dalam Masjid Kota Lama Kanan tersebut, akan tetapi ia adalah hanya sekadar batu peringatan untuk memperingati Sultan Mansur Syah 1 yang didakwa ghaib ketika bersolat Jumaat di dalam masjid ini.

Isu Tepung Gandum Ada Peluntur Kembali Di Awal 2017

Kementerian Kesihatan Malaysia akan mengambil sampel tepung gandum yang didakwa oleh Persatuan Pengguna Islam Malaysia bahawa mengandungi bahan peluntur dan boleh menjejaskan kesihatan. Kementerian Kesihatan akan mengambil sampel tepung gandum yang didakwa mengandungi bahan peluntur untuk dianalisa di makmal secepat mungkin.

Nilai Sentimental Jambatan Nordin Di Parit

Jambatan Nordin ini mempunyai nilai sentimental yang tinggi buat penduduk di sekitarnya kerana pada asalnya, ia hanya berkerangka besi dan berlantaikan kayu sahaja. Pada waktu itu, jambatan itu juga dipanggil sebagai Jambatan Bailey.

Lemang Tepung Kuih Tradisi Yang Semakin Pupus

Dengan kebanjiran kuih-muih hipster dan moden yang semakin dan tidak putus-putus mendapat perhatian dan permintaan orang ramai membuatkan kuih tradisi lama ini semakin kian dilupakan. Ia jarang atau tidak dijual secara terbuka oleh kerana beberapa faktor yang tidak boleh dielakkan. Antaranya adalah ia tidak boleh disimpan dengan lama, ianya tidak begitu menguntungkan dan tidak berbaloi dan hanya boleh bertahan untuk beberapa hari sahaja.

Lebuh Raya Taiping – Banting Dijangka Siap Tahun 2019

Lebuh Raya Pesisiran Pantai Barat ini bakal menghubungkan bandar seperti Banting, Shah Alam, Kuala Selangor, Tanjung Karang, Sabak Bernam dengan Teluk Intan. Projek dengan kos RM6 bilion ini sudah bermula sejak 2014 lagi dan kini, kita sudah boleh nampak kerja-kerja pembikinan sedang giat dijalankan hampir di seluruh kawasan yang terlibat.

Tarikh Yang Wajib Anda Simpan Sepanjang 2017

Jika anda adalah kaki melancong, kaki makan, kaki selfie dan seumpamanya, anda patut simpan semua tarikh yang disediakan ini pada jadual anda. Simpan kesemua dan susun jadual anda betul-betul kerana ia telah dirancang untuk sepanjang tahun sempena tahun melawat Perak 2017! Jangan terlepas semua event yang menarik ini.

Patung Siapa Di Atas Kuil Bersebelahan Kellie’s Castle

Sebut sahaja Kellie's Castle, hampir semua orang anggap ianya sebagai Taj Mahal Malaysia jika ia siap dibina. Sebagai pengenalan, istana ini dibina pada tahun 1905 sebagai manifestasi cinta seorang suami kepada isterinya. Jika Taj Mahal dibina sebagai lambang cinta Shah Jehan kepada Mumtaz Mahal, Kellie's Castle pula dibina atas rasa kasih dan sayang William Kellie Smith kepada isteri beliau, Agnes. William Kellie Smith bertemu jodoh dengan isterinya Agnes sewaktu berada diatas kapal dalam perjalanan pulang dari Pulau Pinang.

Cerita Bagaimana Pulau Pangkor Mendapat Nama

Berdasarkan sumber orang lama penduduk tempatan, terdapat cerita lama berkenaan dengan asal usul nama Pulau Pangkor yang tidak dapat dikenalpasti kesahihan ceritanya. Namun inilah cerita yang dipanjangkan sejak turun temurun untuk memperingati bagaimana Pulau Pangkor mendapat namanya.

Fakta Tentang Sungai Perak

Sungai Perak yang sepanjang 400km mengalir dari Hulu Perak berpunca dari banjaran Titiwangsa hingga ke Beting Beras Basah lokasi dimana jalan Sultan Perak Pertama datang di Bagan Datoh ke Selat Melaka. Sungai Perak merupakan sungai yang ke dua paling panjang di semenanjung Malaysia selepas sungai Pahang.

Laluan Puaka Seri Iskandar Ke Parit

Kebanyakan penduduk setempat tahu akan kisah dan sejarah apa yang berlaku di jalan pendek untuk ke Pekan Parit dari Seri Iskandar itu sebelum ia dibuat jalan raya untuk orang awam. Entri kali ini hanyalah sekadar peringatan untuk orang luar agar tidak melalui jalan ini pada lewat malam seorang diri.

Tasik Cermin Yang Tersorok di Gunung Rapat

Tanyalah kebanyakan orang Ipoh sendiri, rata-rata tidak tahu akan kewujudan dan lokasi sebenar Tasik Cermin ini. Laluan untuk sampai ke Tasik Cermin ini agak mencabar kerana anda akan melalui kawasan jalan yang tidak berturap, berbatu kelikir dan penuh debu. Macam tak percaya jalan untuk ke lokasi Tasik Cermin yang indah ini teruk ya amat! Jika tidak tabah mencari, mesti tidak akan jumpa kerana lokasinya benar-benar terselindung dan tersembunyi dari dunia luar.

Kenali Tasik Temenggor di Perak

Tasik buatan manusia ini terletak sejauh 200km dari Ipoh. Ia terletak di laluan yang dikenali sebagai Lebuh raya Timur Barat. Jika anda datang dari Ipoh atau dari Pulau Pinang, adalah menjadi satu kewajipan untuk mengisi minyak kendekraan dengan penuh di Gerik terlebih dahulu kerana tidak ada stesen minyak di persisiran lebuhraya Timur Barat sehingga ke Jeli.

Ke Mana Hilangnya Batu Bersurat Di Beruas

Paling menarik di Beruas adalah tentang batu bersurat yang dikatakan pernah wujud di Beruas ini berbentuk piramid dan diliputi ayat-ayat Al-Quran. Ia dikatakan ditemui secara tidak sengaja 10 tahun sebelum cerita berkenaannya tersebar. Apabila mahu dicari kembali pada tahun 1986, ianya telah hilang tanpa khabar berita.

Kampung Sitiawan Destinasi Baru Untuk Dikunjung

Kampung Sitiawan yang terletak lebih kurang 5 minit dari pekan sitiawan tetap menjadi kegilaan kaki pancing tegar dan ia cukup terkenal bagi golongan pemancing kerana terdapat servis sewaan sampan yang memudahkan aktiviti hobi mereka dijalankan disana.

Patung Buddha Yang Tertanam Di Perak Bukan Peninggalan Kuno

Kini, patung Buddha tidur yang berukuran 30 kaki itu tertanam di bawah tanah di sebuah kampung yang terletak di Kampung Senawar di Kuala Kangsar, Perak.

Jenis Loghat Perak Yang Mungkin Anda Baru Tahu

Negeri Perak negeri yang bertuah ini mempunyai 5 jenis dialek atau loghat. Oleh kerana negeri Perak ini mempunyai sempadan dengan negeri lain, maka ia tidak dapat lari daripada menerima pengaruh loghat negeri lain.

Nasi Goreng Udang Paling Meletup Di Ipoh

Ipoh antara salah satu bandar di Malaysia yang menjadi kegemaran orang ramai untuk singgah dan mencari makanan yang lazat disana. Menu seperti Nasi Ganja, Nasi Vanggey, laksa sarang dan terdapat juga Mee Rebus Ramlee yang sudah terkenal dan menjadi kegilaan ramai. Ada satu lagi yang mungkin anda tertinggal jika anda tidak pernah mencuba nasi goreng udang!

Satey Pilihan Nombor Satu Di Bota

Sate Bota atau Mustafa Sate Bota adalah nama yang tidak asing lagi buat penduduk di Perak Tengah kerana kelazatan yang dikekalkan sejak lebih 30 tahun dulu lagi dan paling murah di pasaran.

5 Makanan Yang Paling Digemari Di Perak

Dalam artikel kali ini, kami dapat kumpulkan antara makanan yang popular di negeri Perak. Adakah anda pernah mencuba masakan yang kami senaraikan ini? Jom teruskan membaca!

Kenali Slim River

Asal usul nama Slim River diambil dari dua perkataan Inggeris yang membawa makna sebagai Sungai Sempit dalam bahasa Malaysia. Hal ini disebabkan British telah menamakan kawasan ini dahulu berikutan keadaan sungai dikawasan ini yang sempit.

Perak Yang Pertama Laksanakan My Beautiful New Home

Perak merupakan negeri pertama yang menjalankan projek My Beautiful New Home apabila sebanyak 50 unit rumah akan dibina di Batu 10, Lekir.

Pameran 3D Art di Muzium Perak, Taiping

Muzium Perak telah mengadakan Pameran 3D Sepanjang Jalan Kenangan bermula pada 15 September 2016 yang lepas sehingga 15 September 2017. Pameran 3D grafik ini berkonsepkan kehidupan kehidupan masyarakat berkaitan zaman prasejarah, perkampungan Melayu, suasana Kopitiam, kebun durian serta tarian naga.

Produk Agro Negeri Perak Dipromosi di Singapura

Sempena Tahun Melawat Perak 2017, Kerajaan Negeri Perak bersama Lembaga Pemasaran Pertanian Persukutuan (FAMA) telah melancarkan "Perak Plate Programme" di Agrobazaar Malaysia Singapura pada 20 Disember lepas.

Asal Usul Batu Gajah, Perak

Batu Gajah bermula sebagai sekelompok perkampungan kecil di dalam mukim Sungai Terap yang dibangunkan di bawah kepimpinan penghulu yang digelar Sri Amar Diraja semenjak awal kurun ke-19.

Taman Rekreasi Gunung Lang

Taman Rekreasi Gunung Lang terletak 5 kilometer dari bandaraya Ipoh, adalah satu daripada beberapa gunung batu kapur yang banyak terdapat di negeri Perak, khususnya di Lembah Kinta. Pada tahun 1999, Gunung Lang telah dijadikan taman rekreasi oleh Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) dengan kerjasama Kementerian Pelancongan.

Sejarah Nama Tapah

Adakah anda tahu yang nama tempat Tapah di Perak berasal dari nama seekor ikan? Ya, nama ikan tersebut adalah ikan Tapah yang merupakan satu spesies ikan duri air tawar dalam keluarga Siluridae yang hidup di bahagian selatan Asia dari Pakistan ke Vietnam, Malaysia hingga ke Indonesia. Ikan ini juga dilaporkan terdapat di Afghanistan. Menarik bukan?

Dari Mana Ipoh Mendapat Nama?

Nama bandar Ipoh berasal daripada nama sepohon pokok. Pokok-pokok ini mengeluarkan getah beracun atau juga dikenali dengan upa. Getah beracun dari pokok itu banyak kegunaannya, ianya telah digunakan oleh masyarakat orang asli untuk memburu binatang. Getah beracun atau upa disalutkan pada mata sumpit dan juga untuk mempertahankan diri serta keluarga mereka.