Misteri Batu Tenggek Dikatakan Hidup Di Teluk Intan

Teluk Intan sememangnya terkenal dengan mercu tanda bandar ini iaitu Menara Condong Teluk Intan serta tempat-tempat menjamu selera. Namun kali ini orangperak.com ingin menyentuh tentang Batu Tenggek Teluk Intan yang tidak ramai orang tahu bahkan orang Teluk Intan sendiri kurang menyedari kewujudan batu peringatan tersebut.

Terletak di simpang empat Jalan Changkat Jong – Bandar Teluk Intan berhadapan dengan cawangan Tabung Haji tersergam batu peringatan memorial Perang Dunia Pertama yang dikenali sebagai Batu Tenggek Teluk Intan.

Batu Tenggek ini seringkali dimasukkan dalam senarai lokasi tumpuan perlancong namun tidak banyak maklumat yang ada mengenai kewujudan batu tenggek tersebut. Walaupun terletak di persimpangan jalan utama Bandar Teluk Intan namun ramai yang selalu terlepas pandang monumen tersebut. Jabatan perlancongan juga tidak meletak papan tanda maklumat mengenai batu tersebut.

batu tenggek teluk intan

Berkenaan dengan misteri kewujudan Batu Tenggek tersebut, tiada sebarang maklumat mengenai asal batu tersebut dan tarikh ianya diletakkan dikawasan tersebut. Namun menurut orang lama di Teluk Intan menyatakan bahawa batu tersebut asalnya hanya sebesar kotak mancis sahaja ditinggalkan disitu oleh tentera British.

Namun lama kelamaan ianya semakin membesar sehingga ke bentuk hari ini dan akan terus membesar. Namun, tidak ada sumber sahih yang ada untuk dijadikan rujukan selain dari cerita dari orang-orang lama.

Namun yang pasti pihak British menjadikan batu tersebut sebagai memorial sebagai mengenang tentera British yang terkorban pada Perang Dunia Pertama. Pada monumen tersebut diukir sebaris ayat dari sajak yang dikarang oleh Laurenfe Binyon yang bertajuk For The Fallen.

Ayat tersebut berbunyi seperti ini “At the going down of the sun and in the morning. We will remember them.” Jika anda semua datang berkunjung ke Teluk Intan, jangan lupa untuk melawat Batu Tenggek ini sekali. Namun hati-hati bila melintas jalan raya ya.

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangperak.com

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here