Merungkai Rahsia Jam Besar Menara Condong Teluk Intan

    Related

    Benarkah Jasad J.W.W. Birch Sudah Dipindahkan Dari Jiratnya Di Pasir Salak?

    Benarkah dakwaan tentang jasad Birch sudah dibawa keluar dan hanya tinggal pakaian beliau sahaja di sana dan ada juga dakwaan tentang pihak Inggeris membawa helikopter bagi tujuan memindahkan jasad Birch itu.

    Gunung Matsurat, Gunung Warisan Kinta

    Mengikut cerita tetua, pada zaman dahulu Gunung Matsurat adalah merupakan 'istana purba' yang didiami oleh Raja dan Permaisurinya. Hendak dijadikan cerita, mereka mengadakan majlis keraian di dalam 'istana purba' ini, maka bergegak gempitala suasananya. Secara tiba-tiba Sang Kelembai telah datang dan dipercayai terganggu dek suasana yang hingar-bingar di dalam 'istana purba' ini, menyebabkannya telah menyumpah segala yang berada di dalam gunung ini menjadi batu termasuk Raja dan Permaisurinya.

    Gunung Cheroh, Gunung Sejarah Kinta

    Ketika dalam pelayaran, mereka mengalami sesuatu yang aneh apabila melalui kawasan pergunungan batu kapur di Gunung Cheroh, hendak dijadikan cerita kapal yang dinaiki mereka tidak dapat meneruskan pelayaran apabila sampai di kaki Gunung Cheroh kerana laluan yang sempit dan tidak dalam.

    Masjid Warisan Al-Khairiah, Kampung Kepayang, Fair Park, Ipoh

    Masjid Warisan Al-Khairiah, Kampung Kepayang, Fair Park, Ipoh terletak di dalam Mukim Ulu Kinta, Daerah Kinta, Perak.

    Toh Changkat Rembiah, Panglima Kinta SABD ke 3 dan Panglima Kinta SABD Pasak Kepayang yang Pertama

    Toh Changkat Rembiah, Panglima Kinta SABD ke 3 dan Panglima Kinta SABD Pasak Kepayang yang pertama dalam sistem penggiliran jawatan Panglima Kinta SABD.

    Share

    Tidak dapat dinafikan, menara condong yang terletak di Teluk Intan, Perak adalah satu ikon penting buat Teluk Intan. Ia menjadi mercu tanda bandar Teluk Intan lebih 100 tahun lamanya. Keunikan menara condong ini adalah ia menyerupai menara Pisa di Itali.

    Menara condong Teluk Intan ini dibina pada tahun 1885 dan ia memiliki ketinggian setinggi 85 kaki serta terdapat 110 buah anak tangga. Biarpun telah berusia lebih 100 tahun, ia masih berdiri kukuh walaupun keadaannya hari ini agak senget dan sedikit tercondong.

    Menara condong asalnya tidaklah condong sebagaimana keadaannya sekarang. Orang yang bertanggung jawab dalam membina menara jam di Teluk Intan ini ialah individu yang bernama Leong Choon Cheong atau lebih mesra dengan nama Ah Cheong. Beliau mendapat ilham untuk membina menara Teluk Intan dengan reka bentuk demikian berdasarkan bangunan pagoda di negara China.

    Pada tahun 1895 iaitu lebih kurang 10 tahun ia dibina, malangnya telah berlaku banjir besar di Teluk Intan sehinggakan menara ini tenggelam. Banjir yang berlaku dengan bebanan air yang berat inilah dipercayai punca menara ini mula mendap dan tercondong sedikit ke arah Barat.

    Merungkai Rahsia Jam Besar Menara Condong Teluk Intan Merungkai Rahsia Jam Besar Menara Condong Teluk Intan

    Berbalik kepada cerita berkenaan dengan jam yang ada pada menara Teluk Intan ini. Seperti semua sedia maklum, terdapat sebuah jam yang besar dan mengeluarkan bunyi yang lantang. Ianya masih berfungsi dengan baik sehingga ke hari ini sejak ia dipasang pada badan menara tersebut.

    Merungkai Rahsia Jam Besar Menara Condong Teluk Intan Merungkai Rahsia Jam Besar Menara Condong Teluk Intan

    Mesin jam untuk menara condong Teluk Intan sebenarnya adalah hasil sumbangan daripada penduduk tempatan. Kontribusi terbesar dibuat oleh Leong Choon Cheong yang juga merupakan artikek untuk menara Teluk Intan itu. Mesin jam menara condong Teluk Intan dibeli oleh beliau sendiri dari pembuat jam abad ke 19 yang amat terkenal iaitu James Wilson Benson di Ludgate Hill, London.

    Merungkai Rahsia Jam Besar Menara Condong Teluk Intan Merungkai Rahsia Jam Besar Menara Condong Teluk Intan Merungkai Rahsia Jam Besar Menara Condong Teluk Intan

    Untuk makluman anda pembaca setia orangperak.com, mesin jam menara condong Teluk Intan ini akan diservis setiap bulan. Hal ini kerana jam ini menggunakan sistem manual yang memerlukan bahagian-bahagian mekanikalnya diputar mundur dalam masa tertentu untuk menjadikannya berfungsi seperti biasa.

    Merungkai Rahsia Jam Besar Menara Condong Teluk Intan Merungkai Rahsia Jam Besar Menara Condong Teluk Intan Merungkai Rahsia Jam Besar Menara Condong Teluk Intan

    Kini mesin jam dan menara condong ini telah pun mencecah usia lebih 133 tahun. Pernahkah anda datang dan melihat sendiri keunikan yang ada di dalam menara condong Teluk Intan ini? Jika anda berkesempatan, datanglah lihat sendiri keunikannya.

    Iskandar Zulqarnain
    Iskandar Zulqarnain
    Persona non grata. Jejaka kacak dari Telok Anson, Perak.