25 C
Ipoh
Saturday, 5 October 2024

Lampu Isyarat Gantung Pertama Malaysia Ada Di Perak

- Advertisement -
- Advertisement -

Berdekatan dengan pejabat kami orangperak.com ada satu-satunya lampu isyarat gantung yang diketahui umum di Perak. Rata-rata orang sudah tahu berkenaan lampu insyarat gantung ini.

Lokasi yang dimaksudkan adalah simpang ke Felcra Nasaruddin dari jalan utama Ipoh Lumut. Untuk makluman anda, lampu isyarat gantung ini adalah yang pertama seumpamanya di negara kita yang menggunakan teknologi dari Amerika Syarikat.

Lampu isyarat tergantung di persimpangan felcra Nasaruddin ini telah dibina pada tahun 2013. Sebelum ini, tiada lampu isyarat diletakkan di persimpangan tersebut kerana jalan tersebut hanyalah 2 lane yang tidak sebesar sekarang.

Setelah jalan 4 lane dibina, barulah lampu isyarat gantung tersebut dibina kerana ianya amat diperlukan untuk memudahkan pengguna jalan raya keluar masuk dari jalan Ipoh Lumut dan ke Felcra Nasaruddin.

Sehingga ke hari ini sejak ia digantungkan, tidak pernah ada kes ia jatuh ditiup angin. Ia masih kekal utuh tergantung di persimpangan tersebut sejak 2013 lagi. Namun, malang itu tiada bau.

Jadi kita haruslah sentiasa berjaga-jaga dengan berhenti di sebelum garisan yang ditetapkan di lampu isyarat gantung tersebut. Biarlah jauh sedikit, agar kita yakin selamat walaupun ia dijamin selamat oleh mana-mana individu.

Dari segi keselamatan, kabel yang digunakan untuk menampung lampu isyarat gantung ini dikatakan berupaya untuk menampung berat mencecah 50 tan dan agak sukar bergoyang.

Kos pemasangan lampu isyarat gantung itu adalah dalam sekitar RM178,000 berbanding dengan kos lampu isyarat biasa RM400,000 dan lampu isyarat ini lebih mesra pengguna berbanding dengan sistem lampu isyarat yang bertiang.

- Advertisement -
Freddie Aziz Jasbindar
Freddie Aziz Jasbindarhttps://fred.my
Pengasas orangperak.com dan Pencinta Sejarah Tempatan Negeri Perak.
Terkini
- Advertisement -

Moh baca!

Related news
- Advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here