Kisah Sarban Singh Penyelamat Nyawa Di Sungai Kerian

Pada 22 Januari 1965, satu peristiwa yang menarik untuk didendangkan pada hari ini di orangperak.com dan harus di ingati sepanjang zaman adalah ketika seorang polis lelaki berpangkat Konstabel yang telah berjaya menyelamatkan seorang budak lelaki dari mati lemas di Sungai Kerian, Parit Buntar. Banyak manfaat dan inktibar yang boleh diambil dari penceritaan ini kerana ianya adalah berkaitan dengan budaya dan kemasyarakatan yang pelbagai bangsa membentuk perpaduan mantap di negara kita.

Konstable Polis berkenaan adalah bernama Sohan Singh dan berumur 21 tahun pada waktu itu. Hendak dijadikan crita ketika beliau sedang berjalan-jalan di tebing Sungai Kerian pada hari itu, secara tiba-tiba beliau terdengar suara orang menjerit-jerit meminta pertolongan. Apabila dilihatnya, ternampak seorang budak lelaki yang sedang terkapai-kapai di tepi Sungai Kerian meminta pertolongan kerana hampir lemas.

Kisah Sarban Singh Penyelamat Nyawa Di Sungai Kerian

Konstabel Sohan Singh lantas membuka serban yang dililit dikepalanya dan terus mencampakkan ke arah budak lelaki yang sedang lemas itu. Siapa sangka serban yang sepanjang lebih kurang 6 meter itu boleh menjadi satu alat yang penting dan berguna untuk detik-detik cemas dalam menyelamatkan nyawa seseorang. Tanpa melengahkan masa, Konstabel Sohan Singh terus menjerit agar budak tersebut memegang hujung serbannya dengan kuat.

Tanpa membuang masa, Konstabel Sohan Singh pun mula menarik budak yang lemas itu dengan pantas dan cermat ke tebing menuju kearahnya. Akhirnya budak yang hampir lemas itu tadi berjaya diselamatkan dan barulah mereka berdua boleh menarik nafas lega. Berkemungkinan, inilah peristiwa pertama yang berjaya direkodkan berkenaan dengan menyelamatkan nyawa seorang manusia dengan menggunakan serban.

Kisah Sarban Singh Penyelamat Nyawa Di Sungai Kerian

Apa yang menghairankan budak yang hampir lemas itu tadi yang bernama Abdul Malek Bin Awang adalah dikatakan beliau sedang memancing di tebing sungai dan mata kailnya ditarik oleh ikan yang agak besar lantas diheretnya sekali ke dalam sungai dengan beberapa tarikan sahaja. Walau apa pun puncanya yang sebenarnya, Abdul Malek bersyukur kerana mendapat peluang kedua untuk terus hidup di muka bumi ini.

Konstabel Sohan Singh telah menerima surat penghargaan daripada OCPD pada tahun 1965 kerana kerana telah berjaya menyelamatkan nyawa seorang budak lelaki yang sedang lemas di Sungai Kerian, Parit Buntar pada 23 Januari 1965. Tindakannya itu wajar diberi penghargaan kerana bertindak pantas dan kreatif lantas berjaya menyelamatkan nyawa seorang budak lelaki berbangsa melayu. Konstabel Sohan Singh telah pun bersara sebagai seorang pegawai yang berpangkat ASP dan dikatakan beliau menetap di Taiping selepas bersara.

“Serban kami bukan sahaja merupakan sehelai kain yang melambangkan kehormatan kami, ianya juga berupaya untuk menyelamatkan nyawa”, Gurmeet Singh.

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangperak.com

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here