Kenangan Dan Jasa Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin

Seorang tokoh yang disegani dan hebat, beliau dilahirkan pada tahun 1956 dan beliau adalah individu yang bernama Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar. Jika anda tidak tahu, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar adalah merupakan seorang Adun dikawasan Kubu Gajah sejak tahun 2008 lagi dan untuk makluman anda, beliau juga adalah bekas ahli parlimen Larut pada tahun 1999 hingga tahun 2008.

Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar amat dikenali dan dihormati sebagai seorang pengurus pasukan buat Persatuan Bola Sepak Negeri Perak dan Bekas Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) pada dalam lingkungan tahun 1990 an. Imbas kembali pada zaman kegemilangan untuk penggunaan awal untuk slogan Kejor Yeop Kejor, pada zaman itulah semuanya kelihatan gah di bawah kepimpinannya.

Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar

Untuk makluman anda semua pembaca setia orangperak.com, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar pernah juga dilantik oleh Presiden FAM iaitu Sultan Ahmad Shah (Sultan Pahang Moden yang ke 5) untuk memegang jawatan sebagai Jawatankuasa Kewangan dan Jawatankuasa Pertandingan FAM dalam penggal ke tahun 2010 sehingga ke tahun 2014.

Beliau iaitu Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar juga adalah individu yang mencadangkan supaya Malaysia membuka ruang kepada pemain bola sepak dari negara ASEAN untuk beraksi di dalam liga tempatan atas tiket pemain tempatan sepertimana yang pernah dibuat oleh liga di negara-negara Kesatuan Eropah. Dalam masa yang sama, beliau jugalah yang mencadangkan kepada Persatuan Bola Sepak Negeri untuk mengambil alih pengurusan stadium untuk setiap negeri masing-masing.

Hal ini amat disokong baik oleh semua pihak yang terlibat kerana ia dapat memberi impak positif yang baik kepada semua persatuan yang terlibat supaya mereka dapat menjana pendapatan bagi mengisi tabung-tabung persatuan dan tidak hanya mengharapkan bantuan penuh daripada kerajaan negeri masing-masing sahaja. Sifat berpandangan jauh beliau telah memberi impak yang positif dalam kemajuan sukan untuk semua negeri yang ada di dalam Malaysia.

Satu lagi fakta penting berkenaan tokoh ini yang wajar diingati oleh semua penduduk Perak khususnya penduduk Selama, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar adalah individu yang mencadangkan agar Selama wajar dinaikkan tarafnya untuk menjadi sebuah daerah baru di dalam negeri Perak. Cadangan ini dilihat banyak memberi impak yang positif kepada penduduk di Selama kerana secara tidak langsung, banyak peluang-peluang pekerjaan dari sektor swasta dan sektor kerajaan bakal timbul dan boleh dipenuhi oleh masyarakat apabila Selama dijadikan sebagai daerah.

Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar

Bekas Ahli Parlimen Larut, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar disahkan meninggal dunia pada umur 61 tahun di Hospital KPJ Ipoh bertarikh 9 Jun 2017 sekitar jam 8.45 pagi kerana demam yang berterusan dan dijangkiti kuman. Khidmat, jasa dan baktinya tidak terhenti hanya kepada bidang sukan bola sepak sahaja malah amat cemerlang sebagai pemimpin kepada rakyat kerana pernah memegang jawatan sebagai Ahli Parlimen Larut dan Ahli Dewan Undangan Negeri di Kubu Gajah.

Pemergian Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar adalah satu kehilangan yang amat besar buat negeri Perak dan juga negara kita Malaysia. Kami dari orangperak.com merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar kami percaya bahawa seluruh warga Perak dan Malaysia amat berduka cita atas kehilangan ini. Mari sama-sama kita sedekahkan Al Fatihah dan semoga arwah berada dalam kalangan hamba-hambaNya yang beriman. Al Fatihah.

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangperak.com

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

15 + = 24