Tidak tersenarai sebagai orang paling kaya di dunia secara rasmi, seorang anak kelahiran Perak yang bernama Kamal Ashnawi mendakwa beliau mempunyai wang simpanan melebihi 5 trilion Euro iaitu lebih kurang RM20 trilion pada tahun 2012 yang lalu.
Beliau juga mendakwa yang dialah individu pertama di dunia yang bergelar ‘trillionaire’. Di dunia okay! Bukan di kampung, di pekan, di daerah, di negeri, di negara tetapi di dunia.
Kamal Ashnawi adalah merupakan seorang Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Sierra Petroleum (M) Sdn. Bhd. yang pernah mencadangkan projek kilang penapisan minyak mentah di Kedah pada tahun 2005.
Beliau telah tampil menemui media untuk menolak segala tuduhan buruk yang dilemparkan sebelum ini ekoran cadangan projek pada 2005 yang tidak berjaya dilaksanakan kerana dihalang oleh pihak-pihak tertentu.
Khabarnya dulu, beliau akan bermastautin di Hong Kong mulai Mac 2012. Menurut Kamal lagi memberitahu wartawan yang menemuramahnya, kekayaan yang diperoleh berasal daripada warisan diraja menerusi akaun bagi Combined International Collateral of the Global Debt Facility yang dibuat keluarga diraja dunia pada 1875.
Dakwanya, beliau juga adalah keturunan diraja dari Jawa, Indonesia dengan namanya Raden Mas Prabhu Gusti Agung Ki Asmoro Wijoyo dan dijangka ditabal menjadi Maharaja Indonesia dalam beberapa tahun lagi.
Persoalan: Di mana encik Kamal Ashnawi sekarang? Marilah bantu kami di Malaysia ni ha. Mintak seratus ribu untuk setiap orang anak Perak tak luak pun. Bersedekah kan membawa keberkatan.