Kehilangan Amelia Earhart Yang Pernah Singgah Di Taiping

Amelia Earhart adalah seorang juruterbang yang telah banyak mencipta rekod penerbangan dan memperjuangkan kemasukan wanita dalam dunia penerbangan. Individu yang bernama Amelia Earhart ini adalah merupakan wanita pertama yang terbang secara solo di Lautan Atlantik dan orang yang pertama pernah terbang solo dari Hawaii ke tanah besar Amerika Syarikat.

Wanita hebat ini dilahirkan di Atchison, Kansas pada tarikh 24 Julai 1897. Beliau adalah seorang aktivis yang banyak membangkitkan tentang isu peranan wanita sejak dari usia yang muda lagi. Semasa perang dunia pertama sedang berlaku, Amelia Earhart pernah berkhidmat sebagai jururawat bantuan Palang Merah di Toronto, Kanada.

Semasa sedang berkhidmat sebagai seorang jururawat bantuan Palang Merah di Toronto, Kanada, Amelia Earhart banyak menghabiskan masa beliau dengan menonton juruterbang menerbangkan kapal terbang di lapangan terbang tempatan di Toronto, Kanada.

Selepas perang dunia pertama berakhir, Amelia Earhart telah kembali ke Amerika Syarikat dan mendaftarkan diri di Columbia University di New York sebagai seorang pelajar premedikal. Tokoh wanita ini telah menaiki pesawat pertama buat dirinya sebagai penumpang di California dalam bulan Disember 1920 yang dipandu oleh juruterbang sewaktu perang dunia pertama yang terkenal iaitu Frank Hawks.

Kehilangan Amelia Earhart Yang Pernah Singgah Di Taiping

Pengalaman buat dirinya menaiki kapal terbang yang pertama dalam hidup telah menjadikan beliau serasi dengan terbang di udara dan keinginan beliau untuk terbang lagi semakin menjadi-jadi. Oleh yang demikian, dalam bulan Januari 1921, Amelia Earhart mula belajar memandu kapal terbang dengan seorang pengajar penerbangan wanita bernama Neta Snook.

Kehilangan Amelia Earhart Yang Pernah Singgah Di Taiping

Untuk membiayai kos pembelajaran memandu kapal terbang buat dirinya, Amelia Earhart telah mula bekerja sebagai seorang kerani dalam sebuah syarikat telefon di Los Angeles. Dalam tahun yang sama, beliau telah berjaya mengumpul wang dan membeli sebuah pesawat pertama buat diri beliau iaitu sebuah Kinner Airster terpakai berwarna kuning dan diberi nama the Canary.

Kehilangan Amelia Earhart Yang Pernah Singgah Di Taiping

Akhirnya Amelia Earhart telah lulus ujian penerbangannya dalam bulan Disember 1921. Beliau telah memperoleh lesen dari Persatuan Aeronautik Kebangsaan. Dua hari selepas menerima lesen penerbangan, beliau terus menyertai pameran penerbangan pertama buat dirinya di Pasadena, California.

Amelia Earhart telah berjaya mencatat beberapa rekod dalam dunia penerbangan. Dalam masa yang amat singkat selepas menerima lesen penerbangan, beliau telah dinobatkan sebagai wanita pertama yang terbang solo di atas 14.000 kaki dalam tahun 1922.

Kehilangan Amelia Earhart Yang Pernah Singgah Di Taiping

Pada tahun 1932 pula, Amelia Earhart telah menjadi wanita pertama dan manusia kedua selepas Charles Lindbergh yang terbang solo di Lautan Atlantik. Dalam ekspidisi inilah beliau pernah singgah di Lapangan Terbang Taiping (Tekah Airport) pada tarikh 7 Jun 1937 untuk mengisi bahan api kapal terbangnya.

Setelah berjaya mencipta nama di persada dunia, beliau akhirnya kembali ke Amerika Syarikat. Amelia Earhart juga turut dikurniakan Distinguished Flying Cross oleh kongress dan secara tidak langsung, Amelia Earhart adalah wanita pertama yang menerima anugerah penghormatan.

Kehilangan Amelia Earhart Yang Pernah Singgah Di Taiping

Dalam tahun yang sama, Amelia Earhart terus jalankan ekspidisi penerbangan solo tanpa henti sebagai wanita pertama di seluruh Amerika Syarikat. Penerbangan beliau bermula dari Los Angeles dan mendarat 19 jam kemudian di Newark, New Jersey. Beliau juga adalah orang pertama yang terbang solo dari Hawaii ke tanah besar Amerika Syarikat pada tahun 1935.

Pada tarikh 1 Jun 1937, Amelia Earhart telah berlepas dari Oakland, California semasa dalam ekspidisi menawan dunia. Kali ini hasrat beliau lebih mencabar dari yang sebelumnya kerana beliau ingin mengelilingi bumi. Ia adalah cubaan kedua untuk menjadi juruterbang pertama yang pernah mengelilingi dunia.

Beliau telah gunakan sebuah kapal terbang yang punyai enjin berkembar dan kemudian ditemani oleh petunjuk arah bernama Fred Noonan. Mereka terbang ke Miami dan kemudian ke Amerika Selatan lantas terus melintasi lautan Atlantik untuk ke Afrika dan akhirnya terus ke timur ke India dan Asia Tenggara.

Kehilangan Amelia Earhart Yang Pernah Singgah Di Taiping

Pasangan tersebut telah sampai di Lae, New Guinea pada tarikh 29 Jun 1937 setelah terbang sejauh 22,000 batu. Amelia Earhart dan Fred Noonan teruskan perjalanan mereka untuk ke pulau Howland dan jadual untuk mereka mengisi bahan api kapal terbang mereka adalah pada tarikh 2 Julai 1937.

Malangnya mereka tidak pernah sampai dan sewaktu berlepas dari Lae, New Guinea itulah merupakan kali terakhir mereka dilihat hidup. Talian radio dengan kapal terbang mereka juga turut terputus dengan Pengawal Pantai di Amerika Syarikat yang menanti mereka mendarat di Pulau Howland.

Kehilangan Amelia Earhart Yang Pernah Singgah Di Taiping

Franklin D. Roosevelt (Presiden Amerika Syarikat ke 32) pada waktu itu telah mengarahkan operasi pencarian dijalankan. Namun malangnya mereka tidak dijumpai walaupun operasi telah berjalan selama dua minggu. Akhirnya pada tarikh 19 Julai 1937, Amelia Earhart dan Fred Noonan telah diisytiharkan hilang di lautan Pasifik.

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangperak.com

Kontribusi oleh : Freddie Aziz Jasbindar
Pengasas orangperak.com dan pencinta sejarah tempatan negeri Perak
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.