Dabus, Tarian Pahlawan Negeri Perak Yang Kian Dilupakan

Dabus dipercayai telah dikenali di negeri Perak sejak 200 tahun yang lalu lagi dimana ia bertapak di 3 tempat iaitu Kampung Tanjung Bidara yang terletak di Bagan Datoh daerah Hilir Perak, Pulau Tiga di daerah Perak Tengah dan di Kampung Pasir Panjang Laut yang terletak di Sitiawan dalam daerah Manjung. Seperti sejarah-sejarah lain yang mempunyai banyak versi, darbus juga terdapat beberapa versi jenis pendapat mengenai sejarah pengenalan dabus di negeri Perak.

Menurut Encik Nordin bin Ahmad iaitu pengkaji sejarah negeri Perak, Megat Terawis dan rakannya sebana telah diperintahkan untuk mengambil Puteri Limau Purut di Aceh supaya membawa balik bersama mereka kesenian dabus ke negeri Perak.

Manakala, menurut Tuan Haji Salleh bin Ngah Jaafar pula menyatakan bahawa dabus mula diperkenalkan di negeri Perak khususnya di Kampung Tanjung Bidara, Pulau Tiga, Kampung Gajah oleh Tok Pawang Bakar yang merupakan seorang anak jati kampung itu yang telah pergi merantau ke Aceh.

Tok Pawang Bakar kemudian telah mengajarkan ilmu kesenian dabus ini kepada Tok Tanda Cu Biduan dan kemudiannya diperturunkan pula kepada anaknya Alang Dolah. Bermula dari situ semakin ramai yang mempelajarinya dan terus bertapak hingga ke hari ini.

Berlainan pula dengan cara pengenalan dabus di Kampung Pasir Panjang Laut yang terletak di Sitiawan. Menurut Tuan Haji Abdul Malik, dabus telah diperkenalkan oleh seorang pedagang dari Baghdad yang bernama Ahmad Mahyuddin pada tahun 1785. Di sini dabus di bawa secara langsung oleh pedagang kerana lokasi kampung tersebut terletak di pesisir pantai yang mana urusan dagangan pada ketika itu adalah melalui Selat Melaka.

tarian dabus tarian dabus

Apa pun jua pendapat atau versi bagaimana dabus datang ke Perak, apa yang pasti adalah seni ini berasal dari dari tanah Arab dan telah diubahsuai mengikut suasana tempat sebaik sahaja ia mula bertapak dan diperkenalkan di suatu kawasan.

Dabus adalah tarian pahlawan negeri Perak yang kian tenggelam ditelan arus zaman. Pada awalnya, ia tarikan oleh lelaki sahaja menggunakan pakaian pahlawan Melayu Perak. Seramai 8 hingga 12 orang akan menari sambil diiringi oleh paluan alat muzik rebana.

cucuk anak dabus

Dipercayai, tarian ini dipersembahkan bagi menunjukkan keberanian pahlawan Perak kepada tetamu di istana. Pada akhir persembahan, penari akan mencucuk lengan menggunakan anak dabus. Setelah selesai, ketua dabus akan menjampi dan mencuci luka dengan air penawar.

Pada awalnya, selain menggunakan anak dabus, penari menggunakan pelbagai senjata tajam lain untuk menambah kehebatan penari dabus. Diantaranya ialah pisau belati, keris, kapak kecil dan batu guling.

Pada tahun 1826, kerajaan Perak telah meminjamkan kawasan Pulau Pangkor kepada Inggeris, manakala daerah Manjung yang dahulu namanya daerah Dinding turut diserahkan kepada penjajah Barat itu pada tahun 1874.

Ketika menggunakan perairan di situ untuk tujuan kepentingan perdagangan, pemerintah British di Pulau Pinang menghadapi ancaman daripada sekumpulan lanun yang megganas di perairan Selat Melaka yang diketuai oleh seorang Panglima yang digelar Daeng Mentanu.

Inggeris meminta bantuan orang-orang dabus di Manjung untuk memerangi lanun berkenaan. Seramai 100 orang pahlawan dabus dikatakan berjaya menghapuskan lanun-lanun tersebut.

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangperak.com

Loading...

LEAVE A REPLY

Amaran:
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Please enter your comment!
Please enter your name here