Cathay, Panggung Wayang Berusia 50 Tahun Di Ipoh

    Related

    Benarkah Jasad J.W.W. Birch Sudah Dipindahkan Dari Jiratnya Di Pasir Salak?

    Benarkah dakwaan tentang jasad Birch sudah dibawa keluar dan hanya tinggal pakaian beliau sahaja di sana dan ada juga dakwaan tentang pihak Inggeris membawa helikopter bagi tujuan memindahkan jasad Birch itu.

    Gunung Matsurat, Gunung Warisan Kinta

    Mengikut cerita tetua, pada zaman dahulu Gunung Matsurat adalah merupakan 'istana purba' yang didiami oleh Raja dan Permaisurinya. Hendak dijadikan cerita, mereka mengadakan majlis keraian di dalam 'istana purba' ini, maka bergegak gempitala suasananya. Secara tiba-tiba Sang Kelembai telah datang dan dipercayai terganggu dek suasana yang hingar-bingar di dalam 'istana purba' ini, menyebabkannya telah menyumpah segala yang berada di dalam gunung ini menjadi batu termasuk Raja dan Permaisurinya.

    Gunung Cheroh, Gunung Sejarah Kinta

    Ketika dalam pelayaran, mereka mengalami sesuatu yang aneh apabila melalui kawasan pergunungan batu kapur di Gunung Cheroh, hendak dijadikan cerita kapal yang dinaiki mereka tidak dapat meneruskan pelayaran apabila sampai di kaki Gunung Cheroh kerana laluan yang sempit dan tidak dalam.

    Masjid Warisan Al-Khairiah, Kampung Kepayang, Fair Park, Ipoh

    Masjid Warisan Al-Khairiah, Kampung Kepayang, Fair Park, Ipoh terletak di dalam Mukim Ulu Kinta, Daerah Kinta, Perak.

    Toh Changkat Rembiah, Panglima Kinta SABD ke 3 dan Panglima Kinta SABD Pasak Kepayang yang Pertama

    Toh Changkat Rembiah, Panglima Kinta SABD ke 3 dan Panglima Kinta SABD Pasak Kepayang yang pertama dalam sistem penggiliran jawatan Panglima Kinta SABD.

    Share

    Amat menggamit memori indah apabila menulis tentang kisah nostalgia berkaitan dengan kisah lalu. Jika dahulu kisahnya, panggung wayang boleh didapati di pekan-pekan kecil walaupun keadaannya pada masa lalu tidaklah seperti hari ini yang mana tidak dilengkapi peralatan moden serta penghawa dingin berkuasa tinggi dengan kerusi sofa yang empuk.

    Masihkah anda ingat dengan panggung wayang yang paling meriah di Ipoh sekitar 1980 an hingga 1990 an dahulu? Rata-rata generasi Y hari ini mungkin tidak tahu kewujudannya namun mereka yang berumur 30 tahun keatas mungkin akan tersenyum apabila terkenang kembali dengan memori indah di panggung Cathay.

    Jika ada yang tidak tahu, Cathay di Ipoh adalah panggung wayang yang paling meriah di Ipoh satu ketika dahulu sejak ia dibuka. Pembukaannya dikatakan amat istimewa kerana ia dibuka sama tarikh Tanah Melayu menyambut kemerdekaan iaitu pada tarikh keramat 31 Ogos 1957.

    Bangunan panggung Cathay ini dibina dengan menelan kos belanja sebanyak RM600,000. Satu ketika dahulu, Cathay adalah satu kebanggaan masyarakat di Ipoh dan pembukaannya telah dirasmikan oleh Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah (sultan Perak ke 32) dimalam tahun Baru Cina.

    Cathay, Panggung Wayang Berusia 50 Tahun Di Ipoh

    Apa yang menariknya, logo Cathay yang kita semua dapat lihat hari ini sebenarnya adalah logo asal sejak ia dipasang. Cuma kedudukan logo tersebut sedikit berbeza dari kedudukan asal sejak ia dibuka kepada orang awam. Panggung wayang Cathay juga merupakan tempat orang-orang kenamaan datang berhibur dengan menonton filem yang ditayangkan.

    Cathay, Panggung Wayang Berusia 50 Tahun Di Ipoh

    Untuk makluman anda pembaca setia orangperak.com, pangung Cathay dibina sekitar tahun 1956 dan seperti yang sudah dimaklumkan diatas, ianya dibuka pada orang awam pada tarikh 31 Ogos 1957. Filem pertama yang ditayangkan sempena pembukaan Cathay adalah filem yang bertajuk The King and I (filem keluaran tahun 1956).

    Cathay, Panggung Wayang Berusia 50 Tahun Di Ipoh

    Dahulu, terdapat pembahagian kelas untuk mereka mendapat tempat di dalam panggung wayang. Ianya terbahagi kepada tiga kelas. Kerusi di bahagian hadapan sekali adalah kelas ketiga dan bahagian pertengahan adalah kelas kedua. kerusi yang berada di bahagian paling atas adalah merupakan kelas pertama.

    Cathay, Panggung Wayang Berusia 50 Tahun Di Ipoh

    Sejak pembukaannya, pangung ini hanya menayangkan filem berbahasa Inggeris. Sekitar tahun 1985, terdapat perubahan oleh pihak Cathay dengan menambah filem-filem bahasa Melayu, Tamil, Hindi dan Cina untuk menambah bilangan pelanggan datang menonton.

    Cathay, Panggung Wayang Berusia 50 Tahun Di Ipoh

    Pada tahun 2007, pangung Cathay terpaksa ditutup kerana terdapat lambakan pawagam moden yang lebih selesa dan faktor pelanggan yang semakin berkurangan. Hari ini Cathay bukan lagi lokasi tumpuan orang awam untuk menonton wayang. Kini ia menjadi gedung menjual pakaian.

    Freddie Aziz Jasbindar
    Freddie Aziz Jasbindar
    Pengasas orangperak.com dan pencinta sejarah tempatan negeri Perak.