Baitul Rahmah Berusia 106 Tahun Di Kuala Kangsar

Terletak berhampiran dengan Masjid Diraja Ubudiah, terdapat sebuah rumah lama yang masih tersegam indah dan cantik reka bentuk sehinggakan pasti buat anda rasa terpegun melihatnya walaupun ia kelihatan sudah agak usang diamah usia. Rumah ini dikenali sebagai Rumah Baitul Rahmah yang dibina pada tahun 1911 dulu dan pada tahun ini 2017 sudah berusia 106 tahun.

Untuk makluman anda, pemilik asal kepada rumah yang tersegam indah ini adalah hak milik anakanda kepada Sultan Idris 1 yang bernama YAM Raja Harun Al Rashid ibni Almarhum Sultan Idris Murshidul Azzam Shah.

Sekarang ini rumah ini ditinggalkan kosong tidak berpenghuni setelah diduduki oleh waris-warisnya sebelum ini. Namun begitu, keadaan rumah tersebut dan kawasan sekitar masih dijaga dengan baik dan rapi.

YAM Raja Harun Al Rashid ibni Almarhum Sultan Idris Murshidul Azzam Shah Baitul Rahmah

YAM Raja Harun Al Rashid ibni Almarhum Sultan Idris Murshidul Azzam Shah telah dilantik sebagai Raja Kechil Sulong pada tahun 1918 serta merupakan Setiausaha Melayu kepada DYMM Sultan Iskandar Shah ibni Almarhum Sultan Idris Murshidul Azzam Shah.

Raja Harun Al Rashid amat meminati seni ukiran dan mempunyai beberapa Istana yang rekabentuknya sangat dikagumi seperti Baitul Aman, Baitul Rahmah dan Baitul Anor.

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangperak.com

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here