Asal Usul Nama Bandar Sitiawan

Sejarah awal di Sitiawan mendapat nama dikatakan berasal dari sekawan gajah yang melalui kampung ini dan tiba-tiba seekor darinya hilang dari kumpulan gajah tersebut. Seekor dari gajah jantan telah pergi mencari kawannya itu, rupa-rupanya seekor gajah betina telah tersangkut di dalam Sungai Dindings. Gajah betina itu cuba bergerak tetapi makin lama makin tenggelam. Gajah jantan setia menunggu kawannya dan cuba membantu. Akhirnya kedua-dua gajah itu mati dalam sungai itu.

Pada mulanya kampung tersebut digelar Kampung Gajah Mati. Namun kemudian ditukarkan namanya kepada Kampung Setia Kawan sempena peristiwa kematian dua ekor gajah itu itu. Bermula dari Setia Kawan, lama-kelamaan sebutannya berubah menjadi Setiawan dan akhirnya sebutan berubah menjadi Sitiawan.

Pada Abad ke 19, Kampung ini berkembang menjadi pusat pentadbiran daerah Dindings. Iaitu sekitar 1870an, kapal-kapal wap memasuki pelabuhan yang menguruskan eksport bijih timah dan getah. Pentadbiran pelabuhan ketika itu adalah di bawah Kerajaan Residen Inggeris di Pulau Pinang.

Kehadiran masyarakat Cina yang berhijrah dari Negara China ke kawasan ini memajukan lagi kawasan ini. Ekonomi yang rancak seterusnya memajukan bahagian Simpang Empat dan menjadi bandar Sitiawan. Kini Bandar Sitiawan terdiri dari Sitiawan, Seri Manjung, Lumut dan Pelabuhan Lumut berkembang pesat menjadi daerah Manjung daerah yang paling membangun di dalam Negeri Perak.

sungai dindings

Sitiawan merupakan sebuah bandar yang terletak di daerah Manjung, negeri Perak. Bandar-bandar yang berdekatan dengannya ialah Lumut, Ayer Tawar, Kampung Gajah, Tronoh, Batu Gajah, Seri Iskandar, Bota dan Ipoh. Nama bandar ini dipercayai berasal daripada gabungan dua perkataan Bahasa Melayu, iaitu Setia dan Kawan, yang telah disingkatkan menjadi Setiawan dan akhirnya disebut sebut sebagai Sitiawan.

peta sitiawan

Satu fakta yang menarik. Tahukah anda, pemimpin komunis, Chin Peng dilahirkan di Kampung Koh, Sitiawan. Banyak kampung baru telah dibakar oleh komunis semasa zaman darurat. Namun Chin Peng menafikan semua itu angkara pasukannya. Biasalah, siapa yang nak mengaku salah kalau dah buat salah kan?

chin peng

Begitulah asal usul Sitiawan mendapat nama. Saya juga pernah menetap selama 8 tahun di Sitiawan. Terdapat banyak juga tempat menarik yang ada di Sitiawan. Saya juga dapat melihat pembangunan yang telah berlaku sepanjang saya menetap disini. Artikel akan datang, saya akan berkongsi pula tempat-tempat yang menarik dan boleh dilawati di sini.

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangperak.com

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here