Perak Man dan Perak Woman

Perak Man adalah seorang lelaki yang berumur diantara 40 hingga 45 tahun dengan ketinggian 157 cm, menjalani kehidupan sihat, memakan makanan berfiber dan berjalan dengan membongkok. Dia memiliki tangan kiri yang lemah (atrophied) dan mempunyai satu jari yang cacat.

Perak Man adalah rangka tulang manusia yang berasal dari zaman batu era Palaeolithic hampir sempurna yang pernah ditemui di Asia Tenggara dan merupakan tulang prasejarah yang mempunyai congenital deformity dikenali sebagai Brchymesophalangia.

Perak Man telah dikebumikan dengan posisi “foetal”, iaitu kedua kakinya berlipat ke arah dada dengan tangannya memegang beberapa jenis daging.

Ia dikebumikan bersama dengan beberapa peralatan batu dan beribu-ribu kerang sungai. Melihat kepada kedudukan cara pengkebumiannya dan peralatan yang ditanam bersamanya, adalah dipercayai bahawa Orang Perak ini merupakan ahli penting bagi puaknya.

ic perak man

Perak Man atau nama lain buatnya Orang Perak merupakan rangka manusia paling tua yang pernah dijumpai di Malaysia.

kebumikan perak man

Tulang rangka Perak Man dijumpai pada tahun 1991 di dalam Gua Gunung Runtuh yang terletak di Bukit Kepala Gajah, Lembah Lenggong Hulu Perak pada ketinggian lebih kurang 105 meter dari paras laut.

Profesor Emeritus Datuk Siti Zuraina Abdul Majid

Penemuan ini adalah hasil dari penyelidikan yang dibuat oleh Malaysian Archaeological Research Centre USM yang diketuai oleh Profesor Emeritus Datuk Siti Zuraina Abdul Majid, dengan kerjasama Jabatan Muzium Malaysia. Antara penemuan terpenting adalah rangka tulang Perak Man yang berumur kira-kira diantara 10,000 hingga 11,000 tahun.

Gua Teluk Kelawar terletak di gunung batu kapur Kepala Gajah. Gua ini telah membentuk beberapa tempat berteduh yang didiami oleh beberapa keluarga sejak 10,000 tahun dahulu seperti yang didapati melalui penyelidikan yang dijalankan oleh Malaysian Archaeological Research Centre USM.

Selang 13 tahun selepas penemuan Perak Man, pada tahun 2004 Perak Woman pula telah ditemui. Ia merupakan tulang manusia perempuan yang wujud sejak 8,000 tahun lalu dan dijumpai di dalam Gua Teluk Kelawar di Lenggong.

Dipercayai Perak Woman ini berumur 40 tahun pada kematiannya dan mempunyai ketinggian dalam 148 cm

1 thought on “Perak Man dan Perak Woman”

Leave a Comment