Warga Emas Ditetak Mati Di Lenggong

Sudah hilang sensiviti hati dan perikemanusian sesama manusia, dua orang adik beradik telah lakukan sesuatu diluar jangkaan dengan membunuh seorang warga emas yang dikatakan hanya berpunca daripada dendam dengan keluarga mangsa. Hal ini adalah masih dalam hasil siasatan awal yang telah dijalankan oleh pihak polis yang mendapati punca kejadian itu adalah disebabkan dendam suspek terhadap keluarga mangsa.

Untuk pengetahuan anda, pihak polis dengan pantas telah berjaya menahan kedua-dua beradik yang dipercayai terlibat dalam kejadian menetak seorang lelaki warga emas di hadapan sebuah kedai makan di Taman Kota Tampan, Lenggong pada 5 Mei 2017 yang lalu. Kejadian itu dikatakan berlaku kira-kira pada jam 8.20 pagi. Mangsa yang ditetak sehingga mati itu adalah seorang warga emas yang bernama K Lathmana dan berumur 67 tahun.

K Lathmana ditemui mati dengan kesan putus pada pergelangan tangan kirinya dan terdapat kesan tetakan di telinga kirinya. Pemangku Ketua Polis Daerah Gerik, Deputi Superintendan Mohd Sohaimi Ishak berkata, kedua-dua suspek adalah berusia 39 tahun dan 45 tahun. Mereka berdua telah berjaya ditahan kira-kira empat jam selepas kejadian itu dilaporkan. Kami dari warga orangperak.com mengucapkan syabas kepada pihak polis kerana pantas membuat tangkapan!

Dikatakan, kedua-dua pelaku ditahan di sebuah taman permainan di Ayer Tawar berdekatan Manjung kira-kira jam 12.35 tengah hari pada hari kejadian. Hasil daripada pemeriksaan lanjut mendapati bahawa salah seorang suspek yang berusia 39 tahun didapati positif dadah. Polis turut merampas sebuah kereta Proton Iswara berwarna putih yang mengandungi parang dan pakaian yang dipercayai dipakai sewaktu menetak warga emas tersebut.

Dendam dan penyalahgunaan dadah sememangnya kombinasi yang paling kerap sekali menyumbang ke arah kes pembunuhan. Adakah anda pernah mempunyai masalah dengan orang yang berada di sekeliling anda? Kami pasti semua orang pernah merasainya dan apa yang membezakan adalah bagaimana anda mengharunginya. Jangan biarkan kebencian, dendam dan sakit hati bersarang dalam diri anda, segeralah hilangkan perasaan dendam dengan cara yang baik. Jika anda kenal seseorang yang ada ambil penyalahgunaan dadah, segeralah dapatkan khidmat bantuan AADK untuk mengelakkan perkara sebegini berlaku lagi.

Leave a Comment