Uniknya Pekan Jumaat Di Kampung Sungai Bayor, Selama

Sungai Bayor adalah sebuah pekan yang besar dan popular diantara kampung-kampung yang lain dalam zaman kegemilangannya sejak awal tahun 1960 an hingga 1980 an. Ianya sebuah kampung yang aman damai serta harmoni. Penduduknya yang ramai dan hidup harmoni menyumbang pada hidup muafakat antara satu sama lain.

Hari ini, pekan Sungai Bayor sudah tidak seperti dahulu. Ianya sudah menjadi sebuah pekan cowboy dan terbiar seperti tidak diambil peduli. Walaupun keadaan dan nasib pekan Sungai Bayor menjadi begitu, setiap hari Jumaat waktu sebelah pagi terdapat sebuah pasar minggu yang amat meriah dan menyeronokkan!

Untuk makluman anda pembaca setia orangperak.com, pekan pagi Jumaat di Sungai Bayor punyai keunikannya yang tersendiri pada hari ini. Ramai peniaga dari daerah Selama dan utara negeri Perak akan berkumpul disini untuk menjual apa sahaja yang boleh dijual. Percayalah, anda pasti teruja jika ke sana nanti!

Uniknya Pekan Jumaat Di Kampung Sungai Bayor, Selama

Madu tualang, ikan tengas dan pelbagai produk asli kampung dijual di pekan Jumaat ini. Buat penduduk setempat di kawasan tersebut, pasar Jumaat ini sentiasa ditunggu-tunggu yang mana mereka akan membeli barang-barang dan keperluan harian, makanan basah kering seperti ikan, daging, sayuran dan macam-macam lagi.

Uniknya Pekan Jumaat Di Kampung Sungai Bayor, Selama

Jangan tidak tahu, anda juga boleh jumpa pakaian baru dan terpakai (bundle) yang dijual dengan murah. Selain itu, terdapat juga barangan elektrik yang terpakai dijual dengan harga yang berpatutan. Apa yang menarik lagi adalah, disana juga terdapat mereka yang menjual barang-barang lama iaitu barang antik dan klasik.

Uniknya Pekan Jumaat Di Kampung Sungai Bayor, Selama

Pekan Jumaat di Kampung Sungai Bayor mungkin antara pasar yang paling tua masih kekal di lokasi asalnya di Perak. Apa yang uniknya lagi berkenaan dengan Pekan Jumaat ini, panjangnya hampir 2 kilometer untuk pengunjung berjalan kaki dari pintu masuk sehinggalah ke punghujungnya.

Uniknya Pekan Jumaat Di Kampung Sungai Bayor, Selama

Jika anda ada kesempatan masa untuk datang berkunjung ke utara negeri Perak, singgahlah ke Kampung Sungai Bayor untuk ke Pekan Jumaat ini. Rasai serta dapatkan sendiri pengalaman dan keunikan yang ada di sana! Bawalah keluarga berkunjung kesini apabila tiba musim cuti sekolah.

Uniknya Pekan Jumaat Di Kampung Sungai Bayor, Selama

Kredit gambar dan pengisian dari Muhammad Noor Azizi Zie

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.