Tokong Pertama Sebelum Lahirnya Bandar Ipoh

Bila kedengaran nama Paloh, tidakkah anda tertanya-tanya apakah maknanya? Banyak lokasi merata kawasan yang ada di Malaysia yang dinamakan Paloh. Ada Paloh di Kelantan, Negeri Sembilan, Johor, Pahang dan banyak lagi lokasi lain yang untuk nama kampung, pekan, mukim dan lain-lain.

Perak juga tidak terkecuali dari nama Paloh ini. Contoh yang tidak jauh kita ambil adalah Ipoh. Untuk makluman anda pembaca setia orangperak.com, dahulunya Ipoh dikenali dengan nama Paloh. Apakah makna nama Paloh yang dimaksudkan?

Nama Paloh sebenarnya membawa maksud lombong timah. Semua orang sedia maklum bahawa kebanyakan lombong timah dikendalikan di sekitar Ipoh lebih dari satu abad yang lalu iaitu sejak awal abad yang ke 19 lagi.

Tokong Pertama Sebelum Lahirnya Bandar Ipoh

Kali ini orangperak.com ingin menceritakan tentang kisah tokong pertama yang telah wujud sebelum lahirnya nama Ipoh di Perak. Tokong Paloh Khoo Miu yang turut juga dikenali sebagai tokong Tai Pak Koong Cina di kalangan penduduk tempatan.

Tokong Pertama Sebelum Lahirnya Bandar Ipoh

Siapa sangka, tokong Paloh Khoo Miu ini menjadi saksi dalam perkembangan kawasan Paloh (kini Ipoh) bersama-sama dengan pendatang orang-orang cina yang terawal sejak satu abad yang lalu. Tokong Paloh Khoo Miu sebenarnya dibina untuk didedikasi kepada Tua Pek Kong iaitu pengasas kerohanian buat orang cina.

Tokong Pertama Sebelum Lahirnya Bandar Ipoh

Tokong ini dibina pada tahun 1872 oleh Leong Fi yang juga dikenali sebagai Liang Bi Bu dari Mei Xian, Wilayah Guangdong China. Pada asalnya, tokong ini dibina dengan kayu dan atap sahaja. Lantas pada tahun 1894, kerja-kerja penambah baikkan telah dijalankan dengan bumbung berdekorasi indah serta penambahan loceng tokong dan batu singa.

Tokong Pertama Sebelum Lahirnya Bandar Ipoh

Yau Tet Shin (individu yang membina Bazar Bulat di Ipoh) merupakan penaja utama dalam pembinaan semula tokong ini. Sungguhpun tokong ini telah diubahsuai beberapa kali, namun pelan tradisi dan bentuk simetriknya masih dikekalkan sehingga ke hari ini.

Tokong Pertama Sebelum Lahirnya Bandar Ipoh

Tokong Paloh Khoo Miu ini sangat dikenali oleh pelancong dari luar sebagai tempat untuk menunaikan sebarang hajat. Jangan anda tidak tahu, inilah tokong yang paling lama dan paling tua di negeri Perak.

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.