Temasya Malam Melayu Sejati Bersama Pelajar UiTM Seri Iskandar

Di masa kini agak sukar untuk menerapkan nilai jati diri dan identiti Melayu ke dalam jiwa generasi muda Melayu mengenai seni dan budaya bangsa. Anak muda Melayu ramai dilihat lebih ­mengutamakan budaya ‘orang putih’, orang kulit hitam Amerika Syarikat, Arab dan lain-lain ­umpama sudah tiada identiti bangsa sendiri. Perkara ini dilihat semakin membarah dan dibimbangi apabila jati diri bangsa sudah mula pudar, maka pengaruh yang tidak sihat segera diikuti oleh anak muda kita.

Temasya Malam Melayu Sejati Bersama Pelajar UiTM Seri Iskandar

Di atas kesedaran tersebut, pada 7 Oktober 2017 yang lalu berlansungnya program Temasya Malam Melayu Sejati khas sempena meraikan lawatan sambil belajar pelajar-pelajar dari Fakulti Seni Bina Universiti Teknologi MARA Seri Iskandar ke Pulau Misa Melayu Kampung Teluk Kepayang. Seramai 7 orang pensyarah dan 85 mahasiswa/siswi yang menyertai program di Pulau Misa Melayu anjuran Persatuan Dendang Anak Cawangan Perak.

Temasya Malam Melayu Sejati Bersama Pelajar UiTM Seri Iskandar

Antara tujuan program ini diadakan adalah untuk memperkenalkan kepada mahasiswa/siswi tentang seni persembahan dan tradisional Melayu secara lebih dekat. Mahasiswa/siswi juga diberi penerapan untuk memahami, menghayati dan mencintai akan kebudayaan tradisional Melayu dari terus dilupakan. Para peserta dari UiTM pada siang hari Sabtu tersebut telah diberikan latihan bagi turut sama menyertai persembahan pada Temasya Malam Melayu Sejati.

Temasya Malam Melayu Sejati Bersama Pelajar UiTM Seri Iskandar

Program pada malam tersebut bermula dengan para tetamu yang terdiri daripada Kerabat Diraja Negeri Kedah dan Persatuan Perlancongan Warisan Malaysia diarak masuk seperti gaya majlis keraian bangsawan zaman dahulu kala dengan diiring ke balairong oleh pahlawan bertombak dan mereka kemudiannya dipersembahkan sirih dan pinang sebagai tanda penghormatan. Para hadirin seterusnya telah dipersembahkan dengan dendangan lagu-lagu dan tarian tradisional Melayu serta pertunjukan silat.

Temasya Malam Melayu Sejati Bersama Pelajar UiTM Seri Iskandar

Para peserta dari UiTM telah dipecahkan dalam kumpulan mengikut negeri masing-masing dan diminta untuk melakukan persembahan tradisional yang popular dari negeri asal mereka. Temasya Malam Melayu Sejati ini diakhiri dengan ucapan penutup daripada wakil Persatuan Perlancongan Warisan Malaysia dan wakil Kerabat Diraja Negeri Kedah. Program seperti ini patut diadakan dengan lebih kerap dan menglibatkan golongan muda supaya anak bangsa Melayu kenal akan budaya bangsa mereka sendiri.

Temasya Malam Melayu Sejati Bersama Pelajar UiTM Seri Iskandar

Golongan muda dilihat lebih mudah tertarik dengan bidang kesenian meliputi seni suara, seni lukis, seni tari, dan sebagainya. Unsur-unsur yang diterapkan dalam sesuatu seni itu seharusnya difahami mereka agar dapat membina jatidiri bangsa yang jelas.

Temasya Malam Melayu Sejati Bersama Pelajar UiTM Seri Iskandar

Adalah menjadi tanggungjawab kita semua dalam memastikan pewaris bangsa tidak hilang identiti ­warisan budaya mereka atas alasan mengikut peredaran masa. Justeru itu, tugas penerapan warisan budaya bangsa malah budaya ketimuran yang penuh adab sopan dan budi bahasa tidak boleh dibiarkan sepenuhnya kepada ibu bapa dan keluarga semata-mata.

Temasya Malam Melayu Sejati Bersama Pelajar UiTM Seri Iskandar

Persatuan Kebudayaan dan Muzik Melayu Nusantara Malaysia (Dendang Anak) atau lebih dikenali sebagai Dendang Anak telah membuat pelbagai usaha untuk memperkasakan warisan budaya bangsa Melayu dan meletakkannya sebagai teras usaha untuk meletakkan Budaya Melayu dipersada pentas dunia.

Temasya Malam Melayu Sejati Bersama Pelajar UiTM Seri Iskandar

Dendang Anak sentiasa menganjurkan Program Budaya Mingguan di Perkampungan Warisan Budaya Pulau Misa Melayu pada setiap hari Sabtu bermula pada jam 9:00 malam pada setiap minggu yang dinamakan program “Malam Melayu Sejati”.

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.