Tawaran Menarik Untuk Pengunjung Di MARA Digital Ipoh

Semua pembaca orangperak.com dijemput beramai-ramai untuk memeriahkan Expo Digital yang pertama kali diadakan di negeri Perak. Apa yang menarik, pengunjung yang membelanjakan RM150 bakal mendapat power bank percuma selagi stok masih ada, telefon yang rosak bakal dibaiki dalam masa 30 minit dan juga Pertandingan FIFA 2017 untuk peminat permainan ini.

Mara Digital Ipoh

Mara Digital Ipoh ini terletak di Bazar MARA Medan Jaya, Lot 13636, Jalan Leong Boon Swee, Ipoh, Perak iaitu kira-kira 5 minit perjalanan dari Medan Kidd, Ipoh.

Peta Mara Digital

Bazar Medan Jaya ini merupakan premis perniagaan setingkat dengan 20 lot perniagaan yang terdiri daripada lima kedai berkonsep, lapan kiosk tetap serta tujuh kiosk bergerak di ruang legar disamping beberapa unit medan selera. Ini adalah premis seumpamanya yang pertama di negeri Perak dan yang ketiga di seluruh Malaysia. Ia mula beroperasi pada September 2017 yang lalu dan dibuka setiap hari pada jam 10 pagi hingga 10 malam.

Mara Digital 2

Berikut merupakan pelbagai aktiviti dan program menarik yang diadakan untuk semua pengunjung sepanjang expo ini berlangsung.

Tentatif Mara Digital

Untuk makluman pembaca orangperak.com yang mengunjungi expo sepanjang 4 hari bermula 12 Oktober hingga 15 Oktober 2017 ini, anda bakal mendapat sebuah ‘power bank’ bernilai RM49 bagi pembelian RM150 dan ke atas selagi stok masih ada. Selain itu, terdapat servis membaiki telefon bimbit dengan pantas iaitu selama 30 minit dan dilakukan di hadapan anda.

Permainan FIFA 2017 bermula pada 12 hingga 14 untuk kategori terbuka. Manakala untuk kategori akhir, peserta boleh mendaftar selewatnya pada 14 Oktober seperti yang tertera pada poster di bawah.

FIFA Tournament Open

Pada masa yang sama, pengunjung juga boleh menikmati makanan yang istimewa dan popular di Ipoh iaitu Mee Kari Daud Mat Jasak. Restoran ini antara 6 tempat makan menarik di Ipoh. Anda juga boleh ‘selfie’ di beberapa mural menarik yang ada di kawasan ini, yang telah dilukis oleh pelajar-pelajar daripada Institusi Pendidikan MARA.

FIFA Tournament Final

Pada setiap hari Sabtu, pengunjung juga berpeluang untuk melihat dan menyertai perlumbaan Hot Wheels yang diadakan oleh peminat tegar dan pengumpul koleksi ini. Mereka mempamerkan koleksi unik yang agak mahal dan sukar didapati untuk dikongsikan sesama peminat dan pengunjung yang hadir.

Menurut pihak MARA, kewujudan MARA Digital Ipoh yang pertama di Perak ini dilihat dapat memberi kesan positif kepada pengusaha gajet khususnya, serta pembeli yang mementingkan kualiti dan ketulenan gajet. Malah, bakal pembeli mempunyai pelbagai pilihan dalam membeli sesuatu gajet dan aksesori.

Semua warga Perak terutamanya warga Ipoh dan berdekatan dijemput memeriahkan majlis Pelancaran MARA Digital Perak pada 12 Oktober 2017 pada 2.30 petang oleh Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah. Moh komer..!

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.