Taman Herba Papan Di Batu Gajah

bantu kami teruskan operasi : donate

Jika anda inginkan ketenangan, cintakan alam sekitar, rindukan suasana tropika dipenuhi flora dan fauna yang tidak mungkin dapat dijumpai di kawasan pekan atau bandar, kami ada satu cadangan lokasi terbaik untuk anda! Anda mungkin terlepas pandang satu produk pelancongan menarik yang ada di Batu Gajah.

Taman Herba Papan adalah salah satu pusat pelancongan paling menarik yang ada di Batu Gajah. Untuk makluman anda pembaca setia orangperak.com, ianya terletak di dalam kawasan Hutan Simpan Kledang Saiong yang berkeluasan seluas 7.2 hektar.

Taman Herba Papan Di Batu Gajah

Sepertimana yang diberitahu tadi, taman ini amat kaya dengan pelbagai spesis fauna. Terdapat kira-kira ada sebanyak 186 jenis spesis tumbuhan herba yang boleh didapati di dalam Taman Herba Papan ini. Seperti semua sedia maklum, tumbuhan herba tersebut punya pelbagai kegunaan dan manfaatnya yang tersendiri.

Taman Herba Papan Di Batu Gajah

Taman Herba Papan ini amat sesuai untuk seisi keluarga dan manfaatnya untuk anak-anak juga boleh kenali herba-herba yang ada di sana yang punyai pelbagai fungsi dan kegunaan seperti untuk perubatan, aromatherapi, dijadikan bahan untuk kosmetik dan ada juga untuk dijadikan ulaman serta rempah ratus.

Taman Herba Papan Di Batu Gajah

Jangan anda tidak tahu, Taman Herba Papan juga turut dilengkapi dengan pelbagai kemudahan asas seperti Pusat Penerangan untuk anda dapatkan pelbagai maklumat berkaitan Taman Herba Papan itu sendiri. Jika anda berminat untuk berkhemah, ada juga tapak dan ruang yang disediakan oleh pihak pengurusan untuk pengunjung yang hendak berkhemah.

Taman Herba Papan Di Batu Gajah

Kemudahan asas lain yang ada di Taman Herba Papan adalah seperti dewan terbuka, pusat interprestasi, surau, tandas, pondok rehat, denai hutan, kantin dan ada juga tempat untuk penginapan. Aktiviti meredah hutan (jungle tracking) juga sesuai untuk dijalankan disini kerana terdapat laluan khas yang disediakan.

Berikut adalah butiran bagi pengunjung yang ingin melawat kawasan tersebut :

  • Waktu melawat: 8.00 pagi – 4.30 petang (Isnin dan Jumaat)
  • Tiket masuk: percuma
  • Tempat penginapan: RM 100.00 semalam
  • Dewan terbuka: RM 200.00 + RM 20.00 (Bayaran elektrik)

Taman Herba Papan Di Batu Gajah

Jika anda ada kelapangan masa, datanglah kemari bersama-sama dengan keluarga untuk menghayati keindahan yang ada serta pada masa yang sama dapat memperoleh ilmu baru dengan mengenal spesis-spesis tanaman herba yang mungkin anda tidak pernah tahu.

sumber Majlis Daerah Batu Gajah

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.