Taman Durian Pertama Malaysia Di Kuala Kangsar

Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) telah memperkenalkan satu tarikan baharu pelancongan agro berasaskan durian. Apa yang menariknya, Taman Durian ini adalah yang pertama seumpamanya wujud di negara kita, Malaysia dan telah dibuka di Kuala Kangsar, Perak oleh Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI).

Untuk makluman anda pembaca setia orangperak.com, lokasi Taman Durian ini terletak di Kampung Talang Hulu. Tapak Taman Durian ini mempunyai keluasan seluas 39.5 hektar dan ia memiliki pelbagai jenis varieti durian bermutu tinggi seperti D24, D99, MDUR78, MDUR79, MDUR 88 dan Musang King.

Dengan bayaran masuk sebanyak RM50 seorang, pengunjung berpeluang untuk melawat ladang durian yang seluas 22 hektar dengan menaiki tram. Apa yang menariknya, pengunjung yang dapat dapat menikmati raja buah itu secara segar terus dari ladang.

Taman Durian Pertama Malaysia Di Kuala Kangsar

Selain durian, pengunjung juga turut berpeluang untuk memetik sendiri buah-buahan lain yang turut terdapat di sana seperti limau bali, manggis, rambutan dan kelapa selain merasai suasana sebenar di ladang dan menyertai aktiviti riadah seperti perkhemahan, berbasikal serta memancing.

Taman Durian Pertama Malaysia Di Kuala Kangsar

Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani iaitu Datuk Seri Dr. Ismail Bakar berkata, Muzium Durian yang memaparkan maklumat mengenai jenis-jenis durian, amalan agronomi serta kaedah penanamannya juga bakal dibangunkan supaya pengunjung mengetahui teknologi diguna pakai oleh MARDI dalam industri ini.

Taman Durian Pertama Malaysia Di Kuala Kangsar

“Terdapat enam tarikan yang akan ditawarkan di Taman Duriotourism MARDI Kuala Kangsar iaitu Durio Tour, Durio Festival, Durio Products, Durio Muzium, Durio Chalet dan Friends of Durio. Pada musim cuti sekolah ini, kita galakkan orang ramai untuk hadir ke MARDI Kuala Kangsar sesuai dengan tema Taman Duriotourism ini iaitu datang, makan buah-buahan segar, pelajari dan nikmati alam sekitar”, katanya.

Tuan Haji Abghani Mohammed

Tuan Haji Abghani Mohammed

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan taman agropelancongan berkenaan di sini hari ini dan turut dihadiri oleh Ketua Pengarah MARDI, Dr. Mohamad Roff Mohd Noor. Taman Durian ini adalah cetusan idea Tuan Haji Abghani Mohammed iaitu mantan Pengarah Komunikasi Korporat dan Kualiti MARDI Serdang.

Taman Durian Pertama Malaysia Di Kuala Kangsar

Kredit gambar kepada Firdaus Yusof

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangperak.com

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here