Suriani Abdullah, Kisah Pejuang Wanita Komunis Yang Pernah Ditikam Jepun

Imbas kembali salah satu perjuangan awal wanita Tanah Melayu dalam menentang penjajah iaitu Angkat Wanita Sedar (AWAS). Jika tidak mengambil kira akan hal pejuang sayap kiri atau kanan, sudah pasti pejuang wanita komunis ini diangkat sama tinggi dengan pejuang kemerdekaan yang lain.

Namun diakui idealogi pengganas komununis tidak boleh diterima oleh masyarakat melayu yang seringkali menjadi mangsa keadaan, akan tetapi orangperak.com rasa wajar untuk diceritakan juga serba sedikit kebaikan mereka yang ada dalam memperjuangkan kemerdekaan menentang penjajah.

Suriani Abdullah, Kisah Pejuang Wanita Komunis Yang Pernah Ditikam Jepun

Teruskan membaca untuk kenali siapakah Suriani Abdullah yang ingin diceritakan. Kali ini orangperak.com ingin kenalkan pada anda seorang wanita cina yang bernama Suriani Abdullah yang juga merupakan teman baik kepada Chin Peng serta isteri kepada Abdullah CD.

Suriani Abdullah, Kisah Pejuang Wanita Komunis Yang Pernah Ditikam Jepun

Suriani Abdullah juga digelar sebagai Serikandi Anti-Jepun oleh rakan seperjuangannya. Untuk makluman anda pembaca setia orangperak.com, nama asal Suriani Abdullah sebelum memeluk agama Islam adalah Eng Ming Ching dan beliau dilahirkan pada tahun 1924 di Sitiawan, Perak. Beliau membesar dan bersekolah bersama-sama dengan Chin Peng di Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Nan Hwa dikenali sebagai Sekolah Tinggi Nan Hwa.

Suriani Abdullah, Kisah Pejuang Wanita Komunis Yang Pernah Ditikam Jepun

Pada tahun 1940 yang mana pada waktu itu beliau berusia 16 tahun, Suriani Abdullah dengan rasminya mula menyertai Parti Komunis Malaya (PKM) dan menumpukan sepenuh perhatiannya dalam menjaga kebajikan khusus kepada golongan buruh dan wanita.

Suriani Abdullah, Kisah Pejuang Wanita Komunis Yang Pernah Ditikam Jepun

Apa yang menarik untuk dikongsikan dengan anda semua pembaca setia orangperak.com, beliau pernah ditangkap dan diseksa oleh pihak Jepun sewaktu berumur 21 tahun. Jangan terkejut yang mana semasa ditahan oleh Jepun, beliau juga pernah ditikam oleh tentera Jepun. Kita semua sedia maklum akan kekejaman orang-orang Jepun dalam melayan tahanan.

Suriani Abdullah, Kisah Pejuang Wanita Komunis Yang Pernah Ditikam Jepun

Penglibatan Suriani Abdullah dalam sayap kanan Parti Komunis Malaya ini telah memperkenalkan beliau dengan pejuang Melayu Komunis lain seperti Rashid Maidin, Shamsiah Fakeh dan Abdullah CD yang mana Abdullah CD akhirnya menjadi suami kepada Suriani Abdullah.

Suriani Abdullah, Kisah Pejuang Wanita Komunis Yang Pernah Ditikam Jepun

Jangan anda tidak tahu, Suriani Abdullah juga dianggap sebagai seorang ibu dimata masyarakat setempat kerana beliau begitu komited dalam mendengar segala keluhan mereka disamping itu beliau terus memperjuangkan hak-hak buruh dan rakyat kelas bawahan yang dipinggirkan.

Suriani Abdullah, Kisah Pejuang Wanita Komunis Yang Pernah Ditikam Jepun

Beliau juga banyak memberi sumbangan dan berjuang bersama-sama tokoh seperti Abdullah CD dan Rashid Maidin sehinggalah termeterai Perjanjian Damai Haadyai di antara Kerajaan Malaysia dan PKM. Pada tahun 1999, Suriani Abdullah bersama dengan suami Abdullah CD telah mengerjakan Haji di Mekah selepas mendapat tawaran tajaan oleh Almarhum Sultan Azlan (Sultan Perak ke 34).

Suriani Abdullah, Kisah Pejuang Wanita Komunis Yang Pernah Ditikam Jepun

Suriani Abdullah telah meninggal dunia di rumahnya yang terletak di Kampung Chulaporn daerah Sukhirin, Thailand pada 21 Mac 2013 ketika usia beliau 89 tahun. Biarpun idealogi komununis tidak boleh diterima oleh masyarakat melayu di negara kita, namun ada sesetengah perkara yang wajar untuk diketahui untuk teladan.

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.