Solat Hajat Seluruh Perak Selepas Solat Jumaat

Sepertimana yang diketahui, penutupan Masjid Al-Aqsa di Baitul Maqdis oleh Israel telah menjadi tajuk utama berita di kebanyakan blog dan berita di seluruh dunia. Setiap hari, angka nyawa yang terkorban untuk mendapatkan semula Masjid Al-Aqsa semakin hari semakin bertambah. Syahid mereka wajar dikenang kerana berjihad untuk melaungkan semula azan dan menunaikan ibadat solat di Masjid Al-Aqsa.

Inisiatif oleh Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) sebagai salah satu daya usaha dan gerak langkah pertama dalam membantu mangsa-mangsa di Baitul Maqdis adalah dengan mengarahkan semua masjid-masjid dan surau di negeri Perak untuk mengadakan solat sunat hajat selepas solat Jumaat. Inilah antara salah satu langkah terbaik yang boleh diusahakan untuk mereka yang beragama Islam dalam meminta pertolongan dari Allah SWT.

Tujuan solat hajat tersebut adalah jelas untuk mendoakan kebebasan Masjid Al-Aqsa di Baitul Maqdis dari kekejaman Israel yang kejam. Dato’ Haji Mohd Yusop Bin Haji Husin selaku pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) membuat keputusan untuk mengarahkan solat hajat di seluruh masjid negeri Perak setelah khutbah khas serta bacaa doa Qunut Nazillah dibuat minggu lalu.

Dato' Haji Mohd Yusop Bin Haji Husin

Dato’ Haji Mohd Yusop Bin Haji Husin

Difahamkan, ada juga sesetengah masjid yang punyai ahli jawatan kuasa masjid yang prihatin dengan keadaan saudara sesama Islam di Baitul Maqdis sudah mula melaksanan solat hajat sejak beberapa minggu yang lalu. Ini adalah satu perkara yang wajar dipuji kerana mereka prihatin akan nasib saudara Islam yang jauh disana dan laksanakan solat hajat dengan tanpa menunggu sebarang arahan dari Jabatan Agama Islam Perak (JAIPK).

Kepada anda semua pembaca setia orangperak.com yang solat di mana-mana Masjid disekitar negeri Perak, diharap agar anda akan menunggu selepas habis solat Jumaat dan tunaikanlah solat hajat bersama-sama dengan makmum yang lain agar diperkenankan doa semua jemaah oleh Allah SWT untuk membebaskan Masjid Al-Aqsa di Baitul Maqdis dari cengkaman Israel.

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.