Siapakah Tok Kaduk Yang Sebenarnya Dalam Sejarah Perak?

Apabila menyebut tentang sejarah Bandor yang berhubungkait Pulau Indra Sakti, tidak jauh dari situ ada sebuah penempatan yang dinamakan PALOH (kini Kampung Paloh Lambor Kanan). Menurut Tok Ku Duan (nama sebenar Y.M Raja Dato’Seri Mohd Ridhuan Siff Sayyid) seorang pemyimpan cerita-cerita dan silsilah keluarga beliau sebagai salah seorang waris keturunan Tok Genta Wahab atau Haji Wahab yang dikatakan membuka Kampung Parit Haji Wahab itu ada hubungkait rapat dengan kekeluargaan Tok Paloh Genta yang membuka dan memberi nama PALOH (bukan Paloh yang berada di ipoh).

Siapakah Tok Kaduk Yang Sebenarnya Dalam Sejarah Perak

Menurutnya Kampong Paloh atau Paloh di Lambor Kanan inilah yang pernah menyelamatkan nasib seorang anak Raja yang malang diatas kesilapan terlanjur perbuatan yang merugikannya. Diatas kesilapan Baginda yang sekali inilah sehingga hari ini menjadi bahan jenaka dan dijadikan sebuah cerita dongeng juga sebuah cerita tauladan. Pada hakikatnya ia adalah sebuah cerita sejarah yang benar-benar berlaku didalam Negeri Perak. Anak Raja yang dimaksudkan ini ialah TOK KADUK. Bagindalah yang membuka dan memberi nama Paloh ini. Menurut Tok Ku Duan dari cerita-cerita lisan yang ditulis oleh nenek moyangnya, Tok Kaduk ini dikenali sebagi Tok Paloh Genta (sir hugh low mengelarkan Tok Paloh Panglima Kinta), ini kerana Baginda dikurniakan oleh Sultan ketika itu menguasai bahagian didaerah genta. Adapun menurut cerita dari Tok Ku Duan, al-kisah cerita yang ada padanya amatlah berbeza dari cerita oleh orang yang empunya cerita dizaman dahulu kala yang berhubungkait rapat dengan perkisahan seorang Bendahara sedang yang sakit di ubat oleh Tok Batin menyelamatkan Puteri Limau Purut dan Sultan dalam tahanan Acheh.

Siapakah Tok Kaduk Yang Sebenarnya Dalam Sejarah Perak

Menurutnya pula, cerita lisan dari nenek moyangnya setelah Baginda(Tok Kaduk) beroleh rezeki, Baginda juga dikurnaikan rezeki boleh mengubati penyakit orang. Kisah Baginda boleh mengubati orang itu pula didengar oleh Datuk Bendahara maka mengadaplah Datuk Bendahara kepada Baginda memohon mengubati penyakit yang ditanggug oleh Datuk Bendahara tersebut. Tiadalah beberapa lama selepasnya itu perkisahan Sultan dan Puteri itu di bawa ke Acheh dikhabarkan kepada Datuk Bendahara yang sedang berubat namun tiadakan daya Datuk Bendahara tersebut berbuat bakti menyelamatkan Sultan dan Puteri kerana sakitnya. Apabila Baginda (Tok Kaduk) mendengarkan perkhabran itu, tiadalah ia tergamak hati. Dikatakan jika diturutkan kata rasa hati Baginda tidaklah ia rasa ingin membantu kerana ada sejarahnya dengan Baginda yang menyebabkan kampungnya tergadai. Namun tidaklah ia menurut kata hatinya lantas Baginda pun berkata kepada Datuk Bendahara bahawa Baginda akan membantunya berunding dengan Raja yang di Acheh untuk melepaskan tawanannya kerana Ayahnda baginda itu amatlah baik hubungannya dengan Raja di Acheh itu.

Dipendekkan cerita belepaslah Baginda ke Acheh dan membawa pulang tawanan yang di Acheh bersama-sama Rombongan Raja di Acheh ke Negeri Perak itu. Maka itu ada disebut oleh orang ketika Rombongan Acheh itu datang ke Negeri Perak membawa pulang keluarga Raja dari Perak yang ditawan Acheh itu tidak ditentang oleh orang yang di Negeri Perak. Kerana jasa Baginda itulah dikurniakan kepada Baginda oleh Sultan yang baru perintah akan cukai yang di Genta itu miliknya dibawah kuasa Raja Barohan. Dikatakan Baginda juga menikahkan anak perempuannya dengan Anak Raja Barohan dan dari titisan jurai itu juga yang membawa kepada keturunan Tok Ku Duan hari ini.

Siapakah Tok Kaduk Yang Sebenarnya Dalam Sejarah Perak

Maka selepas itu di gelarlah ole orang Tok Paloh Genta (Dato yang membuka Paloh dan mendapat kurniaan di Kinta) nama Tok Kaduk yang menjadi sindirian dan mainan mulut masyarakat diwaktu itu hanya dijadikan bahan sebuah cerita dongengan . Dikurniakan pula selepas itu gelaran Tok Tua Tan Dewa Sakti.

Berkemungkinan besar kerana nama Gelaran yang disandang Baginda itu Tok Tua Tan Dewa sakti lebih banyak di gunakan maka nama Dato’ Paloh atau Tok Paloh Kinta tidak bnyak diperkatakan dan ada yang terkeliru menyangka bahawa Dato’Paloh yang membuka Ipoh seperti dinyatakan oleh Hugh Low atau Tok Ku Paloh iaitu Tuan kepada Negeri Terengganu, disini jelas sama sekali tiada kaitannya. Bahan maklumat sejarah yang ada pada Tok Ku Duan yang dijadikan bahan pengetahuan turun temurun keluarganya boleh diguna pakai bagi merungkai puzzle yang seakan tiada jawapan kepada para penkaji dan pencinta sejarah tanah air tercinta ini.

Siapakah Tok Kaduk Yang Sebenarnya Dalam Sejarah Perak

Tok Kaduk bukan dongengan, Tok Kaduk bukan bahan yang boleh dijadikan bahan jenaka tetapi Tok Kaduk itu Tok Paloh yang menyandang gelaran Tok Tua Tan Dewa Sakti seorang Bangsa Raja yang pernah berjasa dan berbakti kepada bumi Perak ini suatu masa dahulu. Penghormatan buat seluruh warisan keluarga Tok Kaduk dan Tok Ku Duan dan ada sepotong pantun yang dilisankan didalam salah satu cerita-cerita himpunan keluarga Tok Ku Duan yang menarik minat penulis mengutarakan didalam penulisan ini seperti dibawah ini didalam dialek Perak.

Mentimun, durian manakan same,
Kalau belage mentimun hancor,
Iyor kan aje le bukan kemane,
Jadi Tempoyak mentimun cicor.

-tokchangkatlanggor-

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangperak.com

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.