Sejarah Pejabat Pos Batu Gajah Yang Wujud Sejak 1886

Bandar Batu Gajah di negeri Perak cukup terkenal dengan kawasan kegiatan aktiviti perlombongan bijih timah pada satu ketika dahulu. Batu Gajah juga punyai sejarah dan latar belakang serta identiti yang menarik sejak ia dibuka dan dikatakan, sinilah pembesar Tanah Melayu kerap bertemu pada satu ketika dahulu.

Oleh kerana Batu Gajah terus maju dan berkembang pesat, pihak British terus menapak disana sebagai tempat pengurusan dan pentadbiran sepertimana yang dapat kita lihat hari ini di bangunan Majlis Daerah Batu Gajah adalah saksi segalanya lebih 100 tahun yang lalu.

Pejabat Pos Batu Gajah Yang Wujud Sejak 1886

Pada tahun 1886, Batu Gajah yang mula berkembang pesat dengan pembukaan pejabat pos dan telegraf yang pertama disana. Untuk makluman anda pembaca setia orangperak.com, pejabat pos yang berusia lebih 100 tahun ini memberi perkhidmatan ke kawasan sekitar Batu Gajah sehingga ke Papan, Lahat, Ipoh, Gopeng dan Klian Lalang.

Pejabat Pos Batu Gajah Yang Wujud Sejak 1886

Oleh yang demikian dengan wujudnya pejabat pos dan telegraf di Batu Gajah telah menyebabkan Batu Gajah terus boleh berhubung dengan cepat melalui telegraf ke semua pusat kolonial yang ada di seluruh pelusuk negeri Perak. Kewujudan pejabat pos dan telgraf di Batu Gajah ini banyak memberi manfaat kepada British dan penduduk di sekitar Batu Gajah.

Pejabat Pos Batu Gajah Yang Wujud Sejak 1886

Seni bina rekaan bangunan pejabat pos dan telegraf Batu Gajah yang asal amat menarik kerana ianya mempunyai gabungan antara dua seni bina iaitu seni bina melayu dan juga seni bina eropah. Papan tanda pejabat pos dan telegram Batu Gajah ini dapat dilihat dengan jelas dalam gambar lama pejabat pos Batu Gajah di atas.

Pejabat Pos Batu Gajah Yang Wujud Sejak 1886

Menjelang kira-kira pada akhir tahun 1930, Batu Gajah pada waktu itu dianggap sebagai bandar yang lengkap dengan pelbagai kemudahan termasuklah sumber bekalan elektrik, air paip, jalan raya berturap, sistem perparitan, pos dan telegraf, pasar, panggung wayang, kedai perniagaan, sekolah dan pelbagai jabatan kerajaan.

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.