Sejarah Kewujudan Bendera Perak

Pada 27 Julai 1877, Raja Muda Yusuf telah dilantik menjadi sebagai Pemangku Sultan Perak dengan memakai gelaran “Regent”. Tujuan perlantikan ini adalah dibuat kerana untuk mengisi kekosongan takhta Sultan untuk Kerajaan negeri Perak apabila Sultan Abdullah Sultan Perak yang ke 26 telah dibuang negeri ke Seychelles pada 21 Julai 1876 oleh Inggeris kerana terlibat dalam rancangan pembunuhan J.W.W. Birch pada 2 November 1875.

Raja Muda Yusuf

Raja Yusuf tidak terus dilantik menjadi sebagai Sultan negeri Perak atas kerana beberapa sebab. Sebab yang pertama adalah kerana Baginda dikatakan adalah seorang raja yang lemah, uzur dan tidak disukai oleh pembesar-pembesar negeri. Oleh itu baginda terpaksa menjadi pemangku Sultan selama hampir lebih 10 tahun. Perlantikan Raja Muda Yusuf sebagai Pemangku Sultan negeri Perak telah memaksa pihak Inggeris untuk mengatur langkah supaya baginda dapat diterima oleh rakyat apabila diangkat sebagai Sultan Perak.

Raja Idris

Oleh yang demikian, Presiden Sir Hugh Low wakil dari pihak British telah melantik Raja Muda Yusuf untuk mempengurusikan Majlis Mesyuarat Negeri yang ditubuhkan pada 10 September 1877. Kedudukan Raja Muda Yusuf dalam Majlis Mesyuarat Negeri itu seringkali dipertikai dan dicabar oleh Raja Idris yang mana baginda juga dikatakan mempunyai hak untuk mendapat takhta sebagai Sultan Negeri Perak pada waktu itu atas alasan keadaan kesihatan Raja Muda Yusuf yang uzur.

Dalam Majlis Mesyuarat Negeri Perak pada tarikh 1 Mac 1879, Raja Muda Yusuf yang memegang jawatan sebagai Pemangku Sultan Negeri Perak pada waktu itu telah meluluskan usul untuk mewujudkan bendera untuk negeri Perak. Dalam usul tersebut, terdapat gambaran bendera yang mempunyai 3 jalur warna yang sepertimana kita dalam lihat pada hari ini dalam warna jalur bendera negeri Perak Darul Ridzuan.

bendera perak

Warna tiga jalur putih, kuning dan hitam dalam bendera negeri Perak ini melambangkan sebagai kedaulatan Sultan, Raja Muda dan Raja Bendahara pada waktu itu. Dan untuk makluman anda, pada tahun 1956, warna jalur hitam pada bendera negeri Perak yang melambangkan Raja Bendahara telah digantikan kepada Raja DiHilir berikutan tentang hal pemansuhan gelaran tersebut. Begitulah ceritanya yang ringkas tentang sejarah kewujudan bendera Perak.

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.