Sejarah Dan Asal Usul Nama Bidor, Perak

Dahulunya mukim Bidor terletak dalam jajahan pemerintahan kerajaan Hindu Gangga Negara yang berpusat di Beruas. Hal ini dapat dibuktikan dengan penemuan artifak patung avalokitesvara di Bidor pada tahun 1936 sewaktu penerokaan kawasan perlombongan bijih timah.

Anda boleh rujuk artikel yang pernah kami terbitkan dahulu yang bertajuk Penemuan Patung Avalokitesvara Membuktikan Kewujudan Kerajaan Melayu Gangga Negara.

Bidor dikatakan telah wujud sejak zaman pemerintahan Sultan Salehuddin Shah (Sultan Perak ke 9) yang memerintah negeri Perak pada tahun 1630 hingga tahun 1636 lagi.

Untuk makluman anda pembaca setia orangperak.com, sejarah dan asal usul nama Bidor adalah dikatakan berasal dari bekas acuan bijih timah yang diperbuat daripada kayu untuk menyukat bijih timah.

Sejarah Dan Asal Usul Nama Bidor, Perak

Mesin Korek Bijih Timah

Sehinggakan hasil sukatan bijih timah tersebut pernah juga dijadikan sebagai matawang di negeri Perak yang dinamakan Bidor. Anda boleh rujuk artikel kami di Matawang Yang Pernah Digunakan Di Perak Sejak 1630.

Kiraannya adalah setiap satu Bidor bijih timah mengandungi kira-kira 70 kati bijih timah. 1 kati bersamaan dengan 600 gram, jadi jika 70 kati atau 1 Bidor bersamaan dengan 43 kilogram.

Bidor, pelbagai jenis yang berlainan saiz.

Pelbagai jenis matawang yang dikenali sebagai Bidor di Perak

Pada zaman kegemilangannya, Bidor adalah merupakan kawasan pengeluar bijih timah yang paling besar dan paling aktif perniagaan dan sebarang aktiviti perlombongan berkaitan bijih timah di negeri Perak.

Dari aktiviti perlombongan bijih timah, perladangan getah pula dibuka oleh orang Inggeris sewaktu zaman penjajahan yang telah menyebabkan ramai orang cina dan india berhijrah ke Bidor lantas menjadikannya sebuah pekan kecil.

Bidor, pelbagai jenis yang berlainan saiz.

Orang yang pertama dilantik menjadi penghulu Bidor ialah Syeikh Abdul Ghani dan dipercayai beliau juga adalah peneroka terawal di kawasan Bidor. Beliau berasal dari Sumatera dan sejak itu masyarakat Melayu semakin berkembang di kawasan Bidor.

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangperak.com

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here