Sejarah Bagan Datuk Di Perak

Bagan Datuk mula diteroka sekitar tahun 1880 dan Pekan Bagan Datuk pula dibuka pada tahun 1896. Pada waktu itu, lokasi tersebut dikenali dengan nama Sungai Keling dan ada yang memanggilnya dengan nama Pekan Baru. Nama Tok Kelah pula memang tidak asing lagi di kalangan penduduk Bagan Datoh. Bagi generasi orang lama di Bagan Datuk, Allahyarham Tok Kelah merupakan seorang perwira yang cekal dalam usahanya untuk membuka sebuah penempatan.

peta Bagan Datuk

Menurut sejarah, nama Bagan Datoh pada asalnya sebelum ditukarkan ke Bagan Datuk adalah merupakan gabungan antara lokasi dan struktur kawasan penduduk melayu di situ sendiri. Ianya dikatakan berpunca dari kesilapan orang Inggeris untuk menyebut dalam dialek Melayu. Menurut sejarah, struktur rumah orang Melayu pada waktu itu didirikan di tepi Sungai Perak. Penghuninya dihubungkan dengan jambatan untuk ke daratan. Struktur binaan itulah yang dipanggil dengan panggilan bagan oleh masyarakat tempatan.

jeti bagan datuk

Manakala nama Tok Kelah juga popular ketika itu di kalangan masyarakat setempat termasuk di Kota Setia dan Teluk Mak Intan yang kini dikenali dengan nama Teluk Intan. Sekiranya ada yang ingin ke tempat yang diteroka oleh Tok Kelah, mereka memanggil tempat tersebut dengan panggilan Bagan Datok sempena tempat yang mempunyai bagan dan juga nama Tok Kelah.

tukar nama bagan datuk

Lama-kelamaan, nama Bagan Datok bertukar kepada Bagan Datoh apabila Straits Plantation Company Limited yang merupakan sebuah syarikat perladangan Inggeris telah membuka estet kelapa pada tahun 1896 yang terletak kira-kira 4 km dari pekan dan diberikan nama sebagai Bagan Datoh Estate sempena dengan nama Bagan Datok yang terkenal ketika itu. Kesukaran orang Inggeris menyebut perkataan Datok mengakibatkan sebutannya bertukar kepada Datoh. Maka sehingga ke awal tahun 2017, nama Bagan Datoh telah diubah ejaannya ke Bagan Datuk kerana itulah sebutan yang lebih selesa buat masyuarakat untuk menyebutnya.

peristiharan daerah bagan datuk

Untuk makluman anda, kini Bagan Datuk juga telah dinaik taraf menjadi daerah yang mempunyai 4 mukim iaitu Hutan Melintang, Mukim Bagan Datoh, Rungkup dan Teluk Bharu secara tidak lansung telah menjadikan Perak kini ada 12 daerah kesemuanya.

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.