Rumah Agam Tanpa Paku Di Beruas

Pada 16 April 2017 bersamaan dengan hari ahad yang lalu, kami dari krew orangperak.com #jejaksejarah (menjejaki sejarah Perak yang tersembunyi) telah ke Beruas untuk melihat apa sejarah menarik yang ada disana untuk dirungkaikan dan dikongsikan bersama-sama dengan pembaca orangperak.com yang setia.

Pada awal pagi ahad tempoh hari, editor orangperak.com menanti kedatangan penjejak sejarah berbasikal bebas yang datang dari Kapar, Selangor untuk turut serta dalam pencarian ini.

Mereka adalah sepasang suami isteri yang kami kenali dengan nama Wak Abdul Rahim dan isterinya Kak Ija Zahri. Pengalaman mereka dalam pencarian sejarah tersembunyi ini tidak dapat disangkal lagi dan kami ambil peluang ini untuk bekerjasama dalam merungkai misteri-misteri yang ada di Beruas.

Rumah Agam Lama Tanpa Paku Di Beruas

rumah agam lama binaan tanpa paku di Beruas

Untuk artikel ini, kami akan ceritakan tentang rumah agam yang dapat kita lihat apabila melepasi pekan Beruas. Ia terletak betul-betul di hadapan Sekolah Kebangsaan Beruas yang bertentangan diseberang jalan raya. Untuk makluman anda, rumah agam tersebut dikatakan berusia lebih 100 tahun dan ianya adalah milik kepada orang kaya di Beruas pada akhir abad yang ke 19.

keadaan di dalam rumah agam ini

keadaan di dalam rumah agam ini

Editor kami ada menemuramah penduduk yang tinggal menyewa dibelakang rumah ini dan banyak maklumat berguna yang kami dapat. Menurut maklumat hasil dari temuramah, pemilik asal kepada rumah tersebut adalah Haji Abdul Wahid yang mempunyai 16 orang anak dan dikatakan beliau adalah orang yang paling kaya dan disegani di Beruas.

gambar-gambar dari album lama dalam rumah agam ini

gambar-gambar dari album lama dalam rumah agam ini

Haji Abdul Wahid yang amat kaya pada ketika itu dikatakan berniaga dalam bidang jual beli timah, mempunyai kilang memproses padi kepada beras dan juga membuat urusan jual beli getah. Kekayaan beliau pada waktu itu dikatakan sehingga beliau boleh membeli hamba dari arab selepas pulang dari mengerjakan haji di tanah suci Mekah.

wak abdul rahim semak dokumen

wak abdul rahim semak dokumen yang ditinggalkan

Dipercayai rumah agam tersebut berusia lebih 100 tahun berikutan menurut kenyataan dari penduduk setempat, usia rumah agam ini adalah lebih lama dari Sekolah Gangga yang berusia lebih 100 tahun dan terletak tidak jauh dari rumah agam ini.

jejak sejarah Perak

Wak Abdul Rahim dan isterinya Kak Ija Zahri menemu ramah jiran disebelah rumah agam ini

Jadi kesimpulan secara kasar dapat dikisahkan dari kenyataan tersebut. Apa yang menarik tentang rumah ini adalah ianya lansung tidak menggunakan paku untuk menghubungkan kayu-kayu dan ianya menggunakan pasak kayu secara keseluruhan.

dokumen dan resit yang ada disimpan di dalam rumah agam ini

dokumen dan resit yang ada disimpan di dalam rumah agam ini

Pada pertengahan abad yang ke 20, rumah agam tersebut didiami oleh salah seorang anaknya yang bernama Mansur Bin Abdul Wahid bersama isterinya yang bernama Hidan Binti Kongar.

Dipercayai beliau telah menyambung perniagaan ayahnya dalam jual beli timah, jual beli getah, memproses padi ke beras dan yang baru jual beli sawit yang mana masih baru dan makin di popular di Malaysia pada waktu itu. Kami dapat maklumat tersebut berdasarkan dokumen resit belian yang ada ditinggalkan di dalam rumah agam ini.

kesan-kesan tapak kilang padi dibelakang rumah agam ini

kesan-kesan tapak kilang padi dibelakang rumah agam ini

Kami juga turut mencari tapak tinggalan kilang memproses padi yang dikatakan ia terletak di belakang rumah agam ini dan kami berjaya temui tapak kilang tersebut.

Sehingga ke hari ini, masih ada cerucuk besi tapak kilang yang boleh dijumpai di situ. Dari cerucuk besi yang ada itu, kami dapat gambarkan kedudukan kilang padi tersebut dan dapat bayangkan bertapa gahnya ekonomi masyarakat melayu di Beruas pada masa lalu.

halaman kalendar terakhir yang tergantung di ruang tamu

halaman kalendar terakhir yang tergantung di ruang tamu

Dari kalendar yang tergantung di ruang tamu dalam rumah ini, ia menunjukkan paparan pada bulan Oktober 1997. Dipercayai itulah bulan dan tahun terakhir rumah agam di Beruas ini dipercayai berpenghuni dan menurut penduduk setempat, waris-waris kini sudah kaya-raya dan ada juga yang berpangkat sebagai Tan Seri. Ada juga warisnya yang dikatakan kerap datang kembali ke Beruas dan adakan majlis dan jamuan kesyukuran untuk memperingati asal-usul mereka.

resit-resit jual beli timah, getah, padi dan lain-lain

resit-resit jual beli timah, getah, padi dan lain-lain sekitar 1950an hingga 1970an

Sekarang, rumah agam ini dikatakan adalah hak milik sebuah persatuan sejarah yang mana ianya lansung tidak dapat kami pastikan disini kerana tiada sumber-sumber sahih yang boleh kami cari untuk dikenal pasti.

Apa yang penting, Beruas semestinya amat gah dari suduh ekonominya di dalam negeri Perak pada satu ketika dahulu dan kini ia amat kaya dengan sejarah yang banyak tersembunyi yang melibatkan penceritaan Kerajaan Kuno Gangga Negara.

Leave a Comment