Rendang Tok Berasal Dari Kampung Pisang, Perak

Rendang Tok bukan sahaja digemari dan dikenali oleh orang melayu Perak, bahkan sentiasa menjadi pilihan nombor satu rakyat Malaysia dalam pelbagai lapisan masyarakat dan bangsa kecuali penganut Hindu yang menganggap binatang suci dalam agama mereka. Jadi, sebagai permulaan artikel ini, kami warga orangperak.com ingin memohon maaf dan kami menghormati pendirian orang Hindu dalam soal tidak makan daging lembu.

rendang tok

Pada asalnya, Rendang Tok dikatakan berasal dari Kampung Pisang yang terletak di Batu Gajah, Perak. Kemudian, dia tersebar ke kebanyakan daerah-daerah yang ada di dalam negeri Perak dengan cepat kerana kelazatannya yang cukup digemari oleh orang-orang melayu pada ketika itu. Sepertimana yang anda tahu, Rendang Tok adalah merupakan hidangan melayu tradisional yang mempunyai cita rasa dan kelazatan yang tersendiri tanpa dicampur bahan pengawet dan perasa tiruan.

Apa yang menjadikan Rendang Tok ini lebih unik lagi, untuk mengekalkan rasa yang sedap sejak ia dicipta adalah ia perlu dimasak dengan menggunakan kaedah tradisional. Bagaimana kaedah tradisional yang kami orangperak.com maksudkan? Sudah tentulah akan dimasak dengan menggunakan dapur kayu. Hidangan ini dibawa secara turun temurun sejak dari zaman dahulu lagi kerana kaedah masakan yang melibatkan rempah dan bahan tradisional yang rumit memerlukan kepakaran dan pengalaman.

rendang tok

Bagaimana Rendang Tok Mendapat nama? Sejak dari dahulu lagi ia dimasak oleh orang-orang tua yang digelar dengan nama Tok pada pangkal nama mereka. Jadi, dari situlah dikatakan nama Rendang Tok diambil sempena memperingati jasa orang-orang lama dalam memperkenalkan serta mereka lebih arif dalam cara bagaimana untuk membuat dan memasak serta mengekalkan rasa Rendang Tok yang sedap. Kini, resipi Rendang Tok sudah diturunkan kepada orang-orang muda untuk diwarisi agar tidak ditelan arus zaman moden.

Salah satu keunikan dalam persediaan Rendang Tok yang dapat dikongsikan bersama anda pembaca orangperak.com ialah seperti yang dikatakan tadi dengan menggunakan kaedah tradisional iaitu dapur kayu untuk dimasak secara bergotong-royong selama lebih kurang enam jam dengan tahap kawalan api yang sederhana. Kebiasaannya, ahli keluarga akan bersama-sama memasak rendang ini untuk dijadikan juadah musim perayaan atau penduduk kampung bergotong-royong dan bersama-sama memasak Rendang Tok untuk menyambut satu majlis.

rendang tok

Siapa dikalangan pembaca disini tidak pernah rasa Rendang Tok? Jika anda belum pernah rasa, cuba dapatkan dan rasa sendiri kelazatannya. Pada pendapat kami dari warga orangperak.com , kami rasakan bahawa apabila gunakan daging kerbau untuk Rendang Tok, rasanya lebih mengancam dari yang daging lembu! Namun, terpulang pada citarasa anda bagaimana. Hari ini, Rendang Tok menjadi kebanggaan setiap anak Perak yang membawa namanya ke negeri-negeri lain.

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.