Pesanan Sultan Nazrin Kepada Masyarakat Melayu

Konvensyen Nasional Penyatuan Bangsa yang dianjurkan pada 8 November 2017 di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam adalah sempena sambutan 60 tahun penubuhan Universiti Teknologi Mara (UiTM) sebagai sebuah institusi negra yang ditubuhkan khusus untuk membangunkan modal insan melayu dan bumiputera di negara kita ini.

Universiti Teknologi Mara (UiTM) sebenarnya telah melalui pelbagai tahap pembangunan yang mana pada asalnya ia bermula dengan perbentangan paper nombor 10/1951 oleh Datuk Onn Jaafar oleh Allahyarham Dato On Bin Jaafar dalam Federal Legislative Council untuk menubuhkan Rural and Industrial Development Authority atau lebih dikenali dengan nama RIDA. RIDA ditubuhkan pada bulan Ogos 1951, dengan tujuan antara lainnya, untuk mempertingkat status sosioekonomi dan kesejahteraan umum orang Melayu.

Pesanan Sultan Nazrin Kepada Masyarakat Melayu

Sultan Nazrin selaku Sultan Perak yang ke 35 ada juga menekankan bahawa orang Melayu perlu membuktikan bahawa mereka adalah bangsa yang disegani dan bukannya ditakuti. Hal ini boleh dicapai dengan memiliki nilai-nilai murni serta peradaban yang tinggi di dalam diri masing-masing.

Dalam titah Sultan Nazlin lagi ketika merasmikan Konvensyen Nasional Penyatuan Bangsa di Universiti Teknologi Mara (UiTM) tempoh hari, baginda mahu orang Melayu sentiasa menjaga maruah supaya bangsa Melayu ada harga diri dan tidak mudah menjadi bahan ketawa. Orang Melayu mestilah punyai imej sebagai orang yang dihormati dan bukannya.

Pesanan Sultan Nazrin Kepada Masyarakat Melayu

Buktikan bangsa Melayu bangsa yang pintar, dengan menghentikan perbuatan mengolah cipta pelbagai penglipur lara untuk dijadikan halwa telinga atau berimej badut hingga dijadikan bahan ketawa. Setiap kegagalan–setiap kesilapan, yang dilakukan oleh anak Melayu, aibnya ditanggung oleh seluruh bangsa.

Pesanan Sultan Nazrin Kepada Masyarakat Melayu

Walaupun masyarakat Melayu merupakan bangsa yang sensitif, Sultan Nazrin juga ada menyatakan bahawa lebih penting untuk orang Melayu dalam membuktikan mereka juga memiliki sifat seperti menepati janji, membayar balik hutang dan tidak berdusta. Ini adalah satu keperluan dan bukannya hanya satu kenyataan.

“Muliakan bangsa Melayu, dengan memperkayakan sopan dan tertibnya, adat dan adabnya, hemah dan budinya.”

Dalam ucapan baginda Sultan Nazrin lagi ada turut menceritakan tentang sejarah awal penubuhan Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang mana pelbagai usaha yang dilakukan untuk memberikan peluang kepada orang Melayu serta bumiputera.

Pesanan Sultan Nazrin Kepada Masyarakat Melayu

Antara yang disentuh adalah sewaktu persidangan di Parlimen pada tahun 1976 yang mana beberapa ahli Parlimen termasuk Lim Kit Siang mencadangkan supaya Institut Teknologi Mara (ITM) yang kini dikenali sebagai Universiti Teknologi Mara (UiTM) dibuka kepada rakyat semua kaum dan bukannya hanya kepada orang melayu dan bumiputera sahaja.

Pesanan Sultan Nazrin Kepada Masyarakat Melayu

Cadangan tersebut akhirnya ditolak mentah-mentah oleh menteri pelajaran pada masa itu Tun Dr Mahathir Mohamad yang ada menyatakan bahawa perpaduan tidak wajar hanya didesak untuk dilaksanakan di Institut Teknologi Mara (ITM) sedangkan ramai bangsa cina dan india menuntut ditambah penubuhan sekolah Cina dan Tamil.

kredit video kepada Bahagian Canseleri Dan Komunikasi Korporat

Tonton video penuh titah diraja Konvensyen Nasional Penyatuan Bangsa yang disampaikan oleh Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-maghfur-lah tempoh hari. Semoga pesanan baginda dapat dihadam oleh semua masyarakat Melayu.

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.