Permaisuri Johor Imbas Kenangan Membesar Di Kuala Kangsar

Baru-baru ini Permaisuri Johor, Tuanku Raja Zarith Sofiah Almarhum Sultan Idris Shah telah berkongsi secara ringkas mengenai kenangan baginda membesar sejak dari kecil sehingga dewasa di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar di laman facebook Uncover Perak’s Beauty. Baginda bersama keluarga diraja telah tinggal di istana tersebut sewaktu almarhum ayahanda baginda Almarhum Sultan Idris Shah II memerintah negeri Perak Darul Ridzuan sejak dari tahun 1963 sehinggalah baginda mangkat pada awal tahun 1984. Meskipun kini baginda tinggal di Johor Bahru namun kenangan tersebut masih kekal segar dalam ingatan baginda.

Berikut merupakan perkongsian lengkap Tuanku Zarith Sofia di halaman group facebook Uncover Perak’s Beauty :

“My childhood memories of living at Istana Iskandariah are wonderful, happy ones. They are mixed with images of incredible natural beauty : the large, lush rain trees which lined the roads within the Istana, and the slow, brown waters of the Perak River.

One of the things I remember most and which I cherish until today are of seeing the mountains across the Perak River. I could see them from my bedroom windows : when I left to go to school in the morning, I would see these majestic mountains shrouded in mist, and sometimes, the odd, little cloud.

istana iskandariah

Istana Iskandariah

They changed colours during the day : from a pale, silvery blue in the early morning to deeper blues and shades of green during the day. Towards dusk, when the skies were pink and orange, they would turn purple. I would never tired from gazing at them as I sat at my bedroom window.

I live in Johor Bahru now, and, of course because it’s a coastal city, it is flat. No mountains to be seen. I have a deep love for Johor Bahru but I think with much fondness tinged with a little nostalgia, and a little melancholy, whenever I think of those mountains far away in my little hometown of Kuala Kangsar. A part of me will always remain in Kuala Kangsar, with its lush greenery and those majestic mountains. Such beauty cannot be easily forgotten.”, Tuanku Raja Zarith Sofia, Permaisuri Johor.

permaisuri johor

Terjemahan dalam bahasa Malaysia:

“Kenangan zaman kanak-kanak sewaktu beta tinggal di Istana Iskandariah amat manis dan menggembirakan. Kenangan yang disebatikan dengan keindahan semulajadi : pohon besar pokok hujan subur yang berbaris tepi jalan di dalam Istana, dan Sungai Perak yang mengalir perlahan berwarna coklat.

Salah satu perkara yang beta paling ingat dan yang paling beta hargai sehingga ke hari ini adalah melihat gunung-ganang di seberang Sungai Perak. Beta dapat lihat semuanya dari tingkap bilik tidur beta : apabila beta hendak ke sekolah pada waktu pagi, beta akan dapat lihat gunung-ganang tersebut diselubungi kabus dan kadang kala awan kecil yang ganjil.

Mereka berubah warna pada siang hari : dari biru muda yang kelam pada awal pagi sehingga ke biru terang dan kehijauan di siang hari. Menghampiri senja, apabila langit berwarna merah jambu dan jingga ia bertukar ke warna ungu. Beta tidak pernah rasa jemu untuk terus menatapnya sewaktu beta duduk di tepi tingkap bilik tidur beta.

Beta tinggal di Johor Bahru sekarang, dan tanahnya rata kerana ia adalah sebuah bandar berdekatan pantai. Tiada gunung untuk dilihat. Beta amat sayangkan Johor Bahru tetapi beta rasa suka diwarnai dengan nostalgia dan melankolik, setiap kali beta fikirkan tentang gunung-ganang yang jauh di kampung halaman beta di Kuala Kangsar. Sebahagian daripada beta akan sentiasa kekal di Kuala Kangsar, dengan kehijauan yang subur dan gunung-ganang yang agung. Sebuah keindahan yang tidak mudah dilupakan.”, Tuanku Raja Zarith Sofia, Permaisuri Johor.

*penerangan : melankolik adalah perasaan sedih termenung, biasanya tanpa sebab yang jelas

anak sultan idris

Tuanku Zarith Sofiah, Raja Halimahton Shahrin, Raja Iskandar Dzulkarnain, Raja Nazhatul Shima dan Raja Jamil Arrifin

anak sultan idris

Raja Halimahton Shahrin dan Tuanku Zarith Sofiah

Baginda menceritakan kenangan indah dan ceria ketika membesar di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar. Betapa cantik permandangan gunung-ganang dan Sungai Perak yang mengalir membuatkan baginda sentiasa rasa gembira. Turut dikongsikan oleh kekanda baginda YAM Raja Nazhatul Shima, Istana Iskandariah pada waktu itu bukan sekadar istana untuk kegunaan rasmi semata-mata tetapi merupakan kediaman yang sentiasa ceria dan penuh dengan keriangan. Bagi Tuanku Raja Zarith Sofia, separuh daripada jiwa baginda tetap kekal berada di Kuala Kangsar, kampung halaman baginda.

Leave a Comment