Pengusaha Mee Udang Mak Jah Meninggal Dunia

satu program percuma khas oleh orangperak.com

Kita dikejutkan dengan pemergian pengusaha Mee Udang Mak Jah yang popular telah meninggal dunia pada pukul 10:31 malam, 2hb Januari 2017. Oleh itu kedai Mee Udang Mak Jah akan tutup buat sementara waktu. Semoga roh allahyarhamah dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang beriman.

Sebab kematian kami masih lagi tidak dapat dikenalpasti dan pihak kami sedang berusaha untuk mendapatkan info dari keluarga yang terdekat. Bagi penduduk Perak dan warga Taiping khususnya, yang pasti sangat mengenali keenakan rasa Mee Udang Mak Jah. Warungnya yang terletak di Kg Menteri, Kuala Sepetang sentiasa dipenuhi pelanggan yang datangnya dari pelbagai daerah dan negeri untuk merasai mee udang yang menjadi sebutan sekian lama.

Semoga Allahyarhamah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman dan terpilih. Kami warga Orang Perak turut bersedih diatas pemergian Allahyarhamah. Innalilahwainnalilahirojiun.. Al-Fatihah.

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangperak.com

Kontribusi oleh : Freddie Aziz Jasbindar
Editor & founder orangperak.com
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.