Pengalaman Dikelilingi Kelip-Kelip Di Kampung Dew

Kampung Dew terletak di daerah Taiping Perak dan untuk sampai ke sana, anda perlu ambil jalan keluar tol dari lebuhraya Kamunting atau Taiping dan kemudian anda akan bertemu Simpang Empat. Di Simpang Empat tersebut, ambil laluan kiri dan jalan terus sehingga sejauh 2km dan anda akan bertemu Kampung Dew yang terletak di sebelah kanan jalan di laluan anda.

Sepertimana yang kita semua tahu, tarikan utama Kampung Dew adalah kelip-kelip. Kelip-kelip telah menjadikan Kampung Dew antara salah sebuah destinasi pelancongan menarik di Perak dan wajib anda kunjungi.

Destinasi eko-pelancongan yang melibatkan kelip-kelip kini amat jarang sekali untuk ditemui di negara kita. Sebuah lagi destinasi eko-pelancongan seperti ini juga ada di Kuala Selangor. Namun, ramai di antara kita termasuklah warga Perak sendiri tidak mengetahui bahawa Perak juga mempunyai tempat untuk melihat kelip-kelip secara dekat.

Pengalaman Dikelilingi Kelip-Kelip Di Kampung Dew

Untuk makluman anda pembaca setia orangperka.com, pengunjung yang datang ke Kampung Dew boleh melihat sendiri dengan dekat tentang habitat hidup kelip-kelip. Selain itu, pengunjung turut dapat menimba ilmu pengetahuan tentang cara hidup habitat serangga spesis ini. Ribuan kelip-kelip akan berterbangan pada waktu malam sambil mengeluarkan cahaya. Perkara ini sangat menakjubkan untuk dilihat.

Pengalaman Dikelilingi Kelip-Kelip Di Kampung Dew

Untuk melihat kelip-kelip di Kampung Dew ini, anda perlu mengambil feri untuk menyelusuri di sepanjang Sungai Sepetang. Harga bagi sewaan sebuah feri ialah RM80. Jika harganya agak mahal untuk anda yang datang seorang atau berdua, anda boleh cuba untuk berkongsi dengan pengunjung lain yang datang kerana feri itu mampu untuk memuatkan sehingga tujuh orang.

Pengalaman Dikelilingi Kelip-Kelip Di Kampung Dew

Perjalanan feri ini mengambil masa selama 30 minit dan dalam masa selama itulah anda akan berpeluang untuk dapat menikmati pemandangan cahaya daripada ribuan kelip-kelip yang mengelilingi anda. Sekadar peringatan untuk anda pembaca setia orangperak.com, waktu lawatan ke kawasan tersebut ialah daripada jam 8 pagi sehingga jam 10 malam dan ianya dibuka pada setiap hari.

Pengalaman Dikelilingi Kelip-Kelip Di Kampung Dew

Adalah penting dan anda digalakkan untuk memakai baju berlengan panjang jika anda mengunjungi tempat ini pada waktu malam kerana anda akan menyelusuri paya bakau di Sungai Sepetang ini. Selain kelip-kelip, serangga lain yang aktif di sini ialah nyamuk. Nyamuk semestinya akan menjadi gangguan utama kepada anda. Sebab itulah anda disarankan untuk memakai baju berlengan panjang untuk mengurangkan gangguan nyamuk.

Pengalaman Dikelilingi Kelip-Kelip Di Kampung Dew

Jika anda bernasib baik, anda akan berpeluang untuk melihat haiwan-haiwan lain di kawasan Sungai Sepetang ini. Haiwan seperti buaya dan burung sering dilihat di sini dan jika anda lebih bernasib baik, anda juga akan berpeluang untuk terserempak dengan kumpulan ikan lumba-lumba yang galak menentang arus air di sepanjang kawasan tersebut. Ianya menarik bukan?

Selain perkhidmatan feri untuk anda mengelilingi Sungai Sepetang, terdapat juga perkhidmatan homestay yang turut disediakan di sini. Homestay di sini juga sangat selesa untuk didiami dan sangat sesuai untuk anda yang berniat untuk bermalam di Sungai Sepetang ini.

Pengalaman Dikelilingi Kelip-Kelip Di Kampung Dew

Terdapat juga aktiviti menarik yang lain yang boleh anda lakukan di Sungai Sepetang ini seperti memancing udang galah. Tidak dapat dinafikan bahawa Sungai Sepetang ini adalah habitat udang galah yang menjadi kegilaan kaki pancing. Anda wajib mengunjungi Kampung Dew jika anda ke Perak dan saksikan sendiri cahaya daripada kelip-kelip yang persis seperti bintang-bintang yang berkerdipan di langit.

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangperak.com

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.