Patung Buddha Yang Tertanam Di Perak Bukan Peninggalan Kuno

bantu kami teruskan operasi : donate

Seorang pembuat set filem untuk penggambaran sebuah filem yang bertajuk Beyond Rangoon pada tahun 1995 memberitahu bahawa beliau turut terbabit dalam pembinaan patung buddha tidur yang diperbuat daripada jaring besi dan konkrit itu. Kini, patung Buddha tidur yang berukuran 30 kaki itu tertanam di bawah tanah di sebuah kampung yang terletak di Kampung Senawar di Kuala Kangsar, Perak.

beyond rangoon

Kebiasaannya syarikat filem akan meminta untuk memusnahkan set yang dibina selepas pengambaran diselesaikan kerana tidak mahu set yang sama digunakan oleh pihak lain dengan kadar bayaran yang telah dibayar oleh pihak mereka akan tetapi saiz patung buddha tidur yang dibina itu amat kuat dan sukar untuk dimusnahkan. Maka dengan cara hanya menanamnya sahaja ia dapat dilupuskan dengan mudah. Banyangkan pada satu hari nanti pada masa hadapan jika ada ahli arkeologi yang mungkin menemuinya dan menganggapnya adalah peninggalan purba?

John Boorman

Beyond Rangoon adalah sebuah filem pada tahun 1995 yang telah diarahkan oleh John Boorman. Penggambaran filem ini terpaksa dilakukan di Perak dan Pulau Pinang atas alasan politik. Ia adalah filem yang berceritakan tentang Laura Bowman, iaitu seorang pelancong Amerika yang bercuti dan melancong ke Burma (kini dikenali sebagai Myanmar) pada tahun 1988, tahun di mana pemberontakan 8888 sedang berlaku. Pemberontaan 8888 adalah pemberontakan yang terbesar pernah diadakan di Myanmar. Tercetus di bandar raya Yangon oleh para pelajar universiti dan kemudian disertai rakyat biasa dan para sami Buddha, kaki tangan kerajaan, tentera laut Myanmar, tentera udara, pegawai kastam, guru-guru dan kakitangan hospital.

Kerajaan Myanmar pimpinan Jeneral Ne Win telah digulingkan oleh pihak tentera. Pihak tentera telah melaksanakan pemerintahan ala tentera di bawah ketua komander, Jeneral Saw Maung. Bagi menyuraikan demonstrasi, tentera telah membunuh ribuan orang awam termasuk pelajar dan sami Buddha. Sebelum kebangkitan 8888, Myanmar merupakan negara tertutup di bawah Jeneral Ne Win sejak 1972. Pada November 1985, pera pelajar telah bersama-sama boikot keputusan kerajaan berkaitan kertas mata wang Myanmar. 75,35 dan 25 kyat.

Mengikut kajian Institut Teknologi Rangoon ( sekarang Universiti Teknologi Yangon), tentera telah membunuh aktivis pelajar bernama Phone Maw di hadapan bangunan utama universiti tersebut. Pembunuhan ini menyebabkan protes yang lebih besar bermula 8.8.88. Ne Win mengarahkan tentera menembak ke arah sesiapa yang berdemontrasi. Tatmadaw (Angkatan Tentera Myanmar) telah menembak para pelajar yang sedang berarak di Jambatan Merah. Jambatan itu dipenuhi dengan darah merah para pelajar.

Kini ramai rakyat Myanmar mengenang semula tragedi itu. Mereka membawa sepanduk ‘Darah 8888, Bebaskan Myanmar’.

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.