Pasar Malam Manjoi Tarikan Baru Di Ipoh

Kawasan letak kereta berhampiran dengan Pasar Lama Kampung Manjoi kini bakal meriah dengan kewujudan pasar malam dengan pelbagai jualan yang menarik, yang berlangsung pada setiap malam Sabtu. Lokasi ini merupakan tapak Bazar Ramadan yang telah pun menjadi tumpuan saban tahun untuk penduduk sekitar Ipoh.

poster pasar manjoi

Menurut pihak penganjur iaitu Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh (PUBI), penduduk di sekitar Kampung Manjoi nampaknya teruja dengan kewujudan pasar malam ini berdasarkan maklumbalas yang diterima di laman Facebook mereka. Pasar malam ini yang terletak di Jalan Alang Ishak dan Jalan Sri Tanjong diharapkan bakal memeriahkan lagi Manjoi pada setiap hari Sabtu malam Ahad.

lokasi pasar manjoi

Untuk makluman pembaca orangperak.com, sebanyak 50 tapak niaga yang menjual beraneka jenis jualan seperti makanan dan minuman. Tak lupa juga jualan barangan keperluan dapur kering dan basah. Terdapat pelbagai jenis pakaian dan tudung dijual di sini. Selain itu barang-barang basah seperti buah-buahan dan sayur-sayuran turut dijual nanti.

ahli pubi ukur tapak

Semoga dengan kewujudan Pasar Malam di lokasi berhampiran dengan Pasar Basah Manjoi ini akan dapat meningkatkan ekonomi peniaga-peniaga kecil disamping memberi pilihan kepada penduduk Kampung Manjoi dan kawasan sekitar untuk membeli barang dapur, barang-barang keperluan seperti makanan dan sebagainya.

tapak bazar ramadan manjoi

Pembaca orangperak.com boleh lah cuba ke sini untuk membeli belah atau menikmati malam Sabtu bersama keluarga, sebagai alternatif kepada lokasi tumpuan waktu malam yang sedia ada di Ipoh. Menurut pihak PUBI, mereka juga turut menerima keahlian daripada mana-mana usahawan di sekitar negeri Perak. Maklumat lanjut boleh ke laman facebook www.facebook.com/PUBIPerak

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.