Muzium Perak Merupakan Muzium Paling Tua Di Semenanjung Malaysia

Inggeris telah mula menggolak langkah dalam pembinaan bangunan muzium Perak ini pada tahun 1883. Bermula pada tahun tersebut, bangunan muzium perak ini mula dibina dan siap pada tahun 1886. Ia terus mula digunakan sejurus selepas siap dibangunkan.

peta muzium negeri perak

Apabila ia siap, secara faktanya kini bangunan muzium Perak adalah merupakan muzium yang paling tua di semenanjung Malaysia. Kerja-kerja memperbesarkan bangunan ini giat dijalankan pada ketika itu sehinggalah pada tahun 1903 dan ia siap sepenuhnya.

Leonard Wray Junior merupakan seorang pengusaha kebun bunga di Larut pada ketika itu telah diarahkan oleh Sir Hugh Low iaitu Residen British untuk mengumpulkan bahan-bahan yang merangkumi bahan sejarah dan lain-lain berkaitan untuk ditempatkan ke dalam muzium tersebut.

Sir Hugh Low

Leonard Wray Junior juga dilantik menjadi sebagai pengurus Muzium Perak yang pertama setelah muzium tersebut mula beroperasi. Pada ketika itu, Muzium Perak berada di bawah pentadbiran Kerajaan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu.

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangperak.com

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.