Mural Paling Panjang Di Perak Ada Di Taiping

Mural yang baru sahaja siap ini bakal menjadi lokasi tarikan pelancongan di Bandar Taiping sempena Tahun Melawat Perak 2017 ini. Mural yang mempamerkan 10 bangunan bersejarah di Bandar Taiping ini dikatakan mural terpanjang di Perak dengan ukuran 100 meter panjang dan 6.38 meter tinggi.

Mural

Lokasi dan ikon sejarah Bandar Taiping yang kesemuanya berusia lebih daripada 100 tahun telah dijadikan sumber inspirasi dalam lukisan mural ini. Ikon tersebut adalah Menara Jam, Gereja All Saint, Masjid Melayu Lama, Muzium Perak, SK King Edward VII, Muzium Matang (Kota Ngah Ibrahim), Bukit Larut, Stesen Keretapi Taiping dan Port Weld.

ikon sejarah

Lokasi mural ini terletak di tengah-tengah Bandar Taiping di Assam Kumbang, pada jejambat merintangi laluan keretapi bersebelahan dengan Kilang Kopi Antong.

lokasi mural

Mural ini adalah hasil daripada pelajar dan pensyarah daripada  Fakulti Seni, Pengkomputeran dan Industri Kreatif, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang telah bertungkus lumus selama 4 hari 3 malam bermula jam 8 pagi sehingga 6 pagi berikutnya. Pelajar dibahagikan kepada dua kumpulan yang melukis pada waktu siang dan pada waktu malam. Untuk menjayakan lukisan ini, Persatuan Pelancongan Taiping dan Kilang Kopi Antong telah memberi sepenuh kerjasama dan sokongan atas usaha untuk mencantikkan lagi Bandar Taiping ini.

peserta

Kepada seluruh warga Perak, jangan lupa datang ke sini dan ‘selfie’.

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.